Monday, 23 June 2014

Kisah anak OKU

Hi,

*entry ditulis atas dasar kasih seorang ibu, yang ada punyai seorang, yang sayangkan anak teramat sangat,
yang sampai saat ni kesedihan tak terkata mengenang nasib malang anak OKU tersebut*

Hurm. Mana nilai kemanusiaan seorang ibu bila anak ditinggalkan dalam bilik seorang diri, tanpa pengudaraan yang sempurna, tanpa makan pakai yang elok, kecing berak tak terurus, tidur entah beralaskan apa, rambut tidak bersikat, baju tidak bertukar sampai reput dibadan, badan kurus melidi hingga ke tulang. Allah..kenapa macam tu sekali tergamak seorang ibu buat pada anak dia. *sebak*

Tak pernah terbayang dikepala, sekejam itu manusia mampu jadi. Alasan susah? Alasan miskin? Alasan tak ada orang jaga? APA SAJA ALASAN KAU BERI, KAU TETAP IBU KEJAM TAK BERPERIKEMANUSIAAN! *astaghfirullah*

Dan cekalnya anak OKU itu, masih teguh duduk diatas lantai keras tak beralas, disaat tulang pinggul jelas kelihatan, masih panjang nyawanya Tuhan berikan. Cekalnya kamu wahai anak, si mulia yang pasti dijanjikan syurga, yang hidupmu tidak pernah terpalit walau sebutir zarah dosa, kamu hebat diantara yang terhebat. *sebak sgt*

I am beyond words now. The pain is so immense. I wish I can meet him, to hold his hand and stroke his hair, feed him and bed him, just like how I did to my own child ( precious little awra) and tell him how special he is in my eyes.

To adik firdaus, my prayers will always be with you. ;(

Ibu awra





Tuesday, 13 May 2014

Pre 2 years old

Hi,

Awra dah nak masuk 2 tahun. Yay!!! =P

Layan gambar awra masa dulu la sikit..saje imbau kenangan..malas nak taip today. =)








Semua ni awra yang dulu....kecik, lorat, kuat nangis, aktif, lasak,........................................ =P

Awra yang latest nanti la letak. Entry lain. =)

Baii



Tuesday, 6 May 2014

Perihal adobe

Hi,

Ingat tak poster training session yg ibu awra terlepas tu? hokey..ni nak cerita sikit pasal bende nih.

So hari khamis yg ditetapkan untuk attend session untuk kali keduanya pon tiba. *karangan sangat!* Untuk tak pastikan yg iolss tak terlepas lagi session tu, malam tu ayah awra asik repeat je pasal bangun awal esok pagi. Iolss pon siap masuk tido awal tau, konon nak bagi bangun awal gitu.

Session tu diattend oleh selected Phd and Post-Doc students yang abstract mereka terpilih untuk present poster di University research day. Dalam banyak2 application, dorg only accept 100 abtracts tau, so iolss ni dlm golongan yg lucky 100 tu lah. hiks! *padahal abstract iolss tu sv iollss yg karang bagi cantik ayat, puiiii!*

Ok la. Session tu sempoi je, die just bg penerangan on how a good poster looks like, what are the winning criteria, how do we make an eye-catchy poster, what font to use, what colour to select, what's not to put in a poster, how do we make our poster a representative of our research, how not to complicate your poster with dull and dry infomations, etc etc etc....Basically, iolss rasa semua tu common sense je. Wahhh kemain kan. =P

So, 1st part of the session is all about the explainations tu la.Then we had a break, *makan roti sira gula ada buah kiwi and strawberi kat atas + air teh tawar*. After the break, we had a group discussion, so we were asked to make a group of 5, each must came from different background, and the instructor (5 of them) will visit each group for 10 minutes and discuss about certain aspect related to poster making. Malas sgt part ni.Sebab iolss memang tak minat nak chit chatting ngn omputih ni. heheheh. Malas nak speaking uolsss. Otak pening nak perah nak bebel ape ngn dorg + translate ayat bm-bi lagi, ahhh..penat iols! hikss.

So the discussion we had was quite fun actually, everyone voice out their opinions *including me..krik krikk (insert bunyi cengkerik disitu)* and we had a blast. *tipu*. So kenapa tajuk kat atas adobe? Ok begini ceritanya. Masa tgh dok discuss miscuss ngn mamat+minah saleh ni, dorg dok sebot2 'uh dough bee' sambil tunjuk2 pada skrin latop mamat instructor tu. At that time, mamat instructor tgh tunjuk software yg boleh digune untuk buat poster *apart from cara kuno tapi sgt effisien untuk org lemah komputer mcm iolsss, hehe.. which is guna power point*, so iolss yg sgt familiar dengan nama software tu pon mcm terdetik di hati, "eh, ni kan software 'adobe' * sambil sebut 'eydob' ala2 diriku omputih sejak lahir gitu*, jadi apesal dorg sebut lain ek..kelakar plak tu bunyik die, uh dough bee? hee... mcm adabi pon ade*sambil gelak dlm hati kengkonon mat/minah saleh british ni tak reti sebut adobe*

Ghupenyeee...

Setelah di google.....

Memangla sebutannya

UH DOUGH BEE

or mcm bawah ni,

Adobe

Pronunciation: uh-doe-bee
uh - rhymes with duh
doe - pronounced as DOE (female DEER)
bee - rhymes with SEE 

Understand? *to me especially*

Nasib baik iolsss tak menyampuk sambil confident ckp Adobe@Adob kat dorg, klu tak, mau la makan dalam dapat kerutan seribu kat dahi mat/minah saleh british yg tak paham ape la minah asia ni sebut.



Tu je nak story. Baiii.



Tuesday, 22 April 2014

Kelupaan

Hi,

Dari semalam lagi terasa macam ade something urgent yang kena buat 22 hb april ni. Tapi...sebab malas nak bukak email u kat hp, maka pendam je la dengan harapan tarikh 22hb ni takde ape pon yang terlibat.

Tup tup...

Sampai office pagi ni and bukak email, baru tau ade 2 bende yg patot dibuat today.

1. Meeting geotechnical committee
2. Poster training session 1

Dang!!! (terasa kena tampar disitu)

Yang 1st tu okay la sikit kalau tak pergi sebab sekadar duduk dengar update terbaru dari commitee yang ada dan dengar presentation dari speaker terpilih, which normally from lecturers or student final year. Ok la...tak la bersalah sgt, tapi today si ketua jabatan iolss yg present talk tau. hehehee.....bialah..tajuk die kompom tak relate ngn field iolss. Ok je la kot tak dgr. *nak sedapkan hati*

Yang kedua tu plak...adoiii. Cam mana la kpala ni boleh lupe. Gerammm. Dahla dpt 5 kredit hours kalau attend. Tak memasal je kan terlepas something yang penting cm ni. Tapi sebab ade lagi skali training yg sama pada hari yang lain (which is 24hb ni), maka iolss dengan muka tak malu hantar email ke pegawai yang in charge training session tu dengan alasan tak sihat dan tak nak virus berjangkit kat semuaorang *hehehe, ni betol ok..ibu awra flu tau*, makanya, dalam masa tak sampai seminit, email dibalas dengan kata2 berikut :

Dear Nor Shahidah binti Mohd Nazer,
 
I’m sorry to hear you’re not feeling well, I hope you feel better soon.
 
That’s no problem about the training I have now moved you to the Thursday 24th April session at 10am.
 
Best wishes
Tanya

Hehe. Baikkan? Dah la prompt reply, lepastu dapat plak attend session lain tanpa disembur dengan ayat2 tak menyenangkan, syukur sgt. Kalau kat malaysia ni, bila kite as student nak deal dengan pegawai uni, belom tntu dapat layanan baik mcm ni. Kan? Silap2 haribulan, kena hambur mcm2, belom masuk lagi part buat muke ketat ala2 askar tu. Kecut perot u. =P *ni speak based on experience ok, bukan hentam kromo tau!*


Ok la, iolss nak sambung buat lab. Tu je nak story hari ni. Baiii.





Thursday, 17 April 2014

Pindah rumah

Hi,

Minggu lepas (11/4/14) kitorg pindah rumah baru. Kenapa pindah? Sebab nak mudahkan ayah awra pergi kerja *ayah awra kerja uolsss....tak inform pon kan dlm blog ni. hehe. len kali la cerita ek* and satu lagi sebab nak rumah yang lebih rendah. Kitorg dah tak larat naik turun tangga tingkat 3. Dengan dokong awra, dengan usung stroller, dengan bawak barang, ahhh.!jenuh. So kesimpulannya, pindah rumah jalan yg paling baik dan menenangkan jiwa gitu. =P

Rumah baru ni mmg bnyk advantage, TAPI disadvantage pon boleh tahan banyak jgk. Among big advantage yang paling obvious ialah, dekat sangat dengan supermarket Lidl and KFC. hehehe. Suke iolsss. Anytime je nak keluar g beli susu awra ke, beli cikedis ke, beli coklat ke, beli sayur ke, ala...ape2 je la yg nak dibeli. And satu bende yang kitorg suke pasal rumah ni, fully carpet u. Tebal punya plak tu. Dah tebal, lembut plak. Mmg seronok je pijak. =P

Tapi...bercakap tang disadvantages die plak, erm...meh nak membebel skit. Rumah ni patent lame, brg2 dlm rumah pon agak old school, rumah ni besar so lebih sejuk dari rumah lama, dapur rumah ni gune elektrik *iolss sgt tak feeling msk pakai lektrik nih, nak tunggu minyak panas sempat la layan upin ipin ngn awra...nak bakar belacan paling fail skali, dah kate letrik, mana ade api nak membakar kan..tak syok btol!*, sinki die ade due kepala paip untuk sejuk dan panas, so jenuh la nak bukak 2 2 kepala paip tuy everytime nak cuci tangan secoet je...kalau rumah lama, kepala paip jenis moden...pesen yang angkat tu je bila nak guna, so adjust kepanasan air ke kiri or kanan je la..sebab 2 kepala paip ni la, tangan iolss kering gile masa 1st day masak kat dapur..dah memanjang terbukak air panas masa awal2 tu..mana tak kering. kan? ok panjang plak merapu kat sinki ni, hehe.,...dan paling paling menyampah sekali ialah, freezer boleh plak rosak. Habis semua ikan, daging, ayam, dan segala mak nenek bende dlm peti ais kena buang. Gerammm. Dan tak memasal, 3 hari berturut2 kitorg makan nasi goreng kocak telur je sebab tu je yang available. Tak pe ayah awra, today ibu awra masak sambal sotong kering ye. Sedap sikit makan kali ni. hehe. Oh, peti ais tu agent kate nak ganti baru hari ni, harap2 betol la.

So far untuk awra, dia suka sgt kat rumah baru ni. Especially part laluan nak masuk rumah ni yang ade laluan khas untuk kerusi roda/stroller, fevret betol la kalau nak masuk/keluar rumah. Asyik2 pergi lalu kat situ, bukan sekali due, tapi sampai 3/4 kali round. Haihh. Minat sunggu awra ngn laluan stroller tu. So, kitorg ni jenuh gak la nak tunggu awra lari2 sampai rasa puas, ade one time tu, siap memberontak u nak masuk rumah. Iolss dah la nak buang air besar time tu, hangkut je awra ala2 kampit beras time tu. Lantak le nak ngamok ke ape. Maknye dah tak tahan sgt. hehehe. Anyway,awra suka gak dengan tingkap rumah ni yang boleh nampak bus/orang lalu lalang. Die paling suke bile ayah keluar g keje, or mcm malam tadi, keluar pg beli aiskrim jap, die cepat2 lari ke tingkap, tunggu sampai nampak ayah lalu, terjerit2 die babai ayah die. Seronok kemain nampak ayah lambai balik. Yang bagusnya tak plak nangis nak ikot ke ape, die lambai je la sampai ayah hilang. Cute je tgk aksi die. Besar dah kan awra. =)

Alahai..tu je la kot nak story pasal rumah baru. Gambar update nanti la. Sebab now tenet kat rumah takde, pakai tenet hp je. Laju tu mmg laju, tapi malas nak upload gmabr through hp ke blog sebab kena satu2, tak bleh pilih all. Malas sgt. Ni pon taip blog pepanjang mcm karangan ni sebab gune latop, and kat school, klu pakai hp, tak kuase nak menaip panjang cenggini. Asik typo je. Fed up hokehh.

Wokey la. Today mood study ke laut sebab esok stat cuti panjang. Ala..cuti Easter. Jumaat ni and isnin minggu depan u off, so tak yah la dtg u. Seronokkksss. Thats why taip blog, sebab cam excited cuti. hehe. Tapi kurang exicted sebab sengkek baru pindah rumah kan...so tak dapt la kemana2 berjalan sempena easter nih. sobsss. *kite men playground je la awra ek?hehe*

Ok la. Tu je. Baiiiii.


Ibu awra




Tuesday, 15 April 2014

Kisah kasut, jaket dan kunci

Hi,

Semalam ibu awra tengah siap2 nak pergi school. Awra masih tidur, ayah awra dah bagun teman ibu awra bersiap2. Sambil pot pet pot pet cakap berdua, tibe2 awra bagun. Glup! *masing2 pura2 diam*

Tapi sebab kantoi ibu awra dah pakai tudung, automatik awra tau ni tanda2 nak keluar. Maka....dengan mata yang tak berapa nak boleh bukak lagi pasal mamai baru bangun tido, awra teros pecut bagun, turun katil, pergi depan pintu, dan ckp, 'syuss' 'syusss' sambil tangan tunjuk dekat rak kasut. Ohhhhh...nak kasut, suruh amik dan pakaikan die kasut. hehe

Dah pakai kasut, tibe2 masuk dlm bilik balik. Tunjuk kat almari sambil bebel2..Mule2 tak paham gak apa awra nak, sekali pandang kat almari tu, ohhhh.....nak jaket rupenye...nak keluar kan biasanya kena pakai jaket, so awra suruh amik jaket tu dan pakaikan kat die. Siap dah get ready nak masukkan jaket kat tangan you!  hehe

Lepas tu, teros lari keluar, tunggu depan pintu sambil ckp 'key'. Maknenye suruh amik kunci bukak pintu la tu nak keluar....Ohhhh....no! "Ibu nak pergi belajar la syg....bukan pg jalan2. Nanti balik ibu bawak jalan yeh!" *konon pujuk cam tu, tapi tang ayat last tu tak bawak pon akhirnye sebab due2 bantai tido petang semalam. heeee*

Kesudahannya.....awra tak dapat pon keluar pagi tu. Ngamok sakan uolsss! Tapi kejap je, bukak kartun, dah diam. Awra awra...... =P


Ok tu je nak cite.
Bai.

=P



Monday, 31 March 2014

Awra @ 20months

Hi,

Awra semakin hari semakin besar, semakin lain kerenahnya dari masa baby dulu. Dan ibu awra semakin hari semakin busy sampaikan nak tulis perkembangan anak dalam blog pun dah tak sempat. Arh..what a waste.
That's why i'm sooooo keen with instagram lately. hehe. Senang update progress awra through videos or photos sharing, then not only me boleh track back awra's development, all my clan pon can do so. Easyyy sgt. =P

Back to awra's story.

Dari segi bercakap, awra banyak bunyi baby lagi. Maka tak paham la sepatah haram pon kenkadang apa yang cuba nak awra sampaikan tu. Tapi ok jugak la, kadang2 dengar je awra sebut fevret words die macam, aduh *comel gile sebut ni, siap ekspresi muka kerut2 tau*, jatoh, kotor, cat, ayah, akak, atah *ok ni tak tau ape maksud*, oppa *nak cakap opah la kot sebab tgk upin ipin, bukan oppa gangnam style tu yeh. hiks!*, nak, dah, dan tah ape lagi la. and Yes, basically awra menyebut banyak ayat melayu walau konon dok oberseas kan, mungkin berpunca dari dok tgk upin ipin 24 jam. heheh. Anyway, i don't mind at all apa bahasa awra sebut pon, janjiiiiiii..boleh cakap. =P

Dari segi faham arahan plak, unlike bercakap, awra paham english command pulak lebih. *hamboihh!* Ala...tapi yg simple2 punya la, mcm throw ball, take your pillow *aka bantal busuk*, give me, where's ayah?, ayah in the toilet, ayah in the kitchen *nampak sgt kes sendiri tanya sendiri jawab..mihihi*, go outside *halau dari dapur ke ruang tamu..=P*, get into your coat *ni kes mak ayah nak feeling2 tido tanpa gangguan gituu*, you want 'bubu'? *bubu tu susu*, don't!, cannot, and tah hape2 lagi lah yg ibu awra bantai sebut...english tunggang langgang uolss..haruslah anak pening mak cakap ape kan..hihihi

Awra sekarang ade minat baru iaitu tengok cerita kartun 'Cloudy with a chance of meatballs' more than 4/5 kali sehari. Mungkin pasal kartun tu sempoi, colourful, ade monyet bercakap nama steve, tak bosan, bnyak aksi menyebabkan awra cukuppp tertarik nak tgk berulang kali tanpa jemu. Siap tau lagi kite bukak channel tv ke atau bukak kartun fevret die tu. Kadang2 cube gak distract attention awra from teringat kat kartun tu, hampeh....tak pernah berjaya. Kalau buat tak tau kang, die rela berguling 15 minit tak henti2 atas lantai sampai la org bukak kan. Haru betol...Dan tag line awra untuk suruh kite bukak kartun tu is, 'kiki' yang mereujuk kepada , monkey.. hiks!

Anyway, nak ditaip2 satu2 apa awra dah reti buat mcm rasanya takot ade yang kate, 'helehhh..cam la ko sorg ade anak...', or ade plak kate, 'anak aku pon reti buat jugak'.....or mungkin ade yg lain pulak pk, 'boringgg'...hee..so malaslah nak menaip panjang2. Lagipon...sebab dah selalu letak awra pny activities kat instagram, better not merapu lebih2 kat sini. Jimat my time jugak sebab i'm sooooo bz as a 2nd year student. Weheeee. Mark the 2nd year to hokey..kejap je dah masuk tahun 2 tau. i loikkeee sgt. =P

Wokey la. Ni pon curik masa jap buat post yang dari haritu terperap. Malas nak publish sebab rasa takde kepentingan disitu. hihi.

As penutup, layan sikit gambar2 awra sepanjang kat Malaysia tempoh hari. Ni gambar masa mak long awra kawen. Nanti mungkin boleh dipertimbangkan buat entry untuk kisah majlis kawen mak long awra. =)

Itu mak long awra. =P

Clingy habis masa minggu pertama kat malaysia. Jenuh berkepit. 

Family bahagia. hiks!

Tengok tu. Bukan boleh letak bawah, melalak je keje die. Takot org lagi masa ni. 

Sesi tunjuk awra pada jiran yang dari kecik dok bersama kat quarters balai bomba dulu. =)

Awra kepanasan, begitu juga kami. Masa ni baru 3 hari sampai malaysia. Tak tune lagi kulit tu dengan cuaca panas. hehe. =)

Awra dengan maksu cantik. Baju awra tu dah habis tipis dah ibu pakaikan tau. still....berpeluh tak hingat awra masa tu. =)

Budak konon omputih celop yang kepanasan mcm cacing. =P



Ok la...back to work. Baiiiiiiii. 

Ibu awra