Thursday 2 May 2013

Tabiat si kecik #1

Hi,

Nampak tak tajuk tu ibu siap buat tanda # bagai, ni sebab tajuk ni kompom akan diulang2 lagi lepas ni sebab setiap hari ade je tabiat baru si manje ibu tu buat. Jadi ibu nak catat semua gelagat/keletah/tabiat manje ibu tu dalam blog ni so that ibu tau dan ingat perkembangan anak ibu. =)

Ok. Lately awra punya tabiat yg paling ketara ialah, pantang nampak orang minum air pakai gelas, kompom die pon nak. Adoilah si kecik ni, kalau nak tu bukan boleh sabar, terjerit2 macam anak burung tak dapat cacing. Sampaikan satu tahap, ayah nak minum pon terpaksa sorok2 kat dapur sebab takut anje nampak. Kang tak pasal2 mengamuk plk nak air. Kalau setakat air masak atau jus, ok lagi sebenarnye nak sua kat si kecik tu, tapi kalau air gas, erm...tak mo la ye sayang..no good la. =P. Yang paling tak tahan bab mengamok tu, lepas tu semua benda serba tak kena je lah. Ade je yang nak direngekkan. So langkah yang paling bagus, jangan la minum masa anje bangun. Mase tido takpe. Atau kat dapur ke. hihih

Satu hal plak lagi yang buat ayah ibu geram tu, bila time2 dah terkantoi minum tu and bagi jugak lah si kecik nirase, boleh plak di luek balik bila dah minum.  Kes ni paling common masa minum pakai straw. Habis la basah baju tu. Sini kan sejuk, bila baju basah kesian plak takut manje sejuk. So, tukar la baju tu sampai 2 3 kali tukar sehari gara2 minum n tumpahkan air je. Isk2...awra awra..

Oh lupe, dalam blog ni mmg ibu akan guna panggilan si kecik ,manje atau anje untuk refer kepada awra. Reason? Saje je. takde ape2 sebab pon. =)

ok, 2 je untuk tabiat anje kali ni. Ibu nak balik la. dah bosan n kesejukkan. hihi

Ibu

No comments:

Post a Comment