Tuesday 22 April 2014

Kelupaan

Hi,

Dari semalam lagi terasa macam ade something urgent yang kena buat 22 hb april ni. Tapi...sebab malas nak bukak email u kat hp, maka pendam je la dengan harapan tarikh 22hb ni takde ape pon yang terlibat.

Tup tup...

Sampai office pagi ni and bukak email, baru tau ade 2 bende yg patot dibuat today.

1. Meeting geotechnical committee
2. Poster training session 1

Dang!!! (terasa kena tampar disitu)

Yang 1st tu okay la sikit kalau tak pergi sebab sekadar duduk dengar update terbaru dari commitee yang ada dan dengar presentation dari speaker terpilih, which normally from lecturers or student final year. Ok la...tak la bersalah sgt, tapi today si ketua jabatan iolss yg present talk tau. hehehee.....bialah..tajuk die kompom tak relate ngn field iolss. Ok je la kot tak dgr. *nak sedapkan hati*

Yang kedua tu plak...adoiii. Cam mana la kpala ni boleh lupe. Gerammm. Dahla dpt 5 kredit hours kalau attend. Tak memasal je kan terlepas something yang penting cm ni. Tapi sebab ade lagi skali training yg sama pada hari yang lain (which is 24hb ni), maka iolss dengan muka tak malu hantar email ke pegawai yang in charge training session tu dengan alasan tak sihat dan tak nak virus berjangkit kat semuaorang *hehehe, ni betol ok..ibu awra flu tau*, makanya, dalam masa tak sampai seminit, email dibalas dengan kata2 berikut :

Dear Nor Shahidah binti Mohd Nazer,
 
I’m sorry to hear you’re not feeling well, I hope you feel better soon.
 
That’s no problem about the training I have now moved you to the Thursday 24th April session at 10am.
 
Best wishes
Tanya

Hehe. Baikkan? Dah la prompt reply, lepastu dapat plak attend session lain tanpa disembur dengan ayat2 tak menyenangkan, syukur sgt. Kalau kat malaysia ni, bila kite as student nak deal dengan pegawai uni, belom tntu dapat layanan baik mcm ni. Kan? Silap2 haribulan, kena hambur mcm2, belom masuk lagi part buat muke ketat ala2 askar tu. Kecut perot u. =P *ni speak based on experience ok, bukan hentam kromo tau!*


Ok la, iolss nak sambung buat lab. Tu je nak story hari ni. Baiii.





Thursday 17 April 2014

Pindah rumah

Hi,

Minggu lepas (11/4/14) kitorg pindah rumah baru. Kenapa pindah? Sebab nak mudahkan ayah awra pergi kerja *ayah awra kerja uolsss....tak inform pon kan dlm blog ni. hehe. len kali la cerita ek* and satu lagi sebab nak rumah yang lebih rendah. Kitorg dah tak larat naik turun tangga tingkat 3. Dengan dokong awra, dengan usung stroller, dengan bawak barang, ahhh.!jenuh. So kesimpulannya, pindah rumah jalan yg paling baik dan menenangkan jiwa gitu. =P

Rumah baru ni mmg bnyk advantage, TAPI disadvantage pon boleh tahan banyak jgk. Among big advantage yang paling obvious ialah, dekat sangat dengan supermarket Lidl and KFC. hehehe. Suke iolsss. Anytime je nak keluar g beli susu awra ke, beli cikedis ke, beli coklat ke, beli sayur ke, ala...ape2 je la yg nak dibeli. And satu bende yang kitorg suke pasal rumah ni, fully carpet u. Tebal punya plak tu. Dah tebal, lembut plak. Mmg seronok je pijak. =P

Tapi...bercakap tang disadvantages die plak, erm...meh nak membebel skit. Rumah ni patent lame, brg2 dlm rumah pon agak old school, rumah ni besar so lebih sejuk dari rumah lama, dapur rumah ni gune elektrik *iolss sgt tak feeling msk pakai lektrik nih, nak tunggu minyak panas sempat la layan upin ipin ngn awra...nak bakar belacan paling fail skali, dah kate letrik, mana ade api nak membakar kan..tak syok btol!*, sinki die ade due kepala paip untuk sejuk dan panas, so jenuh la nak bukak 2 2 kepala paip tuy everytime nak cuci tangan secoet je...kalau rumah lama, kepala paip jenis moden...pesen yang angkat tu je bila nak guna, so adjust kepanasan air ke kiri or kanan je la..sebab 2 kepala paip ni la, tangan iolss kering gile masa 1st day masak kat dapur..dah memanjang terbukak air panas masa awal2 tu..mana tak kering. kan? ok panjang plak merapu kat sinki ni, hehe.,...dan paling paling menyampah sekali ialah, freezer boleh plak rosak. Habis semua ikan, daging, ayam, dan segala mak nenek bende dlm peti ais kena buang. Gerammm. Dan tak memasal, 3 hari berturut2 kitorg makan nasi goreng kocak telur je sebab tu je yang available. Tak pe ayah awra, today ibu awra masak sambal sotong kering ye. Sedap sikit makan kali ni. hehe. Oh, peti ais tu agent kate nak ganti baru hari ni, harap2 betol la.

So far untuk awra, dia suka sgt kat rumah baru ni. Especially part laluan nak masuk rumah ni yang ade laluan khas untuk kerusi roda/stroller, fevret betol la kalau nak masuk/keluar rumah. Asyik2 pergi lalu kat situ, bukan sekali due, tapi sampai 3/4 kali round. Haihh. Minat sunggu awra ngn laluan stroller tu. So, kitorg ni jenuh gak la nak tunggu awra lari2 sampai rasa puas, ade one time tu, siap memberontak u nak masuk rumah. Iolss dah la nak buang air besar time tu, hangkut je awra ala2 kampit beras time tu. Lantak le nak ngamok ke ape. Maknye dah tak tahan sgt. hehehe. Anyway,awra suka gak dengan tingkap rumah ni yang boleh nampak bus/orang lalu lalang. Die paling suke bile ayah keluar g keje, or mcm malam tadi, keluar pg beli aiskrim jap, die cepat2 lari ke tingkap, tunggu sampai nampak ayah lalu, terjerit2 die babai ayah die. Seronok kemain nampak ayah lambai balik. Yang bagusnya tak plak nangis nak ikot ke ape, die lambai je la sampai ayah hilang. Cute je tgk aksi die. Besar dah kan awra. =)

Alahai..tu je la kot nak story pasal rumah baru. Gambar update nanti la. Sebab now tenet kat rumah takde, pakai tenet hp je. Laju tu mmg laju, tapi malas nak upload gmabr through hp ke blog sebab kena satu2, tak bleh pilih all. Malas sgt. Ni pon taip blog pepanjang mcm karangan ni sebab gune latop, and kat school, klu pakai hp, tak kuase nak menaip panjang cenggini. Asik typo je. Fed up hokehh.

Wokey la. Today mood study ke laut sebab esok stat cuti panjang. Ala..cuti Easter. Jumaat ni and isnin minggu depan u off, so tak yah la dtg u. Seronokkksss. Thats why taip blog, sebab cam excited cuti. hehe. Tapi kurang exicted sebab sengkek baru pindah rumah kan...so tak dapt la kemana2 berjalan sempena easter nih. sobsss. *kite men playground je la awra ek?hehe*

Ok la. Tu je. Baiiiii.


Ibu awra




Tuesday 15 April 2014

Kisah kasut, jaket dan kunci

Hi,

Semalam ibu awra tengah siap2 nak pergi school. Awra masih tidur, ayah awra dah bagun teman ibu awra bersiap2. Sambil pot pet pot pet cakap berdua, tibe2 awra bagun. Glup! *masing2 pura2 diam*

Tapi sebab kantoi ibu awra dah pakai tudung, automatik awra tau ni tanda2 nak keluar. Maka....dengan mata yang tak berapa nak boleh bukak lagi pasal mamai baru bangun tido, awra teros pecut bagun, turun katil, pergi depan pintu, dan ckp, 'syuss' 'syusss' sambil tangan tunjuk dekat rak kasut. Ohhhhh...nak kasut, suruh amik dan pakaikan die kasut. hehe

Dah pakai kasut, tibe2 masuk dlm bilik balik. Tunjuk kat almari sambil bebel2..Mule2 tak paham gak apa awra nak, sekali pandang kat almari tu, ohhhh.....nak jaket rupenye...nak keluar kan biasanya kena pakai jaket, so awra suruh amik jaket tu dan pakaikan kat die. Siap dah get ready nak masukkan jaket kat tangan you!  hehe

Lepas tu, teros lari keluar, tunggu depan pintu sambil ckp 'key'. Maknenye suruh amik kunci bukak pintu la tu nak keluar....Ohhhh....no! "Ibu nak pergi belajar la syg....bukan pg jalan2. Nanti balik ibu bawak jalan yeh!" *konon pujuk cam tu, tapi tang ayat last tu tak bawak pon akhirnye sebab due2 bantai tido petang semalam. heeee*

Kesudahannya.....awra tak dapat pon keluar pagi tu. Ngamok sakan uolsss! Tapi kejap je, bukak kartun, dah diam. Awra awra...... =P


Ok tu je nak cite.
Bai.

=P