Thursday 30 May 2013

Hari kurang bernasib baik

Hi,

Hari ni ibu ada meeting ngn sv pukul 1ptg. Pagi2 lg ibu dah keluar sebab ni first time ibu nk try naik bus gune sistem baru. tah la knapa ada rombakan no bus n destinasi, so kalau sblm ni ibu naik bus no 12 untuk ke u, skarang jadi no 7 plk. Yang bertambah tak best, bus benti kat city centre je, tk benti dekat dengan office ibu cm dulu. Leceh sungguh. Jauh jgk la bjalan,kena lalu kawasan berbukit yang agak curam gak plak tu...dugaan dugaan...

Sebelum keluar rumah td, ibu dah siap2 buat breakfast untuk ayah dan ibu pny ibu dah siap tapau nk bawak bekal ke school nanti. Tp boleh plk ibu lpe nk bawak sekali bekal tu so nak tknk terpaksa beli sumthing untk alas perot. Sampai dekat town, ibu pergi kedai sainsbury'd local. Kedai ni mcm 7 eleven la skit, bezanya bukan 24 jam la. Ibu perasaan ada promosi breakfast set below 3 pound. Set ni ada 3 barang yg kita boleh pilih ikot suke kita. Ibu amik sandwich tuna, buah n jus strawberi. Masa bayar, ibu gne mesin self payment. Total sume yg ibu kne bayar adalah 3.65 pound. Aik..kompius ibu. Tang mane plk yg less 3 poundnye. Rugi rugi..

Masa nk sampai ofis, lebih kurang pkul 9 cm tu, pintu ofis lak tak leh bukak. Ibu ketuk2 takde sape bukak. Aduh. Pintu ni bukan berkunci sebenarnya, tp ada password untuk masuk. Ibu lpe psssword tu sebb slama ni ibu dtg pintu tu mmg tk yh berpassword bagai. So terkebil2 la ibu sorg2 dpn pintu tu sambil fkir apa yg ibu patot  buat untuk masuk. Tiba2,dtg sorg cleaner tanya ibu knapa ketuk pintu n bila ibu ckp ibu pny workplace dlm ni, die tolong bukakkan n bgtau password tu kt ibu. Lega lega..

Dan selepas sesi pjumpaan dengan sv, ibu pon teros bergegas balik. Lagi skali kne bjalan jauh nk dptkan bus, tp ok skit pjalanan ni sebab menurun bukit plk. Hihi. Dan ibu ingt ibu bernasib baik sesampainya di bus stop sebab bus untuk balik terus sampai ngam2 time tu, rupe2nye lagi skali ibu kurang bernasib baik hri ni..tiket bus ibu tk boleh gune sebab driver bus pg td salah bg ticket single kat ibu, walhal ibu bayar untuk ticket return. Dan bertambah unlucky bila duit ibu tk ckup nk beli tiket baru, so terlepas la ibu bus tu. Kesian kesian..

Hihi.

gambar ni tkde kaitan dengan cerita ibu hari ni. Tapi ni aksi awra masa bgn tdo pg td..melentok je kt ibu masa tengok kartun. Tau la tu ibu nk tinggalkan die jap arini, 2 yg melekat je. :)

Selingan #1

Hi,

Dekat sini ibu slalu jumpe perkataan ono bila tengok iklan2 yang nak jual barang2 terpakai.

Contoh kalau harga barang tu 100 pound, nanti dekat hujung diorg akan letak, ono.

Erm..Setelah sekian lama pk ape maksud ono, now baru tau ape maksudnye, tu pon lepas google. hehe

ono maksudnye, Or Nearest Offer. =P

*ilmu baru di negara org*


Ibu

Wednesday 29 May 2013

Mengimbau kenangan saat berlepas ke glasgow

Hi,

Ibu rasa ibu perlu catit dalam blog ni memori2 masa sebelum berlepas ke glasgow, kang lame2 takot lupe lak. 

Tarikh berlepas ke glasgow hari tu ialah 29hb Mac, bersamaan dengan hari jumaat, pada pukul 11.55 malam. Kami sekeluarga menaiki kapal pesawat MAS Airbus 380 dari KLIA ke Heathrow, London dan dari Heathrow ke Glasgow menaiki pesawat British Airways (yang ni bukan airbus dah ye, boeng plak). Perjalanan pertama mengambil masa 13 jam 5 minit dan perjalanan ke dua mengambil masa 1 jam 30 minit. 

Petang sebelum berangkat tu, ibu ayah sempat keluar lagi pergi PKNS Bangi untuk carik barang2 keperluan untuk dibawa ke glasgow. Oh ok, kalau tak silap masa ni ibu nak carik spare part pump susu dekat area2 PKNS tu, tapi tah mcm mane leh singgah PKNS jap sebab nak makan kfc last kalinya. hehe. Ibu makan set ayam percik sebab before this mmg tak pernah try, so tetibe termengidam lak nak makan saat2 akhir ni and suprisingly habis licin ibu makan. Set nasi + 2 ketul ayam plak tu. Selalunye, seketol ayam pon susah habis. Mmg lepas geram betol nmpknye kan. hee. Awra plak masa ni tak ikot, tinggal kat rumah dengan atok nenek and sume2 yang lain. =)

Memandangkan seharian dari pagi ke petang tak rehat, so bila menjelang saat2 nak bertolak, which is lepas maghrib, ibu dah start longlai. Badan pon dah letih, masa ni kan awra masih menyusu susu ibu lagi (jenis kena pum masuk dlm botol ye, bukan minum direct. bdak kecik tu mmg demand!=P), so ibu dah start risau sebab plan asalnya, ibu nak standby sebotol penuh susu awra before naik flight so that masa dlm flight nanti ada stok ready untuk awra minum. Tapi perancangan ibu ni nampaknya mcm akan gagal disebabkan faktor keletihan akibat tak rehat sepenuhnye siang tadi. hurm..ok lah, masa lepas maghrib, sume dah siap semayang, beg dah angkut masuk kereta, ibu ayah pon bersiap. Awra pon dah dipakaikan baju gaun yang pak cik opik beli since berapa bulan lepas tah tapi ibu tak pakai2 kan langsung sebab kononnye nak pakai time ni lah..hihi. Nenek pon tak habis2 ingatkan ibu pasal baju ni, takot betol ibu terlupa nak pakaikan awra dengan baju ni bila tiba hari nak bertolak. Sebab nak bagi nenek puas ati, 3 hari before pergi ibu dah gantung baju awra kat luar almari. hehe

Masa gerak ni, ibu ayah naik satu kereta, atok nenek n yang lain2 satu kereta. And as usual lah, awra dengan dorg. Saat2 akhit kan, haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin. Dalam pada ibu risaukan susu awra yang tak cukup ni, ibu risau jugak dengan awra yang tak tidur2 dari petang tadi. Ibu plan nak bagi awra tido petang so that nanti bila kat KLIA awra leh main2 untuk last minitnya dengan sume org sampai penat, and nanti dlm flight leh tdo ngan nyenyak, tapi lagi sekali nampknye plan ibu gagal. Awra kekal buntang sampai la ke saat dah bergerak ni. Masa dah keluar dari rumah, kitorg singgah dekat petronas bangi sebab nak tunggu atok n wo awra. Kirenye konvoi 3 kereta la ni. Buka atok n wo je yang ada, tapi adik2 ayah yg lain pon sume ada except ngah an yang sepatotnya datang terus ke KLIA dari Penang. Ibu ckp sepatotnya sebab..hihi. Nanti sampai time ibu cakap ye. =P

Ok, masa atok n wo dah sampai,  awra di"culik" masuk ke kereta atok n wo. huhu. Ye lah, atok n wo awra rindu sgt kat awra sebab sepanjang minggu terakhir nak bertolak ni, dorg pergi Bandung sebab atok awra ada sumthing pasal kerja kat sana. Wo pon ikot, jadi mmg nak tak nak, ni je la masa yang atok n wo ada nak jumpa awra. Alahai..kesian ibu tgk. Jadi perjalanan diteruskan ke KLIA dan hati ibu masa ni kuat mengataan, awra akan mengamok dlm kereta atok n wo. Dan tak sampai 10 minit perjalanan, hp ayah berbunyi dan ibu dah agak, mesti nak bgtau awra melalak. Tepat! Awra melalak sakan dalam kereta sampai kitorg terpaksa berhenti kereta tepi jalan untuk amok awra balik. Kesian sangat kat wo sebab beria wo nak pegang awra, awra boleh bantai mengamok plak. Adoi. Masa ibu amik awra, tersedu2 awra menangis siap meleleh air mata kesedihan yang amat la kononnye. Awra ni seminggu sekali je pergi rumah wo, jadi bila die tgk muke adik2 ipar ibu, n nampak tak berapa familiar, tu yang melalak sakan tu. Wo cakap, bila pass awra ke belakang lagi kuat die nangis sebab tak biasa. Memilih sungguh budak kecik ni. Sudahnya, awra ibu pegang dan tak sampai 5 minit, terus terlelap dengan sedu sedan yang tak hilang2. hehe. 

Masa on the way ni, highway utara selatan sesak teruk. Tah nape tah. Semua nak ke glasgow la kot. hehe. Kitorg terpaksa amik keputusan lalu lorong kecemasan and dah standby siap2 ayat nak jawap kot2 polis tahan nanti. Mmg mendebarkan masa ni sebab ibu takot kitorg tak sempat sampai tepat pda masanye. Tapi sebenarnya jem tu tak berpanjangan pon pada jalan menuju KLIA and once kitorg dah masuk susur nak ke KLIA, lenggang je. lol. Ok la, segalanya berjalan lancar setakat ni. Masa sampai kat KLIA, mulalah suasana cemas dan kelam kabut timbul. Yang nak parking keretanya, keluarkan barangnya, dengan awra tidurnya, nak check in luggage nye, terlebih muatan dlm begnye..alahai..mcm2 lah..keadaan ni menambah2 lagi keletihan ibu dan satu perkara yng memburukkan lagi keadaan ialah, beg pack kitorg yang kitorg jadikan hand carry ni sgt2 lah berat2 (latop segala bagai sumbat dlm ni), makanya dah nama pon hand carry, usung la kesana kesini sepanjang before berlepas tu. Haish..

Cici and mun dtg masa ni. Terharu yang amat nampak muka kawan baik dtg bagi support. Zedge tak dtg sebab ada org kawen katenye. Sara of course lagi lah tak boleh sebab jauh kat utp sana. Cici bagi hadiah beg (serious beg ni sgt berguna n bagos. Korg2 sume, belilah beg ni dari cici ok! Kecik, tapi ruang besar, n sgt memudahkan. hehe.) *ci, sila bagi i komisien ok!* and mun plak bagi hadiah baju n seluar kat awra. Aduhai..lagi la menambah terharu sebab dah la dorg susah2 dtg, bagi hadiah plak lagi. Masa ni adik mak ibu pon dtg, iaitu Cik Jut and suami, Cik Omar and cucu dorg, Aleesha. Masa tengah menunggu nak berlepas, ibu amik peluang berbual2 ngan cici n mun, sambil makan karipap sardin nenek buat. Ye, nenek mmg sejak azali sangat suka buat karipap kalau ada occasion2 penting. tq nenek! And bila dah start sesi salam peluk cium nangis yang ibu  taknk describe detail kat sini kot kang ada yang berhabuk mata sambil menaip kang, hehe, makanya ibu skip teros ke part perpisahan di pintu masuk balai berlepas. Mmg syahdu masa ni, tapi senyum je la yang mampu. Lambaian terakhir sambil trun esculator mmg menyedihkan, ibu dukung awra, ayah tolak stroller, dan kitorg melambai2 kat sume2 yang hadir sampailah tiba kat kaunter imigrisen dan dorg sume hilang dari pandangan. sobs sobsss

Lepas check passport, kitorg bergegas pergi carik aerotrain sebab kitorg punya terminal nak berlepas jauh. Masa ni beban berat di beg yang di galas dah terasa walaupun awra ibu dah letak dalam stroller masa ni. Ibu dah mula diam, perasaan bercampur baur disebabkan kepenatan, keletihan dan jugak kesedihan dalam satu masa. Awra masa ni comel sgt sebab dia mcm paham kesusahan ibu ayah die, so die duduk die je dlm stroller sambil peluk bantal bomba yang atok buatkan untuk awra. 3 bijik bantal tu kitorg bawak, mmg standby untuk bagi awra mudah dan selesa tidur. Masa dah sampai ke tempat menunggu before masuk flight, saat ni dah terasa janggal sgt, sekeliling kita sumenye mat saleh. Ibu mmg ada syndrom tak suka bende baru, jadi pemandangan baru ni menyebabkan ibu bertmbah moody. Masa before masuk flight, ayah ada tanya pasal bassinet kat staff yang jaga pintu masuk, and die kate die akan usahakan untuk dapatkan bassinet, tapi tak janji boleh dapat ke tak. Dan bila pengumuman masuk dlm flight diumumkan, ayah tanya lagi sekali sama ada kitorg dpt bassinet atau tak, jawapan yang diterima amat mengecewakan. Tak dapat. Ibu dah stress sgt masa ni. Kitorg tak boleh buat apa melainkan terpaksa pangku dan pegang je awra sepanjang 13 jam 5 minit perjalanan nanti. 

Bila masuk dalam flight, ibu terperanjat sgt2 sebab keadaan seat tak seperti ibu gambrk. Jarak antara seat sgt2 rapat dan sempit, dan seat tu plak sgt tegak, 90 degree, langsung tak selesa bila saat pertama ibu duduk. Ya Allah...Ibu terus bertambah stress dan down sgt2 sebab ibu tak dapat bayangkan macm mana nak harung perjalanan selama itu dalam keadaan yang teramat sempit mcm ni di tambah plak ada awra yang pastinya tak gemar keadaan sempit mcm tu dan akan mengamok dan menangis nanti. Mental ibu betol2 jatuh tahap kronik masa ni (adalah sikit2 masa mcm bersalin dulu. hee) and ibu dah mula pikir untuk quit. serious. Dan menambah buruk keadaan, flight delayed untuk sejam. Astaghfirullah. Ibu cakap kat ayah, ibu nak balik.Ibu nak tunda flight ke hari lain. Ayah cuba tenangkan ibu. Tapi ibu dah tak leh fikir masa tu, ibu panggil  pramugari kate nak batalkan flight. Pramugari panggil org bahagian ticketing untuk diskus dengan ibu, dan atas pujukan dan kata2 semangat yang ayah bagi, ibu bertenang. Ibu fikirkan balik harapan mereka2 yang mengharapkan kejayaan ibu, dan dalam pada ibu termenung fikitrkan segala2nya ni, akhirnye ibu redha. Ibu kuatkan semangat dengan kekuatan yang nyawa2 ikan je ni, ibu akan harung perjalanan yang panjang ni dengan setabah yang mungkin. Akhirnye, flight pon berlepas, dan bermulalah saat2 kesusahan yang menyebabkn ibu ayah fobia sgt nak naik kapal terbang lepas ni. 

Ibu ringkaskan segala yang berlaku sepanjang 13 jam dlm kapal terbang sebagai keletihan fizikal dan mental  tahap maksima. Sebabnya, awra meragam yang amat sangat, ibu dehydrated sebab cirit birit *lebih 5 kali ke tandas* dan satu makanan pon ibu tak jamah sebab perot sakit. Kesian kat awra sebab dia sgt2 tak selesa dengan tempat yang sempit mcm tu dan ibu ayah bergilir2 dukung awra pusing2 keliling kapal terbang untuk bagi awra rasa bebas dan lapang. Rasanya penumpag lain dlm tu mesti terasa kesusahan kitorg berdua sebab sepanjang perjalanan dorg dengar suara awra merengek dan menangis. Seorg chinese perempuan belakang seat kitorg sgt2 bersimpati dengan ibu ayah sampaikan bila die dengar awra menangis, die akan main cak cak dengan awra supaya awra diam. Dia kate, kalau kita yang dewasa pon letih dengan perjalanan yang panjang mcm ni, apatah lagi baby. Hurm..Terharu dengar keprihatinan dia. Awra ada jugak tidur masa dlm flight ni, tapi tk lame walaupun kalau ikotkan time awal2 berlepas tu time tido awra. Tah lah, rasa nya paling lama awra tidur 3 jam je kot. =(

Saat2 kapten dah umum kitorg dah sampai london dan bakal mendarat, ibu sebak sgt. Ibu pandang ayah, sebak sgt..dan ibu rasa beruntung sgt dpt ayah as suami sebab ayah sgt tenang dan bnyk membantu dlm keadaan genting mcm ni. Ibu berulang kali ckp terima kasih kat ayah n ibu ckp, kalau ayah takde, dah lame ibu quit. *sedihnye teringat masa ni*. Alhamdulillah, kitorg selamat sampai. Perjalanan yang menakutkan tu akhirnya berakhir dan syukur keatas Allah atas segalanya. 

Next flight?hee. Malas la nak cerite,, tapi yang boleh ibu kate, awra semakin bad mood and makin melalak sampaikan muntah2 dlm flight yang kedua ni. Kesian sgt anak ibu ayah masa ni. K lah, taknk dah sedih2. 2 je story yang ibu nak catit kat sini as ingatan kat ibu yang perjalanan jauh dan sukar ibu dah tempuh, sekarang tinggal berjuang je di medan phd ni dan balik bawak kejayaan. Ibu percaya, dalam kepayahan yang Allah uji ni, ada kesenangan disebaliknya sepertimana yang diterangkan dalam surah Insyirah. Kan? =)

Semoga semua org mendoakan kejayaan ibu disini. Hidup kat sini tak sama mcm Malaysia, jadi kalau ada yang nak iri hati atau cemburu tengok ibu disini, lupakanlah, sebab ibu jauh lebih cemburu tengok anda2 semua yang ada kat Malaysia. Ibu berdoa 3 tahun ni berjalan dengan cepat, dan ibu tak sabar nk balik malaysia dan berbakti pada anak bangsa. hehe. *patriotik betol ayat ibu*. 

Enjoy la gmbr tanpa caption di bawah ni ye. =P












Jumpa di lain entry. Bai...

*eh pasal ngah an, ekceli ngah an eksiden. so tak sempat dtg jumpe kitorg. syukur ngah an tak pape. kereta je rosak.so.. ngah an je lah dtg sini ek, honeymoon. hee*

Makan-makan di Mohd Chan

Hi,

Masa dekat bangi dulu, ibu ayah suka makan dekat satu kedai cina muslim ni which is Mohd Chan. Kedai ni mmg sentiasa full, baik siang atau malam. Favourite ibu ayah ialah butter prawn, kam heong daging, kong boh ayam and daging masak black pepper. Except for butter prawn, 3 masakan yang ibu senaraikan tu selalunya kitorg order dalam bentuk set dengan nasi kosong yang harganya RM 7 sepinggan. hehe. Si butter prawn tu mahal sikit ye, tapi mahal yang berbaloi la sebab rasa dia....umpphhh! marvelous sgt. huhu. butter prawn punya harga is RM 25 sepinggan (ada lebih kurang 8 udang besar dlm ni klu tak silap). Dan air favourite kitorg kat sini ialah, jus kedondong asam boi. Fresh punya kedondong yang diblend dan di mix dengan beberapa ketol asam boi. Mmg terbaik. Harga air ni plak, RM3.50. Mahal sikit la bagi ibu. =P

Ok, tu part intro. Huhu. Yang nak story sebenarnya, masa minggu2 sebelum dtg sini, kitorg sume pergi makan mohd chan dengan atok nenek pakcik mak long dan maksu. Masa mula2 sampai, tempat semua penuh. Down sekejap. Nak kena carik kedai lain nampaknya. Nak naik tingkat atas plak, terpampang jelas papan tanda "section closed" diletakkan depan tangga. Saat2 hampir give up dan nak berpatah balik ke kereta, rezeki menyebelahi kitorg bila salah sorg pekerja tu bagi naik tingkat atas. Yippie! hehe. Maka bermaharajalela lah kami sekeluarga makan kat tingkat atas tu tanpa ada org lain pon kat situ. Mmg vvip sungguh. =)

Dan peluang ni jugak telah digunakan sebaik mungkin untuk bergambar sakan seolah2 kedai ni atok awra yang punye. hehehe


Awra dan pak cik opik

Pak cik opik tukang layan awra. Bagos die ni bab layan awra bagi diam. heheh

Ye ye je la awra membaca, =P

Bila duduk dengan ibu ayah buat muka bosan yek awra. 

Kena agah baru senyum

Nampak kecik je awra time ni

Dah start tak tau duduk diam

Tah ape lah direngekkan masa ni

Us. =)

After makan, bergambar  before balik

Kalau keluar makan beramai macm ni, awra mmg jadi rebutan nak dipegang *time baik je, time nangis lari, terutama yang baju belang tu, =P*

Oit!tdo ke hah. *merujuk pada si baju belang lagi. hehe*

Pak cik opik, mak su cantik, nenek dan atok

Awra kyusuk main duit singgit, tu yang memanjang tak pandang kamere tu. 

Sebab rindu dekat butter prawn mohd chan, ibu dah google resipi buat butter prawn dah. Nanti ibu update apa hasil butter prawn ibu tu yeh. =P

*To bibi, jangan nak berhabuk plak mata tengok gambar2 ni. kihkih*


Sunday 26 May 2013

worried

Hi,

Tadi pagi, ibu perasaan something yang strange pada mata awra. Kelihatan mcm satu dot yang kecik dlm mata putih awra. red dot to be exact. Hurm..ibu doubt yang dot tu adalah habuk or anything else yang akan hilang sekelip mata once awra rub her face atau blink her eyes sebab evrytime awra pandang kiri kanan, that tiny bit tak ikot bergerak skali pon. Bila diteliti dengan lebih dekat, red dot ni adalah tompokan darah! :(

Ibu cemas sgt. Cuba fikir balik apa yg awra buat pg td sampai boleh berdarah mata. Erm..awra ok je pg td, main mcm biasa, nangis pon tak, apatah lg nangis tibe2 yang berkemungkinan awra dah tercucuk something dlm mata. Uuuuu..seriaunyee. Yang ada satu je ibu perasan, ada one time ni awra terbersin2 non-stop sampai berair mata. Tapi ni pon bukan awra nangis pon, lepas tu elok je ke sana ke sini mcm biasa. Jadi, takde ape pon yg boleh ibu relatekan dgn apa yg happen kat mata awra tu. Dan awra pon tkde plk tunjuk simptom mata tu sakit ke dan area sekeliling red dot tu pon tkde apa2 perubahan. Musykil. Ibu tak senang duduk cm ni. Google internet untuk tau jawapan.

Tengok la ni, aktif je kan.

Finally ibu jumpa satu jawapan dlm internet yg sedikit sebnyk melegakan hati ibu.  Red dot tu suatu yang common yang berpunca daripada blood vessel yang pecah dan one of the factor yang boleh trigger perkara ni ialah "sneeze". Ihihi. ok!nmpk dah relation die kat sini. Awra kan asik terbersin ibu kate td, so ni lah puncanya rupenye. Alhamdulillah, bukan something serius. ;)

*Kuat nye awra bersin sampai pecah salur darah, ish ish...awra ada resdung ke? ah sudah musykil balek. Hehe*


Saturday 25 May 2013

Anak

Hi,

Ibu tetibe dtg mood nak bercerite lebih pasal kehidupan bila ada anak ni. hihi. Ala..name pon blog ni untuk awra kan, jadi bialah ibu cerita sedikit sebanyak perjalanan ibu yang dah jadi mak orang since 10 bulan stgh yg lepas ni. ok? =P

Ada anak mmg seronok, menghiburkan, membahagiakan, menceriakan, menggembirakan, dan mcm2 "mem" lagi la yang boleh di "mem" kan..hii. Tapi tu hanya lah luaran dari apa yang org2 luar nmpk. Contohnya kalau ibu upload gmbr awra tgh tdo sambil senyum, mungkin akan ada org yang terfikir, "bestnye die dah ada anak", takpon, "alolo tiutnye baby tdo" dan mungkin gak ada yang kata "bila nak tambah lagi satu?" erk. Hakikatnya, semua tu hanya la pada waktu2 tertentu sahaja.  Menjaga dan mempunyai anak lebih banyak menuntut kesabaran dan sgt2 meletihkan. Serius. Ibu tak tipu. No wonder Tuhan bagi pahala yang banyak kat ibu bapa yang bersusah payah membesarkan anak, sebabnye, mmg amaaaat susah ye kengkawan semua. ihihi. =)

Bila once dah ada anak, ketahuilah bahawa segala aktiviti yang biasa kita lakukan sebelum ada anak akan hampir semuanya tak dapat dilakukan lagi. Ok, over sgt ayat ibu tu. hii. Taklah, maksud ibu dalam tempoh anak nak membesar ni, 0 - 2 tahun cam tu, mmg no more la tgk wayang, ngeteh kedai mamak, bersuka ria pergi shopping complex dari pagi sampai malam, tido tak hingat dunia dari malam sampai tengah hari, makan kat kedai makan dengan lemah gemalai macm org menari inang sambil gelak2 dan suap2 manje. Oh no. Ni semua mmg agak mustahil untuk dilaksanakan lepas ada anak melainkan suruh adik beradik ke, takpon atok nenek untuk tengok2kan anak kite sambil kite keluar berdua ngan husband feeling2 masa bercintan gitu. Taktik ni ibu ada buat gak klu ayah dah kemaruk sgt nak tengok wayang. hihi.

Tapi, percayalah ckp ibu yang once dah ada anak, mmg hidup kita berubah 100%. Paling ketara yang ibu rasa ialah tidur dan waktu makan. Dalam bab tidur ni, mmg akan terpaksa dikorbankan bila dah ada anak, nak2 plak yang masih baby, sebb mmg dorg akan kerap terjaga malam dan menangis nak susu atau pampers dah basah atau dlm certain kes, perot kembong. Mata panda mmg wajib la kat mak bapak. Mcm awra, ibu ayah mmg dari zaman awra baby sampai la sekarang dah tak pernah dah dapat tidur mlm straight ke pagi tanpa perlu berjaga. Setiap 2 atau 3 jam mmg akan bangun sebab si kecik tu melalak nak susu, tak pon kalau bkan pasal pampers basah, mmg sengaja mengigau melalak dan kena tepuk2 sikit baru senyap and tidur. Dan adakala bila dtg angin ribut ape tah kat awra ni, boleh plak menangis tak nak stop2 sampai tahap kena dukung satu rumah. Nangis plak bukan sekejap, lama plak tu. Dan bile dah habis isytihar (segala doa jampi serapah mmg kua time ni..hehe) and awra stil nangis jugk, last resort is masukkan buai. Ayah la mangsenye sebab terpaksa turun amik buai kat bawah and bawak masuk bilik kitorg (ni untuk kes kat malaysia tau ). Alhamdulillah, nyenyak je tidur sampai ke pagi. And kat sini, pernah la berlaku sekali dua, tapi ibu tak masukkan buai, ibu dukung2 je sebab kalau nak guna buai, kena bukak pintu, and bila bukak pintu, sejuk!. so pekakkan la telinge dengar awra melalak malm2 buta dan dodoilah dalam mamai2 tu sampai awra tidur balik. =)

Kalau bab makan pulak, ok, ni rasanya setiap ibu bapa yang lain alami jgak. Makan laju2 time makan atau pon makan bergilir. =P Situasi yang paling kerap untuk ibu ayah ialah makan laju2. Masa awra baby, kitorg pernah jugak lah try bawak awra pergi kedai makan, and pernah satu masa tu, makanan tak sampai pon lagi, kitorg dh terpaksa balik sebab awra dah start tiup trompet kecik die tu dalam kedai. Mak oi, sabar je la kan masa tu. Tak nyempat2 tau awra ni. Sudahnya makan kat rumah je lah masa tu. hihi. Dan bila awra dah besar sikit, masa dah pandai duduk la kirenye, masa ni lah konsep makan bergilir diamalkan. Baik makan di luar mahupun makan di rumah. Sebab utama kena buat mcm ni ialah si kecik ni sibuk mengacau msa kita makan. Kacau tu kalau setakat tak nangis tak pe jugak, ni siap nangis lentik2 badan lagi kalau kite halang die capai ape die nak capai. Huish..Merasa la berterabur sudu garfu, tisu, straw kat atas lantai masa ni (alat2 untuk distract awra..hehe). Situasi ni masih berlaku sampai sekarang, tapi ibu boleh katakan yang keadaan agak mudah sikit berbanding dulu sebab awra dah pandai makan sekarang, jadi asalkan mulut die kita suapkan makan, gangguan kurang sikit la. hehe.

Ada anak mmg bnyk cabarannye. Ibu harap sampai bila2 ibu ayah dapat sabar dengan kerenah awra dan dapat bertahan dengan ragam awra yang sungguh banyak ni. hihii. Ibu2 yang lain yang ada anak ramai, ibu mmg tabik spring la. Anda mmg hebat dan terbaik!hehe. Kudos to all of you. =P. To bakal2 ibu plak, get ready ye sebab ada anak nanti life dah tak serupa dulu. Mental fizikal kena kuat, dan yang pasti, pasangan kita kena bnyk membantu masa dah ada ank nanti. Share burden la kirenye..hihi. Nanti jangan jadi mcm ibu plak, stress je masa awal2 dp baby. hehe. Ni la akibatnye untuk org yang malas nak baca pasal tips2 dapat anak time2 tgh mengandung dulu, last2 bila diri sendiri ada anak, baru la terhegeh2 nak paham apa tu syndrom "baby blues" segala bagai. Too late! hehe. =P


*simptom baby blues ni dlm maksud melayunye, meroyan. Sekian. =p*


Ibu

Walk Walk Walk

Hi,

Ibu nak tulis serba ringkas pasal awra dah pandai jalan plak hari ni. =)

Secara tak rasmi, awra mula jalan masa umur 10 bulan. Sebelum2 tu tak nampak plak tanda2 awra nak jalan, asik merangak je keje die. Nak dekat2 umur 10 bulan, ada la sikit2 nmpk awra pergi dari hujung sofa ke hujung sofa dengan lepas tangan. Ok, big achievement jugak walaupun sekadar 2 3 tapak je melangkah. Ada masanya, awra berdiri sambil lepas tangan dan boleh la bertahan dalam 30 saat sebelum jatuh. Selalunya jatuh ke belakang la ( terduduk) sebab ibu rasa awra ni tang bontot berat sikit. Masuk umur 10 bulan, awra dah boleh berjalan lebih dari 2 3 tapak. Itupon bila disuruh, maknenye kat sini ibu ayahyang  kena berdirikan awra dan lepas tu perlahan2 lepaskan pegangan. Nanti dapatlah tgk awra berjalan dalam 10 tapak before jatuh. Hehe. Not bad la kan. =P

Tapi tu perkembangan masa umur 10 bulan hari tu, sekarang dah 10 bulan setengah, awra dah agak mahir berjalan dan setiap hari kerja awra ke hulu ke hilir dlm rumah ni, pergi dapurlah, bilik lah, tandas pon awra pergi jugak. Pernah satu hari, dalam pada ibu ayah tak perasan, awra rupa2nya dah masuk dalam tab mandi and duduk dalam tu. Bahaya sungguh. Start hari tu, teros kitorg tutup rapat pintu bilik air. Scary scary.

Tadi pergi asda, ibu lepaskan awra jalan, mmg merata la dia pergi. Paling die suke pergi kat tempat orang cucuk duit. Asik dtg je kat situ. Kebetulan ada anjing letak kat luar pintu masuk asda, anjing tu pon awra tertarik gak. Seronok betol tengok awra dah boleh jalan sendiri, takyah berdukung dah. Ringan beban ibu ayah. Well done awra! =)

2 je untuk entry kali ni. hehe

Ibu

Friday 24 May 2013

Suatu masa dahulu di Malaysia #1

Hi,

Hari ni ibu nak kongsi gambar2 awra, atok dan nenek masa 1 minggu before fly ke glasgow. Masa tu ibu pergi kpt dekat putrajaya untuk setelkan hal2 berkaitan slab/slai (yang menaja ibu ke sini le..tq bebanyak ye. =p). So memandangkan masa ni ayah masih belom resign, makanya nak ke mana2 atok la bawakkan. Bukan ibu tak leh drive sendiri, tpi masa tu kan minggu2 terakhir atok n nenek ngan awra, jadi konon macm nak spent time together2 la cam tu. =P

Kebetulan bangunan kpt bersebelahan dengan bangunan kementerian pelancongan, so atok awra yang terkenal dengan kehebatan meninjau2 tempat baru ni dah terjumpa satu cafe kat dalam bangunan kementerian pelancongan yang ada jual capati best. Pujian atok bukan main melambong2 kat capati tu, siap rankingkan plak tahap kesedapan capati tu berbanding capati kat kedai2 mamak lain yang selalu atok makan. Ok, atok awra mmg kaki makan kedai  mamak ye, tu yang awra kecik2 dah makan roti canai. Tp bukan ibu atau ayah yang suap ye, nenek n atok yang suap. Ibu ayah urut dada je tgk. hehe

After makan kat cafe tu, atok pergi tinjau2 plak bahagian dalam bangunan kementerian pelancongan ni. Dan hasil tinjauan, ada tempat menarik untuk pergi tengok. Kebetulan ada pameran ape tah kat ruang legar, so ada mcm2 lukisan dan arca yang dipamerkan kat situ. Menarik jugak tgk lukisan2 dan arca yang ada, ada tu mcm tak rupa lukisan je ibu tgk, mcm conteng2 je. Mata ibu mmg bukan mata seni, so bile tgk lukisan abstrak mcm tu, ibu rasa ibu pon boleh buat. Hihihi.

Masa ni awra pon ok je. Tak mengamok ke ape. Mungkin sebab baru lepas makan capati best kot. hihi. Haish....dah cakap pasal malaysia ni, rindu plak suasana malaysia. Serta merta rindu putrajaya gak, walaupun dulu tak habis2 kutuk cakap putrajaya panas. =P.

 Ok la, stop bebel. Enjoyy the pics.  =)

Awra dan atok kl (satu lagi atok kajang)

Comel la, mcm tau2 je ibu snap gambar die

Arca ni diperbuat dari bahan2 buangan/terpakai. Menarik. 

Atok insist suruh awra amik gambar kat sini sorg2. *awra kena paksa duduk*

Pelik tgk menatang ni

Muka redha

Atas replika ni plak atok letak.

Awra dan nenek..=P

Awra pandang sape tu.?

Pandang atok la tu

Atok, awra dan Najib?hehe

atok bukan main suke dapt tangkap gambar ngan chooper ni. 

Ibu pon nak bergmbar jugak! =)

Senget plak atok tangkap

Yang ni perfect! Ok, lukisan belakang ni sgt2 cantik. Kagum sgt. 

Bergambar dengan last arca before balik

Awra buat muka takde perasaan die tu. =P


*perasan tak setiap kali bergambar, hanya berdua je, takde yang bertiga? ni sume atok punya pantang larang. Layan je la. hihi*



Wednesday 22 May 2013

Berjalan2 di queens park


i,

Semalam petang ayah ibu bawak awra main playground dekat queens park. Cuaca mmg baik, sinaran matahari agak terik, tp bila ada angin, erm..sejuk tu mengigit jugak la. =P

Ramai betol org dtg beriadah dekat sini. Ada yang main bola, ada yang jogging, ada yang bawak anjing bersiar2, dan ada yang sekadar duduk bersantai atas rumput dengan family atau pasangan masing2. Last kitorg pergi sini masa minggu pertama di glasgow tempoh hari. Keadaan jauh beza sebab masa tu cuaca sejuk and dingin sngt, tangan sampai kebas la time berjalan2. Matahari pon takde. Masa tu bunga baru nak keluar, so tak banyak sgt la ade bunga. Tapi sekarang ni, mmg cantik. Bunga2 daisy kot?, banyak tumbuh atas padang rumput. Mmg geram je tengok bunga2 ni tertabur memutih atas rumput yang hijau. Rasa hati mcm nak petik je semua, tapi tak lah buat kan, cume ade la petik sekuntum due, buat lepas geram je. =)

Kitorg jalan2 tak lama pon sebab awra takde mood, atau lebih tepat lagi, mengantuk. Memandangkan kitorg tak bawak stroller, and pergi pon jalan kaki je, mmg lenguh la tangan mendukung je budak kecik ni kehulu ke hilir. Sudahnya, tak sampai setengah jam dah balik. Awra punya la konon mengantuk, masa nak balik tu tertutup2 mata dia nak tertidur. Ibu kacau2 pon dia buat tak layan. Hamboihh. Ngantuk sgt ni. Elok sampai bawah rumah, awra pon tertidur dah. Dan elok je masuk dalam rumah, awra pon bangon. Dan bila bangon, elok je plak awra main sampai la ke malam. Haish..saba je lah.

Ok, dah la tu. Enjoy gambar2 di bawah ni ye. Sebb mls, for the first time ever, gmbar tanpa caption. Hii