Wednesday, 15 May 2013

awra dan mickey mouse

Hi,

Awra mmg suka sangat dengan cartoon mickey mouse. Kalau kat malaysia dulu, mmg ibu selalu bukak rancangan mickey mouse club house untuk awra. Channel astro 613, pukul 9 pagi. Hihi. Ingat sesangat sebab dari awra baby lagi mmg ibu dedahkan awra dengan cerita kartun berbentuk education untuk rangsang minda awra. Lgpun cerita kartun ni kan berwarna warni, dah tu ada plak nyanyi2..so benda ni dah secara tak langsung merangsang otak awra untuk lebih cepat belajar dan jadi bijak. Kot? Hihi.

Memandangkan cerita cartoon ni ibu dok pasang bagi awra tgk setiap hari, dari baby sampai la besar, so ibu dah boleh tau dah part mana awra suke n part mane yg awra bo layan. hee. Melalui pemerhatian ibu, awra cume suke part awal n akhir je. Sebab ada lagu. Macam dalam gmbar bawah ni...Kusyuk habis..Kepala pon tegak pandang depan je. =P

Suatu masa dahulu di Malaysia..hihi

Kalau dah habis lagu, automatik kepala akan berpusing ke tempat lain plak.

ni kalau pandang mcm ni, pndng nak mintak perhatian a.k.a dukung namanya...=P


Anyway, tadi ibu terjumpa link kat youtube untuk part lagu mickey mouse club house ni je. Ibu pon test tunjuk kat awra, kot la awra dah lupe ke. Ye lah, sejak sampai sini awra dah tak dapat tengok rancangan tu sebab mmg tak de pon kat tv sini. Lepas ditunjukkan clip tu kat awra, senyuman awra lebar sungguh....happy n excited!Oh, masih ingat lagi rupenye. hihi

Dan memandangkan dah lama tak tengok agaknya, awra telah membalas dendam dengan menangis melalak tak bagi ibu simpan tab bila lagu tu da habis main.

Sudahnya, 10kali ulang tanpa henti. *ibu plak menangis*



Hii.




2 comments:

  1. wahahah.......comey jer...sama la anak aku klau tgk baby tv mmg suke la dia dulu upin ipin sbb dah slalu tgk dia jd boring nk yg lagu2 jer sbb nk menari & nyanyi...pdhal nyayi ape pon xtau ikut bedal jer.... :-D

    ReplyDelete
  2. along! haha..bebudak ni mmg cenggitu la agaknye kan...sepesen je perangai..dorg ni lebih suke nyanyi berbanding time tgh cerita..awra ni setia, nak lagu mickey mouse je..tukar lagu lain, mengamok. hihiihihi.

    eh, ko ade blog!nak bace nanti!=P

    anyway, tq la bace blog tak seberapa ni..blog nak lepas tensen namenye..=)

    ReplyDelete