Friday 10 May 2013

My forever baby, awra. #1

Hi,

Ibu baru je lepas copy masuk semua gambar dalam tab pergi ke latop. Terus rasa semangat nak tulis blog sebab semua gambar2 dari baru kahwin sampai la ke hari ni, banyak ada dalam tab ni. Yang paling penting, banyak gambar awradari baby sampai la ke dah tak berapa nak baby. Hehe

Si manja ibu ni lahir pada 8 July 2012, hari ahad, tepat pukul 2.00 pagi. Mmg banyak betol dugaan sebelum melahirkan awra, siap adalah sekali admitted sebab kononnya awra tak berapa nak gerak masa dalam perot. *walhal masa sampai kat hospital serdang tu time nurse check pakai alat ctg, elok plak awra main tendang2 ek. Adoiilah..* Anyway, awra lahir 2 minggu awal dari edd (estimated due date). Ibu mmg ada instinct awra akan lahir 2 minggu awal, so mmg ibu dah prepare barang2 awra ngam2 seminggu sebelum awra lahir. =)

Masa minggu awra dah nak lahir, ayah n opik takde kat rumah. Ayah pergi sarawak sebab ada sukan bomba. Game yang ayah main? Hehe. Mmg tak berapa nak kesukanan la sikit gayanye. Ayah main karom. huhu. ok la kan untuk umur2 emas cam atok awra tu. Si opik plak, tah ape tah la masok hutan ke pebenda tah. Ni aktiviti palapes die tu lah. Hish...time2 org dah nak terberanak, time tu lah sume takde kat rumah. Maksud yang lebih tepat kat sini, sume yang boleh bawak kereta. 

Anyway, masok minggu ke 37, ibu kena cirit birit. Ibu ajak ayah pergi hospital serdang buat check up. Sebab kalau dah masok last trimester ni, mmg apa2 hal kena pergi hospital. Masa kat hospital serdang ni, mmg teros ke pergi ke dewan bersalin tau. walaupun bukan nak bersalin dah, tapi mmg procedure macam tu. memandangkan ibu pernah kena admitted sebelum ni, jadi ibu takdelah cuak sangat nak g check up kali ni. Seingat ibu, ibu pergi check up ni time malam nak ke pagi la cam tu. Tak berapa ingat, tapi yang pasti ayah kena duduk kat ruang menunggu n ibu siap pesan kat ayah suruh g tido kat kereta kalau lama sangat. Sebabnye, ibu tau sangat prosedur yang akan di lalui nanti mmg lambat dan memenatkan. 

So, masa dah daftar kat kaunter pendaftaran, kerani tu tanya kenapa datang, Ibu kata, cirit birit n rase tak sedap perot. hihi. Konon nak nampakkan terok, padahal takde la terok sangat pon. Yang benar, excited nak dapat baby. Ibu pny excited ni sampai tahap kalau dapat deliver hari tu pon ibu sanggup. Boleh? huhu
So dia mintak tunggu kat kerusi menunggu, n bila nama kena panggil, baru masuk bilik kat dalam untuk further check up. Once nurse panggil masuk bilik, ok bukan bilik, dia mcm satu tempat yang ada bnyak katil n actually merupakan tempat standby before masok labour room, ibu pon dicheck bp (blood pressure) n disuruh amik air kencing. Lemah tol la buat menatang ni. Ibu mmg dari awal mengandung lagi menyampah tol kena amik air kencing setiap kali wat pregnancy check up. Serious tak suke. =( Ok back to the story, mase dok amik bacaan bp tu, nurse tanya macm2, kenapa datang, dah berapa minggu, bla bla bla...bagi ibu dorg tak la ramah sgt, dan tak la jugak annoying sgt, biasa2 je gitu. 

Nak dijadikan cerita, lepas dah setel amik bp n air kencing, ibu kena baring kat katil kosong yang ada n dtg la sorg nurse ni bawak mesin ctg. Ibu tau sgt kalau dah kena pakai alat ni nanti, tak bergerak la ibu alamatnya sepanjang2 alat tu tengah berfungsi. Alat ni untuk detect hear beat baby n paling penting, die record bacaan contraction. So kalau setakat contraction tak kuat, nurse2 ni jeling sebelah mata je lah..hihi. Ramai kan patient yang dtg, so dorg treat mane yg lebih genting la. Tol tak?

Dalam 20 minit, setel amik reading ctg. Then dtg sorg doktor muda, perempuan. Mcm sebaya ibu je dr tu. Tak kisah la kan. Die tanya macm2 soalan kat ibu, more or less lebih kurg je mcm yg nurse tu tanya. Then tetibe die kate, "ok bukak underwear, sy nak check bukaan". Opssyy...Terkejut beruk ibu. Tak disangka2 dah nak kena check bukaan. Ibu seronok. Boleh tak?hahah..sebab ibu mmg nak sangat awra lahir mase tu jugak. cewahhh. Ni lah org yang tak tau betapa sakitnya bersalin masa tu, memandai je nak kuarkan baby cepat2. Konon journey sepenjang nak bersalin tak rase ape2, tau2 baby kua depan mata je. No no no....tak semudah tu ye ibu awra. =P

Ok la, msa first time di "seluk", mmg malu yang teramat sgt. Kenapa? Sebab kena bukak kaki luas2. Hihihi. Nurse yang dok tengok lak mcm agak poyo sikit sebab die tau ibu first time, masih malu2 n cover2 kaki tu, die selambe badak je tolak kaki ibu luas2 n tarik seluar kecik tu sampai bawah. Mak oi. Geram ibu. Masa dr nak masok jari, die ada ckp, "ok puan, tarik nafas panjang2 n dalam2, jangan melawan, rileks je". Mmg mendebarkan masa ni, ibu ikot arahan dr u n cuba sebaik mungkin tarik nafas dalam2, n bila dr masukkan jari die pon kate, "erm, dah bukak 1 cm". Ibu terperanjat sgt sebab baru 37 minggu kot. wow!! teruja teruja teruja. awra is coming. hehe

After several examination, dr tu decide ibu belom lagi sampai masa untuk deliver. Better balik n have a good rest, n bila dah ada contraction yang regular baru dtg balik hospital. Down sungguh ibu masa tu. So ibu pon lenggang kangkung la pergi kat tempat menunggu kat luar untuk jumpa ayah sementara nak tunggu dr tu siapkan laporan n pulangkan balik buku merah ibu. Sebab baru lepas kena seluk kan kat tempat tu, maka berjalan adalah amat tak selesa dan ibu rase macam baru lepas kena sula je. huhu

Time dah jumpa ayah, ibu borak2 la sikit n cerita apa berlaku kat dalam, tup tup ibu rase something basah di bawah iteww. Opss..adakah air ketuban dah pecah? ibu cemas sgt. Ibu g toilet checl, n wooowww...bukan air, tapi darah. Erk. Teros ibu ckp kat ayah, n ayah suruh bgtau nurse. Ibu masok balik bilik tu, tapi kebetulan tersempak dgn doc tu, ibu ckp la darah keluar banyak, die suruh naik atas katil n check balik..kali ni tau ape jadi? 

tunguuu...

bersambung la ek. Ibu dah penat. huhu. before that, ni gambar ibu time 37 weeks. Hoho. 

tak berapa nampak kan? tau..salahkan ayah sbab amik gmbr ibu jauh2. hihi

Ibu

No comments:

Post a Comment