Wednesday 29 May 2013

Mengimbau kenangan saat berlepas ke glasgow

Hi,

Ibu rasa ibu perlu catit dalam blog ni memori2 masa sebelum berlepas ke glasgow, kang lame2 takot lupe lak. 

Tarikh berlepas ke glasgow hari tu ialah 29hb Mac, bersamaan dengan hari jumaat, pada pukul 11.55 malam. Kami sekeluarga menaiki kapal pesawat MAS Airbus 380 dari KLIA ke Heathrow, London dan dari Heathrow ke Glasgow menaiki pesawat British Airways (yang ni bukan airbus dah ye, boeng plak). Perjalanan pertama mengambil masa 13 jam 5 minit dan perjalanan ke dua mengambil masa 1 jam 30 minit. 

Petang sebelum berangkat tu, ibu ayah sempat keluar lagi pergi PKNS Bangi untuk carik barang2 keperluan untuk dibawa ke glasgow. Oh ok, kalau tak silap masa ni ibu nak carik spare part pump susu dekat area2 PKNS tu, tapi tah mcm mane leh singgah PKNS jap sebab nak makan kfc last kalinya. hehe. Ibu makan set ayam percik sebab before this mmg tak pernah try, so tetibe termengidam lak nak makan saat2 akhir ni and suprisingly habis licin ibu makan. Set nasi + 2 ketul ayam plak tu. Selalunye, seketol ayam pon susah habis. Mmg lepas geram betol nmpknye kan. hee. Awra plak masa ni tak ikot, tinggal kat rumah dengan atok nenek and sume2 yang lain. =)

Memandangkan seharian dari pagi ke petang tak rehat, so bila menjelang saat2 nak bertolak, which is lepas maghrib, ibu dah start longlai. Badan pon dah letih, masa ni kan awra masih menyusu susu ibu lagi (jenis kena pum masuk dlm botol ye, bukan minum direct. bdak kecik tu mmg demand!=P), so ibu dah start risau sebab plan asalnya, ibu nak standby sebotol penuh susu awra before naik flight so that masa dlm flight nanti ada stok ready untuk awra minum. Tapi perancangan ibu ni nampaknya mcm akan gagal disebabkan faktor keletihan akibat tak rehat sepenuhnye siang tadi. hurm..ok lah, masa lepas maghrib, sume dah siap semayang, beg dah angkut masuk kereta, ibu ayah pon bersiap. Awra pon dah dipakaikan baju gaun yang pak cik opik beli since berapa bulan lepas tah tapi ibu tak pakai2 kan langsung sebab kononnye nak pakai time ni lah..hihi. Nenek pon tak habis2 ingatkan ibu pasal baju ni, takot betol ibu terlupa nak pakaikan awra dengan baju ni bila tiba hari nak bertolak. Sebab nak bagi nenek puas ati, 3 hari before pergi ibu dah gantung baju awra kat luar almari. hehe

Masa gerak ni, ibu ayah naik satu kereta, atok nenek n yang lain2 satu kereta. And as usual lah, awra dengan dorg. Saat2 akhit kan, haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin. Dalam pada ibu risaukan susu awra yang tak cukup ni, ibu risau jugak dengan awra yang tak tidur2 dari petang tadi. Ibu plan nak bagi awra tido petang so that nanti bila kat KLIA awra leh main2 untuk last minitnya dengan sume org sampai penat, and nanti dlm flight leh tdo ngan nyenyak, tapi lagi sekali nampknye plan ibu gagal. Awra kekal buntang sampai la ke saat dah bergerak ni. Masa dah keluar dari rumah, kitorg singgah dekat petronas bangi sebab nak tunggu atok n wo awra. Kirenye konvoi 3 kereta la ni. Buka atok n wo je yang ada, tapi adik2 ayah yg lain pon sume ada except ngah an yang sepatotnya datang terus ke KLIA dari Penang. Ibu ckp sepatotnya sebab..hihi. Nanti sampai time ibu cakap ye. =P

Ok, masa atok n wo dah sampai,  awra di"culik" masuk ke kereta atok n wo. huhu. Ye lah, atok n wo awra rindu sgt kat awra sebab sepanjang minggu terakhir nak bertolak ni, dorg pergi Bandung sebab atok awra ada sumthing pasal kerja kat sana. Wo pon ikot, jadi mmg nak tak nak, ni je la masa yang atok n wo ada nak jumpa awra. Alahai..kesian ibu tgk. Jadi perjalanan diteruskan ke KLIA dan hati ibu masa ni kuat mengataan, awra akan mengamok dlm kereta atok n wo. Dan tak sampai 10 minit perjalanan, hp ayah berbunyi dan ibu dah agak, mesti nak bgtau awra melalak. Tepat! Awra melalak sakan dalam kereta sampai kitorg terpaksa berhenti kereta tepi jalan untuk amok awra balik. Kesian sangat kat wo sebab beria wo nak pegang awra, awra boleh bantai mengamok plak. Adoi. Masa ibu amik awra, tersedu2 awra menangis siap meleleh air mata kesedihan yang amat la kononnye. Awra ni seminggu sekali je pergi rumah wo, jadi bila die tgk muke adik2 ipar ibu, n nampak tak berapa familiar, tu yang melalak sakan tu. Wo cakap, bila pass awra ke belakang lagi kuat die nangis sebab tak biasa. Memilih sungguh budak kecik ni. Sudahnya, awra ibu pegang dan tak sampai 5 minit, terus terlelap dengan sedu sedan yang tak hilang2. hehe. 

Masa on the way ni, highway utara selatan sesak teruk. Tah nape tah. Semua nak ke glasgow la kot. hehe. Kitorg terpaksa amik keputusan lalu lorong kecemasan and dah standby siap2 ayat nak jawap kot2 polis tahan nanti. Mmg mendebarkan masa ni sebab ibu takot kitorg tak sempat sampai tepat pda masanye. Tapi sebenarnya jem tu tak berpanjangan pon pada jalan menuju KLIA and once kitorg dah masuk susur nak ke KLIA, lenggang je. lol. Ok la, segalanya berjalan lancar setakat ni. Masa sampai kat KLIA, mulalah suasana cemas dan kelam kabut timbul. Yang nak parking keretanya, keluarkan barangnya, dengan awra tidurnya, nak check in luggage nye, terlebih muatan dlm begnye..alahai..mcm2 lah..keadaan ni menambah2 lagi keletihan ibu dan satu perkara yng memburukkan lagi keadaan ialah, beg pack kitorg yang kitorg jadikan hand carry ni sgt2 lah berat2 (latop segala bagai sumbat dlm ni), makanya dah nama pon hand carry, usung la kesana kesini sepanjang before berlepas tu. Haish..

Cici and mun dtg masa ni. Terharu yang amat nampak muka kawan baik dtg bagi support. Zedge tak dtg sebab ada org kawen katenye. Sara of course lagi lah tak boleh sebab jauh kat utp sana. Cici bagi hadiah beg (serious beg ni sgt berguna n bagos. Korg2 sume, belilah beg ni dari cici ok! Kecik, tapi ruang besar, n sgt memudahkan. hehe.) *ci, sila bagi i komisien ok!* and mun plak bagi hadiah baju n seluar kat awra. Aduhai..lagi la menambah terharu sebab dah la dorg susah2 dtg, bagi hadiah plak lagi. Masa ni adik mak ibu pon dtg, iaitu Cik Jut and suami, Cik Omar and cucu dorg, Aleesha. Masa tengah menunggu nak berlepas, ibu amik peluang berbual2 ngan cici n mun, sambil makan karipap sardin nenek buat. Ye, nenek mmg sejak azali sangat suka buat karipap kalau ada occasion2 penting. tq nenek! And bila dah start sesi salam peluk cium nangis yang ibu  taknk describe detail kat sini kot kang ada yang berhabuk mata sambil menaip kang, hehe, makanya ibu skip teros ke part perpisahan di pintu masuk balai berlepas. Mmg syahdu masa ni, tapi senyum je la yang mampu. Lambaian terakhir sambil trun esculator mmg menyedihkan, ibu dukung awra, ayah tolak stroller, dan kitorg melambai2 kat sume2 yang hadir sampailah tiba kat kaunter imigrisen dan dorg sume hilang dari pandangan. sobs sobsss

Lepas check passport, kitorg bergegas pergi carik aerotrain sebab kitorg punya terminal nak berlepas jauh. Masa ni beban berat di beg yang di galas dah terasa walaupun awra ibu dah letak dalam stroller masa ni. Ibu dah mula diam, perasaan bercampur baur disebabkan kepenatan, keletihan dan jugak kesedihan dalam satu masa. Awra masa ni comel sgt sebab dia mcm paham kesusahan ibu ayah die, so die duduk die je dlm stroller sambil peluk bantal bomba yang atok buatkan untuk awra. 3 bijik bantal tu kitorg bawak, mmg standby untuk bagi awra mudah dan selesa tidur. Masa dah sampai ke tempat menunggu before masuk flight, saat ni dah terasa janggal sgt, sekeliling kita sumenye mat saleh. Ibu mmg ada syndrom tak suka bende baru, jadi pemandangan baru ni menyebabkan ibu bertmbah moody. Masa before masuk flight, ayah ada tanya pasal bassinet kat staff yang jaga pintu masuk, and die kate die akan usahakan untuk dapatkan bassinet, tapi tak janji boleh dapat ke tak. Dan bila pengumuman masuk dlm flight diumumkan, ayah tanya lagi sekali sama ada kitorg dpt bassinet atau tak, jawapan yang diterima amat mengecewakan. Tak dapat. Ibu dah stress sgt masa ni. Kitorg tak boleh buat apa melainkan terpaksa pangku dan pegang je awra sepanjang 13 jam 5 minit perjalanan nanti. 

Bila masuk dalam flight, ibu terperanjat sgt2 sebab keadaan seat tak seperti ibu gambrk. Jarak antara seat sgt2 rapat dan sempit, dan seat tu plak sgt tegak, 90 degree, langsung tak selesa bila saat pertama ibu duduk. Ya Allah...Ibu terus bertambah stress dan down sgt2 sebab ibu tak dapat bayangkan macm mana nak harung perjalanan selama itu dalam keadaan yang teramat sempit mcm ni di tambah plak ada awra yang pastinya tak gemar keadaan sempit mcm tu dan akan mengamok dan menangis nanti. Mental ibu betol2 jatuh tahap kronik masa ni (adalah sikit2 masa mcm bersalin dulu. hee) and ibu dah mula pikir untuk quit. serious. Dan menambah buruk keadaan, flight delayed untuk sejam. Astaghfirullah. Ibu cakap kat ayah, ibu nak balik.Ibu nak tunda flight ke hari lain. Ayah cuba tenangkan ibu. Tapi ibu dah tak leh fikir masa tu, ibu panggil  pramugari kate nak batalkan flight. Pramugari panggil org bahagian ticketing untuk diskus dengan ibu, dan atas pujukan dan kata2 semangat yang ayah bagi, ibu bertenang. Ibu fikirkan balik harapan mereka2 yang mengharapkan kejayaan ibu, dan dalam pada ibu termenung fikitrkan segala2nya ni, akhirnye ibu redha. Ibu kuatkan semangat dengan kekuatan yang nyawa2 ikan je ni, ibu akan harung perjalanan yang panjang ni dengan setabah yang mungkin. Akhirnye, flight pon berlepas, dan bermulalah saat2 kesusahan yang menyebabkn ibu ayah fobia sgt nak naik kapal terbang lepas ni. 

Ibu ringkaskan segala yang berlaku sepanjang 13 jam dlm kapal terbang sebagai keletihan fizikal dan mental  tahap maksima. Sebabnya, awra meragam yang amat sangat, ibu dehydrated sebab cirit birit *lebih 5 kali ke tandas* dan satu makanan pon ibu tak jamah sebab perot sakit. Kesian kat awra sebab dia sgt2 tak selesa dengan tempat yang sempit mcm tu dan ibu ayah bergilir2 dukung awra pusing2 keliling kapal terbang untuk bagi awra rasa bebas dan lapang. Rasanya penumpag lain dlm tu mesti terasa kesusahan kitorg berdua sebab sepanjang perjalanan dorg dengar suara awra merengek dan menangis. Seorg chinese perempuan belakang seat kitorg sgt2 bersimpati dengan ibu ayah sampaikan bila die dengar awra menangis, die akan main cak cak dengan awra supaya awra diam. Dia kate, kalau kita yang dewasa pon letih dengan perjalanan yang panjang mcm ni, apatah lagi baby. Hurm..Terharu dengar keprihatinan dia. Awra ada jugak tidur masa dlm flight ni, tapi tk lame walaupun kalau ikotkan time awal2 berlepas tu time tido awra. Tah lah, rasa nya paling lama awra tidur 3 jam je kot. =(

Saat2 kapten dah umum kitorg dah sampai london dan bakal mendarat, ibu sebak sgt. Ibu pandang ayah, sebak sgt..dan ibu rasa beruntung sgt dpt ayah as suami sebab ayah sgt tenang dan bnyk membantu dlm keadaan genting mcm ni. Ibu berulang kali ckp terima kasih kat ayah n ibu ckp, kalau ayah takde, dah lame ibu quit. *sedihnye teringat masa ni*. Alhamdulillah, kitorg selamat sampai. Perjalanan yang menakutkan tu akhirnya berakhir dan syukur keatas Allah atas segalanya. 

Next flight?hee. Malas la nak cerite,, tapi yang boleh ibu kate, awra semakin bad mood and makin melalak sampaikan muntah2 dlm flight yang kedua ni. Kesian sgt anak ibu ayah masa ni. K lah, taknk dah sedih2. 2 je story yang ibu nak catit kat sini as ingatan kat ibu yang perjalanan jauh dan sukar ibu dah tempuh, sekarang tinggal berjuang je di medan phd ni dan balik bawak kejayaan. Ibu percaya, dalam kepayahan yang Allah uji ni, ada kesenangan disebaliknya sepertimana yang diterangkan dalam surah Insyirah. Kan? =)

Semoga semua org mendoakan kejayaan ibu disini. Hidup kat sini tak sama mcm Malaysia, jadi kalau ada yang nak iri hati atau cemburu tengok ibu disini, lupakanlah, sebab ibu jauh lebih cemburu tengok anda2 semua yang ada kat Malaysia. Ibu berdoa 3 tahun ni berjalan dengan cepat, dan ibu tak sabar nk balik malaysia dan berbakti pada anak bangsa. hehe. *patriotik betol ayat ibu*. 

Enjoy la gmbr tanpa caption di bawah ni ye. =P












Jumpa di lain entry. Bai...

*eh pasal ngah an, ekceli ngah an eksiden. so tak sempat dtg jumpe kitorg. syukur ngah an tak pape. kereta je rosak.so.. ngah an je lah dtg sini ek, honeymoon. hee*

No comments:

Post a Comment