Saturday 25 May 2013

Anak

Hi,

Ibu tetibe dtg mood nak bercerite lebih pasal kehidupan bila ada anak ni. hihi. Ala..name pon blog ni untuk awra kan, jadi bialah ibu cerita sedikit sebanyak perjalanan ibu yang dah jadi mak orang since 10 bulan stgh yg lepas ni. ok? =P

Ada anak mmg seronok, menghiburkan, membahagiakan, menceriakan, menggembirakan, dan mcm2 "mem" lagi la yang boleh di "mem" kan..hii. Tapi tu hanya lah luaran dari apa yang org2 luar nmpk. Contohnya kalau ibu upload gmbr awra tgh tdo sambil senyum, mungkin akan ada org yang terfikir, "bestnye die dah ada anak", takpon, "alolo tiutnye baby tdo" dan mungkin gak ada yang kata "bila nak tambah lagi satu?" erk. Hakikatnya, semua tu hanya la pada waktu2 tertentu sahaja.  Menjaga dan mempunyai anak lebih banyak menuntut kesabaran dan sgt2 meletihkan. Serius. Ibu tak tipu. No wonder Tuhan bagi pahala yang banyak kat ibu bapa yang bersusah payah membesarkan anak, sebabnye, mmg amaaaat susah ye kengkawan semua. ihihi. =)

Bila once dah ada anak, ketahuilah bahawa segala aktiviti yang biasa kita lakukan sebelum ada anak akan hampir semuanya tak dapat dilakukan lagi. Ok, over sgt ayat ibu tu. hii. Taklah, maksud ibu dalam tempoh anak nak membesar ni, 0 - 2 tahun cam tu, mmg no more la tgk wayang, ngeteh kedai mamak, bersuka ria pergi shopping complex dari pagi sampai malam, tido tak hingat dunia dari malam sampai tengah hari, makan kat kedai makan dengan lemah gemalai macm org menari inang sambil gelak2 dan suap2 manje. Oh no. Ni semua mmg agak mustahil untuk dilaksanakan lepas ada anak melainkan suruh adik beradik ke, takpon atok nenek untuk tengok2kan anak kite sambil kite keluar berdua ngan husband feeling2 masa bercintan gitu. Taktik ni ibu ada buat gak klu ayah dah kemaruk sgt nak tengok wayang. hihi.

Tapi, percayalah ckp ibu yang once dah ada anak, mmg hidup kita berubah 100%. Paling ketara yang ibu rasa ialah tidur dan waktu makan. Dalam bab tidur ni, mmg akan terpaksa dikorbankan bila dah ada anak, nak2 plak yang masih baby, sebb mmg dorg akan kerap terjaga malam dan menangis nak susu atau pampers dah basah atau dlm certain kes, perot kembong. Mata panda mmg wajib la kat mak bapak. Mcm awra, ibu ayah mmg dari zaman awra baby sampai la sekarang dah tak pernah dah dapat tidur mlm straight ke pagi tanpa perlu berjaga. Setiap 2 atau 3 jam mmg akan bangun sebab si kecik tu melalak nak susu, tak pon kalau bkan pasal pampers basah, mmg sengaja mengigau melalak dan kena tepuk2 sikit baru senyap and tidur. Dan adakala bila dtg angin ribut ape tah kat awra ni, boleh plak menangis tak nak stop2 sampai tahap kena dukung satu rumah. Nangis plak bukan sekejap, lama plak tu. Dan bile dah habis isytihar (segala doa jampi serapah mmg kua time ni..hehe) and awra stil nangis jugk, last resort is masukkan buai. Ayah la mangsenye sebab terpaksa turun amik buai kat bawah and bawak masuk bilik kitorg (ni untuk kes kat malaysia tau ). Alhamdulillah, nyenyak je tidur sampai ke pagi. And kat sini, pernah la berlaku sekali dua, tapi ibu tak masukkan buai, ibu dukung2 je sebab kalau nak guna buai, kena bukak pintu, and bila bukak pintu, sejuk!. so pekakkan la telinge dengar awra melalak malm2 buta dan dodoilah dalam mamai2 tu sampai awra tidur balik. =)

Kalau bab makan pulak, ok, ni rasanya setiap ibu bapa yang lain alami jgak. Makan laju2 time makan atau pon makan bergilir. =P Situasi yang paling kerap untuk ibu ayah ialah makan laju2. Masa awra baby, kitorg pernah jugak lah try bawak awra pergi kedai makan, and pernah satu masa tu, makanan tak sampai pon lagi, kitorg dh terpaksa balik sebab awra dah start tiup trompet kecik die tu dalam kedai. Mak oi, sabar je la kan masa tu. Tak nyempat2 tau awra ni. Sudahnya makan kat rumah je lah masa tu. hihi. Dan bila awra dah besar sikit, masa dah pandai duduk la kirenye, masa ni lah konsep makan bergilir diamalkan. Baik makan di luar mahupun makan di rumah. Sebab utama kena buat mcm ni ialah si kecik ni sibuk mengacau msa kita makan. Kacau tu kalau setakat tak nangis tak pe jugak, ni siap nangis lentik2 badan lagi kalau kite halang die capai ape die nak capai. Huish..Merasa la berterabur sudu garfu, tisu, straw kat atas lantai masa ni (alat2 untuk distract awra..hehe). Situasi ni masih berlaku sampai sekarang, tapi ibu boleh katakan yang keadaan agak mudah sikit berbanding dulu sebab awra dah pandai makan sekarang, jadi asalkan mulut die kita suapkan makan, gangguan kurang sikit la. hehe.

Ada anak mmg bnyk cabarannye. Ibu harap sampai bila2 ibu ayah dapat sabar dengan kerenah awra dan dapat bertahan dengan ragam awra yang sungguh banyak ni. hihii. Ibu2 yang lain yang ada anak ramai, ibu mmg tabik spring la. Anda mmg hebat dan terbaik!hehe. Kudos to all of you. =P. To bakal2 ibu plak, get ready ye sebab ada anak nanti life dah tak serupa dulu. Mental fizikal kena kuat, dan yang pasti, pasangan kita kena bnyk membantu masa dah ada ank nanti. Share burden la kirenye..hihi. Nanti jangan jadi mcm ibu plak, stress je masa awal2 dp baby. hehe. Ni la akibatnye untuk org yang malas nak baca pasal tips2 dapat anak time2 tgh mengandung dulu, last2 bila diri sendiri ada anak, baru la terhegeh2 nak paham apa tu syndrom "baby blues" segala bagai. Too late! hehe. =P


*simptom baby blues ni dlm maksud melayunye, meroyan. Sekian. =p*


Ibu

2 comments:

  1. ni baru sorang anak.. blum dua..tiga...dan seterusnya lagi... being a mom satu anugerah yg tak ternilai... alhamdulillah... syukran...

    ReplyDelete
  2. haah kan..huhu..mmg sgt precious dpt jadi sorg ibu..tgk anak yg kita jga membesar mmg puas walaupun jouner nak membesarkan tu punyalah payahhh. hehe. tak sabar nak tambah anak..bestnye anak ramai...hehe

    ReplyDelete