Wednesday, 12 June 2013

charity shop

Hi,

Tadi ibu bawak awra pergi library masa ayah pg semayang jumaat. Saje nk bagi awra keluar jalan2, lgpon lepas ayah smyang jumaat kitorg plan nak pg charity shop. Saje cuci mata tgk baju2 bundle. ;) ~~ni entry minggu lepas yg lpe nk di publish. Hehe

Konsep charity shop ni ala2 carboot la sebab barang2 yg dijual adalah barang2 terpakai. Ada mcm2 yg dijual, dari pakaian, beg, kasut, buku2, pinggan mangkuk hinggalah alat2 mainan budak. harga ok la, murah jgk. Dan sebab nama pon charity shop, so basically kedai ni ada badan2 kebajikan tertentu di bawah naungan dorg. Kira dorg ni kutip dana untuk charity tertentu via jualan barang2 second hand yang di donate oleh orang ramai. Wah promote kau!...Mcm duta charity shop plk ibu. Hiks!

Anyway, tkde ape pon yg ibu bekenan tadi. Cuma adalah rembat 2 cardigan jenama top shop and mark n spencer dengan harga 2 pound sehelai. Murah kan? ;p

Awra happy je pg charity shop ni. Tengok la gmbr bawah tu..seronok je dia main dlm kedai..habis semua brg2 yg boleh dicapai awra buat main. Mcm dlm gmbr bwh ni...





Overall...Ibu lagi ske carboot, sebb brng lagi best kot n boleh bargain. ;)

Ibu


Fever

Hi,

As ibu bgtau sebelum ni, awra down with fever. Jenis on off punya. Suhu badan awra ibu selalu pantau pakai termometer khas yang jenis lekat kat dahi tu (beli kat asda, 2 pound je..hee) and so far temperature awra dalam range low fever lagi. Ibu bagi awra makan ubat jenis syrup perisa strawbery and at first mmg awra suke, tapi lame2 die dah tau bende tu adalah ubat, so teros geleng geleng kepala bila nak bagi makan ubat. Adoilah si kecik ni.. Bijak betol. And by the way, ibu suap ubat tu guna sudu, bukan syringe. Sebab kalau pakai syringe, lagi la bertambah tutup mulut jawapannye. =P

Erm..Mula2 masa nak bagi makan ubat mmg terpaksa berdrama sikit, kena berlakon konon2 ibu n ayah punya makanan la ubat demam die tu..so bila awra nampak ibu ayah nak makan ubat ni, kompom awra pon nak..taktik yang pada mulanya sangat berjaya..hehe..now taktik bagi makan ubat dah jadi lain sikit, kena celup puting awra dalam ubat tu,..mcm tu je yg nmpknye leh buatkan awra makan ubat..kalau tak, sampai ke sudah la geleng kepala je keje die..

Sejak demam ni jugak, awra asik la merengek. Takde bende pon merengek. Bangon tido merengek, nak tido merengek, main merengek, makan merengek...pendek kate semuanya merengek la. Pening gak la ibu ayah nak handle awra now. Paling parah waktu malam. Awra kerap terbangun n nangis kaw kaw punye. siap lentik2 badan n nangis tersedu sedan lagi. Dah 2 malam awra mcm ni. Sampaikan ibu ayah terpaksa bawak awra tidur malam dlm bilik instead of ruang tamu (kitorg mmg dari dulu tido kat ruang tamu tau sebab awra tak boleh tdo katil, nanti jatuh. =P). Sebabnya, ruang tamu kitorg bersebelah dengan bilik tidur jiran rumah sebelah. So kalau awra nangis malam2, dorg boleh dengar n secara tak langsung dah ganggu dorg tidur. Kat sini plak kalau bab2 bising ni mmg akan terus sound direct je, kitorg dah kene dah...ehehe. Semuenye salah mak su cantik aka bibi. Ye lah,. pukul 12 mlm sibuk nak skype ngn kitorg, last2 jiran sebelah dtg ketuk pintu cakap bising sgt..die tak leh tdo..Tak memasal je kan..so kesimpulannya, awra mmg kena tdor dlm bilik sebab kalau tak, mungkin tiap malam si jiran tu dtg ketuk rumah kitorg pasal tak leh tdo.

Anyway, bilik tidur ni bersebelah ngn dapur kitorg sendiri n sebelah lagi adalah rumah jiran blok sebelah, so far ibu pon tak pernah dengar ape2 bunyi dari rumah blok sebelah, so rasanya mmg aman la kalau awra nak terpekik terlolong dlm bilik tidur ni sebab mcm kalis bunyi je gayenye. hehe

Berbalik pada perihal awra demam, ibu suspect 2 perkara yang menyumbang kepada demam ni n sekaligus menyebabkan awra asik menangis je malam2. 1st, sebab awra lapar. Ok ni salah ibu la, sebab dah 2 hari ibu tak masak nasi. Beras habis dan ibu fikir takyah beli la dulu sebab stok macaroni n mee ade lagi..so 2 hari ni mmg makan macaroni n mee je la untuk ibu, ayah dan awra. Kalau betul lah tanggapan ibu yang awra lapar nasi, maknenye darah melayu mmg pekat dalam badan awra. kihkih. Hari ni ibu dah pergi asda beli beras, n dah bagi awra makan nasi, we'll see tonight ok whether hipotesis ibu tu betol ke tak. =P

2ndly, maybe sebab awra nak tumbuh gg. Ni unsure, tapi boleh berkemungkinan gak sebab normally awra akan demam bila nak pandai something or nak kua gg. Actually nak bertukar bulan pon mungkin gak, sebab next month kan awra dah setahun. so...tah la. Apepon, harapnya awra cepat sembuh dan tak meragam luar biasa lagi. hehe.

Pic kali ni adalah pic masa kat malaysia, masa ni awra demam teruk ngn suhu badan yang sangat tinggi (38 degree nak ke 39 degree cm tu) and reason disebalik demam ni ialah, awra rupanya nak pandai macam2 dalam satu masa. Antaranya ialah, pandai merangkak dan tumbuh gigi 4 batang sekaligus. Umur masa ni tak silap, erm...7 bulan rasanya. Amazing sangat masa ni sebab right after awra sembuh demam, awra terus pandai merangkak walhal baru je dalam seminggu dua sebelum tu awra mula mengesot. Budak kecik ni mmg sngt cepat  perkembangan die, that's y lah baru 10 bulan dah boleh jalan. Rata2 org scottish yang mana peramah dan tegur awra bila kitorg bawak awra keluar jalan2 akan melopong mulut bila di bgtau yang awra baru 11 bulan sekarang. Dorg tk percaya awra dah boleh jalan dengan cekap n mostly ingat awra dah setahun lebih. Actually dorg ni mmg sgt peramah and ayat yang slalu dorg gunakan bila jumpa awra ialah, "she's so lovely", "she's gorgeous" "hello dear", "hello sweetie" "hiya.." and mcm2 lagi lah panggilan and greetings yang sangat ikhlas diucapkan dan tak nampak fake langsung. Mmg baik hati sgt. Ada sorg granny ni yang jalan bertongkat siap stop tepi jalan and bukak cerita kat kitorg berapa anak, cucu and cicit die ade once die terpandangkan awra and tegur awra. Kadang2 kitorg naik segan sebab dorg punyalah beria tegur awra, awra boleh pandang tergamam je kat dorg. Gelak tak, senyum pon tak. Ade one time, mencebik plak kena lambai ngan sorg laki mat saleh ni. Yang mat saleh tu bersungguhlah main cak cak ngan awra..Last2 awra nangis...haissh.. Tak sporting betol la awra ni. hehe

Ok lah, sampai sini je catitan ibu kali ni. =)

Muka sebelum sakit. Dah nampak kuyu je mata awra masa ni.  

Tengah peak demam. Still ceria as usual. Tengah kacau atok nenek tidor masa ni. 

Mmg manje ngn atok budak kecik ni. =P

Akhirnya sembuh dan dapat hadiah kerusi spiderman. =)

*jangan ingat ibu show off plak ye, ibu kan nak record segala bende pasal awra, penting nih catit kat sini, sorry sgt to those yang rasa offended. To awra, cepat sembuh ye, nanti ibu ayah bawak pergi...L@#$%. hehe. Tak boleh state lagi sebab tak comfirm lagi.*

Ibu


Monday, 10 June 2013

dah ada header

Hi,

Ibu belek2 setting blog last week. Pastu tetibe terfikir nk letak header gambar awra. Jenuh pk gambar mcm mana yg ibu nk letak jd header. Konon2 nk gmbr yg nmpk seni la. Tp dah ibu ayah awra ni pon buknlah berseni sgt orangnya, maka sume gmbr awra mmg sekadar di pinggiran je la mutu kesenian die. Hehe

Last2, gmbr atas tu jugk la yg ibu pilih. Si mak su cantik aka bibi yg tangkap. Suke la tu letak nama die dlm blog ni. Ok la. Reason pilih gambar tu sebab ibu ske tgk muncung awra tu sebenarnye. Bukan mcm itik dah nampak, mcm muncung angsa pon ada dah ibu tgk.

Si budak kecik ni mmg dari baby suke buat mulut burung die tu. Lawak je tgk bila time awra baby, tak memasal2 die juihkan bibir cam tu. Comel. Seolah2 awra nk buat bnyi "uuuuuu" bile muncungkan mulut tu. Bila makin dah besar, jarang dah buat mcm mana baby dulu, tapi sekali bila buat, hah..mmg mcm atas tu la jadi die. ;)

So, apart from gambar kat atas tu, ada lagi 2 gambar yang lebih kurang serupa. kelakar je tgk muke awra masa ni. Anyway, gambar awra juihkan mulut masa baby takde..sebab ibu sgt pemalas amik gambar awra dulu. Sekarang je baru rajin. Sebab nak letak dlm blog. hehehehe, =P

Ni kire beruntung la ni dapat snap. slalunya baru nak on kamera, muncung pon dah hilang.  

Konon comel le tu..ihihi

Awra demam now. So ibu focus kat awra dulu dari focus kat tulis blog ye. sorry le pada fans sume. eh?Hee.


Ibu


Thursday, 6 June 2013

Jatuh

Hi,

Cerita tak best sikit.

Alkisahnya, tadi awra jatuh tersembam dekat bucu meja. Kena bahagian atas kelopak mata. Mcm mana tah boleh jadi, ibu pon kurang pasti. Yang pastinya, awra cuba nak panjat peha ibu dan mungkin kaki tergelincir sikit so terus jatuh ke bucu meja yang kebetulan ada depan ibu. Feeling so bad sebab lambat tangkap awra yang dah tak balance masa tu. Hurm..

Kesian sgt awra. Nampak bengkak sikit kat bahagian yang kena ni. Urat pon timbul jelas kat bahagian tepi mata. Mesti sakit sangat awra masa kena tadi. Masa baru je lepas jatuh tu, menggelitik awra menahan sakit sampai terangkat2 kaki awra. Kesiannnn sgt anak ibu masa ni.Adoii...=(

Sedihnya tgk.. ;..(

Harap awra ok je n bengkak tu surut by esok. Amin.

from,
Ibu yg dukacita.

Wednesday, 5 June 2013

Makan ice cream

Hi,

Cuaca glasgow cukup baik 2 3 hari kebelakangan ni. Panas dan tak sejuk kejung mcm slalu. Hehe.

Atas faktor tu, ibu rajin plak makan aiskrim. Siap beli kon aiskrim lg tau...feeling2 mkn aiskrim calong seringgit kat malaysia gitu. Mmg heavan sungguh . Nyummy sgt la. Nak2 plak pekena aiskrim bawah ni.

Hehe  Mmg best. Tak tipu. ;) 

Tengok je la ni bila dimakan as air krim calong...superb kan?

tempting tak?


Awra plak kompom la tak nk lepaskan peluang mkn aiskrim jgk..mane boleh die tak makan ape yg kita makan kan...so ibu pon bermurah hati bagi awra ... 

calong je. Hiks!


Ok la tu. Awra tetap gembira. hehehe. ;)



Ibu









Sibuk

Hi,

Ibu super sibuk lately. Sv plak bagi kerja sikit untuk ibu buat, jadi la bertambah2 takde masa nk tulis blog. =)

Walaupun ibu sibuk, tak terasa sangat kesibukkan tu sebab ada ayah. Ayah sgt2 membantu ibu kat sini, especially part tengok2kan awra. Kalau ibu perlu menyendiri untuk study, ayah la yg entertain awra n tdurkan awra bila awra ngantuk. Bagos kan ayah ni? hee. Apepon, tugas memasak still 100% pada ibu. So maknenye takdelah 100% ayah jadi house husband ye. =)

Now ibu baru lepas perah otak yang dah berkarat ni untuk selesaikan equation yang sv ibu bagi last week. Belom dapat final jawapan, tapi at least ada hint sikit la cam ne nak start. hee. Kalau dah name pon equation, sah2 la ibu kena belek balik add math time form 4/form 5 dulu. Jenuh sungguh nak dapatkan ingatan tu balik. Lame dah tak buat add math, bile kena soklan senang pon dah mengelabah tak tau jawab. Apa la ibu ni.

Ok. Tu je bebelan ringkas untuk kali ni. Saje update sumthing untuk bagi 'nyawa' sikit kat blog ni. And tetiba nak letak gambar ibu ayah masa awal2 kahwin dulu. huhu. Gambar ni masa before ayah nak balik penang naik bus. Kereta ayah tinggalkan kat ibu untuk ibu guna bawak pergi kerja dulu. Masa 1-2bulan pertama kitorg kahwin, ayah still kerja Penang. Mmg jadi weekend couple la kitorg. Ingat lagi waktu ni, hari jumaat je happy sgt. Hari ahad plak, down gile. Hehe. Memandangkan ibu termasuk dalam kategori mereka2 yang bunting pelamin lepas kahwin, hee. so masa ni jiwa mmg kacau sungguh sebab berjauhan dengan suami kononnye. Tapi alhamdulillah rezeki baby dlm perot, ayah dapat tukar ke kl tak lama lepas tu. Indah betol dapat bersama suami setiap masa. =)

1st gambar tangkap pakai tab. Syg sgt, tab dah rosak skang. =(

I love u so much ayah. ! =)

Ibu

Sunday, 2 June 2013

New hair cut

Hi,

Ibu sgt prihatin dengan rambut awra. Sejak awra baby, ibu mmg slalu sikat n betulkan rambut awra once nampak messy. Sikat is a must la kalau g memana. Dan koleksi sikat awra mmg la bnyk, maksudnye...bnyk yg hilang. hehe

Awra punye rambut nak kata kerinting, tak sgt. Nak kata lurus pon tak sangat. In between la tu. Tapi yang pasti, rambut budak kecik ni mmg sgt tebal. Masa baby lagi, awra lahir dengan rambut yang lebat, tebal dan hitam. Ada nenek saudara awra kat singapore (now dah arwah) ingatkan awra pakai topi masa mula2 jumpa awra. Al fatihah buat nenek saudara awra ni yang baru je meninggal bulan lepas due to cancer. =(

Lately, rambut awra semakin tak terurus. Satu hal sebab panjang sangat yang depan tu, satu hal lagi sebab awra semakin lasak, jadi bila tengah peak lasak tu, habis rambut masuk mata. Awra rimas, ibu pon jadi sakit mata menengok. hehe

Maka jalan penyelesaian yang terbaik, potong! yay!! =P

Ibu beli set gunting rambut kat kedai 1 pound. So harga set gunting rambut ni ofcoz la 1 pound je. Murah kan? Ade 1 gunting rambut biasa, 1 gunting rambut bergerigi (ni untuk nipiskan rambut) dan satu gunting. Mmg berbaloi.

Cerita pasal memotong rambut awra, hurm..sgt lah bukan perkara mudah. Penuh drama dan air mata. Hehe. Risau sgt masa potong ni sebab gunting kan tajam. Jadi semuanya kena dilakukan dengan cepat dan tergesa2. Hasilnye, mmg la senget benget sikit rambut depan awra tu. Tapi ok la...janji dah tak masuk mata dah..awra tak rimas, ibu pon senang hati. hehe

Tengok tu, happy je kan. =P

Nanti dah besar baru kita simpan rambut depan tu panjang ye. Now mmg tu je la limit die tau awra.

Adalah rupa tempurung kelapa sikit kan, tapi..belasah je lah. Awra kecik lagi. Bukan die heran pon rupe apa rambut die. hehe. =P


Ibu