Thursday 16 May 2013

My forever baby, awra. #3

Hi,

Sambung lagi yeh. Ni kalau tak habis jugak dalam satu entry ni, tak tau la nak kate hape. Ibu yang cerite terlebih detail ke atau awra yang tak habis2 ngacau ibu. ehehe

Right, lepas doc pakar tu kate yg ibu better stay hospital dah, dia dengan tiba2 nya telah memberi ceramah percuma kat ibu. Ceramah yang bertajuk, "kalau mampu, pergilah hospital swasta sebab hospital kerajaan (merujuk kepada hospital serdang) dah penuh". Erk? ibu pon tak paham apa masalah doc ni nak suruh ibu g swasta, ibu dah decide nak bersalin kat hospital kerajaan, suka hati ibu la kan. *jimat duit. hihi*. Maybe sebab dia tengok dekat buku merah ibu, ibu state yang ayah kerja engineer, so ditambah plak dengan keadaan pada masa tu hospital tengah full gile, maka doc tu tetibe dtg angin nak memberi ceramah percuma kepada ibu yang tak bersalah apa2 ni. hiii..Dah la suara dia kuat, semua mommies + nurses yang ada sume dengar bebelan doc tu kat ibu. Seolah2 ibu lah culprit yang menyebabkan hospital full hari tu and sume doc tension sebab ramai sangat yang nak bersalin kat hospital serdang hari tu. Serious malu tau masa tu. Doc tu siap takot2 kan ibu, dia kata "ok la. kalau awak tak nk pergi hospital swasta tak pe, tp kat sini nanti tak de epidural ok, bila tengah contraction masa bukaan dah cecah 7-8cm jangan merayu2 plak nak operation". Pomm. Macam kena penampar je muke ibu time dengan kata2 pedas doc tu. Hiii.

Ibu diberi pilihan untuk stay je hospital serdang tanpa sebarang jaminan akan dapat katil kosong dalam masa terdekat, so it coud be seharian lamanya, atau pergi ke hospital lain under recommendation dari hospital serdang. Siap dioffer hantar naik ambulans lagi tau. Setelah berbincang ngan ayah, ayah kata, pergi ke hospital ampang. Dekat dengan rumah setapak (rumah atok awra belah ibu..=P), memandangkan ibu akan berpantang kat setapak nanti, jadi ampang adalah pilihan yang dirasakan paling sesuai. Dan setelah dapat surat recommendation, ibu dan ayah pon pergi lah ke hospital ampang, and sampai sana just nice before sembahyang jumaat. And as usual lah, kena go through balik semua procedures yang ibu tak berkenan tu. Masa tengah check up ni, doc yang check adalah doc chinese lelaki. Dan dia agak chubby. So bila sampai masa kena seluk, gulp! bayangkanlah....hahaha. Ok kali ni sakit. Tak tipu. Doc tu cakap, cervix ibu masih tebal, bukaan pon bagi dia bukan 3 cm, tapi only 2cm. Normally kalau macm ni lambat lagi. Adoi...lemah betol ibu dengar. Apepon, tetap admitted jugak ye masa ni.

Kat hospital ni ibu duduk kelas 3, hihihi...ok jugak, ramai2, taklah takot. Sebelah ibu orang indon, tapi kahwin dengan org malaysia, dia pon anak first jugak mcm ibu. Sebelah ibu yang satu lagi adalah tingkap. Hiii. Ibu dapat katil sebelah tandas, so memanjang la ibu tgk mommies2 yang sarat2 ni terkedek2 jalan pergi toilet. Ada sorg tu, setiap 5 minit pergi tandas. Pening ibu tengok die, die org filipina kot. Nmpak tak betapa harmoninya ibu dalam kelas 3 ni. Hihihi. Ampang kan area2 banyak warganegara asing, so mmg expected la ye situasi ni. Jangan dorg ingat ibu pon sebangsa dengan dorg dah lah. =P

Yang menariknya kat sini, setiap katil ada diletakkan satu notis. Nak tau notis apa? Notis yang melarang bakal2 ibu yang dah nak bersalin dari minum air selusush, jampi da sewaktu dengannya. Motif larangan ni? Ok ni nanti ibu cerita ye bila sampai part tu. hihihi. So hari pertama ibu bermalam di hospital ampang berlalu tanpa sebarang tanda2 awra nak keluar. Haish.....Malam sepanjang hari pertama ni, banyak sungguh drama ibu tengok. Ragam2 ibu-ibu yang nak bersalin ni. Ada mcm2. Ada yang baru je dipindahkan ke katil depan ibu tu, tup2 asik la menjerit panggil nurse. Nurse pon bising sebab bukaan die baru 4 cm. Ikotkan mmg sepatotnya dah ditolak masok labour room mommy tu, tapi labour room tgh penuh. So sepanjang dia atas katil tu, ibu asik dengar die mendengus kesakitan. Kesian. Tapi masa ni ibu kan tak rasa lagi sakit contraction yng betol mcm mana, so ibu macm ada lah terdetik sikit dalam hati, "lah, rileks la., amoi katil hujung tu yang dah bukak 5cm pon tak mendengus2 mcm ko. Ko kan islam, zikir la apa ptot"..cewahh. nampak tak betapa kereknye ibu. isk2. blame myself for the stupidity. !

Esoknya hari sabtu, wah...bila la awra nak keluar ni. Ibu bosan duduk hospital ni lelama. Sebab nak bagi bukaan cepat, ibu pon decide untuk minum je air selusuh yang ayah dah buatkan untuk ibu senyap2, and dalam masa yang sama banyakkan berjalan bagi cepat bersalin. Stress tau dalam wad menunggu ni, sebab nye kita akan nmpak mommies2 yang dah reach 4 cm, dorg akan ditolak masok labour room. So sape yang tak sampai lagi 4 cm, melangok la sampai 4cm tu dtg ye. =P. Sementara tunggu waktu melawat, ibu jalan2 la kat katil org lain. adalah bual2 kosong, ayat lazim semestinya, "dah berapa cm?, anak ke berapa?, boy ke girl"..ala2, standard la kalau mak2 bercerita. kihkih. Ada one time tu, ibu terjenguk wad sebelah wad ibu, wow.....wad tu adalah wad selepas bersalin. Syoook sgt tgk. Each katil ada katil baby. Seronok je tengok dorg dari jauh, ibu ni...tah bila la nak g wad sana plak.

Masa dah boleh masuk untuk melawat, mak n bibi n ayah sampai lambat. Geram tol ibu. Ibu sorg je takde visitors masa tu. Yang lain, bukan main meriah lagi family dtg, yang bawak lauk pauk, yang bawak sedara mara, yang bergambar sana sini, ibu?? terkebil2 sorg2 atas katil sambil pura2 baca majalah wanita. Hehe. Bila mak n bibi dah dtg, bukan main tersengih2 je dorg. Sebabnye, seronok nak dapat baby dah. Dtg lmabt lain cerite. Hangin je....hiihi

Oh one thing is, masa dah dalam wad ni, kalau kita rasa mcm contraction dah regular, n dah nak dekat bersalin ke, kite sendiri kena pergi ke bilik doktor untuk dicheck bukaan. Kalau takde doktor, nurse la yang akan check. So untuk hari tu je, dah 2 kali ibu check, 2 2 masih sama bukaan die, 3 cm. Ibu tensed dah ni, ibu bantai habiskan semua air selusuh tu and tunggu lagi sejam dua. Cukup masa, ibu jumpa nurse and ckp nak check bukaan. Kebetulan masa ni nurse yang check adalah nurse yang pon tgh mengandung, kembar  lagi tau. Nurse tu tanya, bukaan 3 cm ni dari bila, ibu cakap dari semalam. And nurse tu tanya satu soklan maut, "awak ada minum air selusuh yek?" . ibu cuak, ibu teros cakap, ah takdelah. ihihi. Nurse tu cakap lagi, "saya rasa awak minum, sebab dalam ni rasa panas" nurse tu bagitau sambil tangan masih seluk ibu. Wow!terperanjat ibu dia cakap mcm tu. Berpengalaman sungguh nurse ni. Dan sebab ibu rasa dia tau yang ibu mmg minum air selusuh, nurse tu pon nasihatkan mcm ni, "kalau betul awak dah minum, pergi bukak penutup botol tu. kalau awak tak bukak, sebab tu lah bukaan awak masih maintain je kat 3 cm tak gerak2". Gulp. Patotlah. Eh!hihi. Tak tau lah kan sejuh mana kebenaran ni, taoi sebaik je ibu keluar, ibu teros carik beotol tu n bukak penutup. Harapan ibu, cepat lah jadi 4 cm, cepat jugak la ibu masok labour room, cepat  jugak la ibu jumpe awra. Yay! Happy.

Kebetulan masa ni atok n wo awra pon dh datang jenguk ibu. Ni grandparents awra belah ayah ye. Nak dijadkan cerita, masa ni ibu dah start rasa sakit. Perot pon mengeras n ibu pon dah rasa semacam kat bawah tu. Terasa awra punya kepala dah betol2 ada kat pintu nak keluar. Jalan pon dah rasa sumthing di bawah, ni kepala awra la ni. Kompom. hihi. So once again, ibu pg check bukaan. Kali ni ibu ajak ayah teman, n guest what? 4 cm dah!!!! yippieeee. Memandangkan happy kan, n cm tak percaya je pasal kebenaran membuka penutup botol tu, ibu pon tanyalah kat nurse baik hati yang check bukaan ibu masa tu. ibu tnya kenapa tak boleh minum air selusuh. Kesimpulan untuk jawapan nurse, die kata minum air selusuh akan menguatkan lagi contraction n rata2 ibu yang kena contraction masa bukaan dah reach 7-8 cm akan tak tertanggung kesakitan tu nanti. Kesakitan akan berganda dari siapa2 yang tak minum air selusuh. Pommm! sekali lagi ibu rasa mcm kena penampar. Matilah ibu....hihihi

Tapi ibu still tak ditolak ke labour room masa ni, sebab labour room penuh. And bila waktu melawat dah nak berakhir, before mak bibi, wo n atok balik, sesi bersalaman mmg syahdu sebab ibu dah bgtau dah yg ibu akan masuk labour room anytime, so mintak doakan yang terbaik n selamat semuanya. Mmg sangat syahdu n hiba time ni. Mengalir la air mata ibu n ayah bila salam2 tu. Sedih tau masa salam mintak restu n keberkatan tu. hukhuk. So lepas semua balik, tinggal lah ibu sorg2, menahan contraction yang dah mula kerap, dan agak sedikit sakit. Ayah tunggu kat luar, tunggu ibu call untuk ikot skali masok labour room. Hurm, masa ni ibu dah tak boleh baring dengan tenang. Adalah sikit2 mcm mommy yang mendengus2 tu, tapi ibu tak mendengus kuat2 ye...ibu buat senyap2 je. huhu.

Sometime around  10pm, ibu dah rasa contraction mmg regular n sakit. Ibu jumpe doc yang bertugas mlm tu, doc ni baik sgt. Dia check lagi sekali bukaan n ada buat something mcm pulas tangan die kat bawah tu sebab nak mempercepatkan labour, n dia ckp, cervix dah lembut, anytime baby akan keluar. sedih dah terharu ibu dengar.  Die nasihatkan takyah rush nk masom labour room, stress katenye. Die kate dok je kat katil tu n rileks2. ibu senyum je, dalam hati, memberontak nak pergi labour room tu. hihihi

So roughly dalam pukul 11 mlm, 2 org nurse dtg bawak wheel chair, dorg bagi ibu baju untuk tukar masok labour room. Baju ni sexy u, jenis terbukak kat belakang, pakai tali je ikat. Sorg lagi nurse suruh ibu pergi tandas n masukkan ubat untuk be%*k kat bon*^t. nurse siap pesan, jangan teran tau. Hihi. Ayah pon ibu dah bgtau sebelum tu suruh dtg tempat ibu untuk amik barang2 n get ready pegi labour room. Masa nak ke labour room, nurse tu tolak ibu. Ibu dah rasa nervous sgt2 time ni. Keluar dri wad, ibu nmpk ayah. Ayah senyum kat ibu. Ibu tak berapa nak tersenyum sebab terlalu nervous. Ayah tak boleh ikot masok dlm bilik labour lagi masa ni, so ayah tunggu kat luar. Sampai2 je dlm labour room, ibu dengar alunan ayat2 suci al-quran dipasangkan. Suhu dlam bilik tu sejuk (tak sesejuk glasgow la, *tetibe, hihi*) n ade sorg midwive dlm tu. Tak berapa nak mesra mana la, tapi ok je die. Midwive tu pasang drip kat tangan ibu. Function drip ni untuk cepatkan contraction kalau tak silap. Dan alat ctg di pasang kat perot ibu.

Then, datang seorang doc lelaki melayu yang umurnya sebaya ibu, hihi, memperkenalkan dirinya n bgtau ibu yang dia akan pecahkan air ketuban ibu masa tu jugak. Wow. Die pon amik satu batang yang panjang dan kelihatan macm jarum je bagi ibu n pecahkan air ketuban ibu. Prosedur ni ibu ingt sakit, tapi rupanya sebaliknya. Alhamdulillah, ok je. Air ketuban tu rasa die panas,  banyak kot. Basah katil tu dibuatnya. Bayangkan lah, tempat sejuk, kita plak kebasahan. mmg kombinasi yang tak ngam sungguh. Then dtg lagi sorg doktor, memperkenalkan dirinya sebagai doktor yang bakal menyambut kelahiran awra nanti, eh.! looks familiar lah. Rupenye tu lah doc lelaki chinese yang check ibu hari tu. Alamak....haha

Dan bermulalah saat2 kesakitan tak terhingga ibu, yang sampai mati akan ibu ingat. Mcm ni, lepas je air ketuban dah pecah, dalam masa 10 minit cm tu, teros contraction dtg mencanak2. Sakit die, bukan kepalang. Tak dapat ibu gambar mcm mana sakit tu. Hurm..Ibu cuba bertenang, ibu ckp dlm diri, "rileks....baru 4 cm, jauh lagi nak reach 10 cm..rileks....". Ibu cuba tarik nafas panjang2 n dalam, tak jalan. Ok, ibu dah resah. Kebetulan ibu sorg2 je dalam labour room tu, doc n midwive tah ke mana tah, ibu cuba ubah posisi baring ibu. Kot membantu untuk kurangkan rasa sakit. Ibu found out yang bila mengiring dengan kaki dibengkokan, terasa sedikit kurang kesakitan, so ibu kekalkan je dalam posisi mcm tu sambil kawal nafas sehabis baik. Midwive dtg and nmpk ibu baring mcm tu, die suruh baring terlentang balik. Die kate alat ctg tu tak dapat detect heart baby dlm posisi tu. Huh. Nak taknk, ikot je la kate die. Da seperti yang ibu jangka, sakit makin kuat. Oh no. Ibu dah panik sangat, kebetulan dok lelaki melayu tu masuk nak key in apa tah kat komputer dalam bilik ni, ibu terus request painkiller. Doc tu kate, cuba bertenang dulu..tarik nafas panjang2. Mmg sakit. Baru 4 cm , so cube tahan lagi. Lol! ibu stress. Doc kua, ibu sorg2 lagi. Contraction kuat sgt masa ni, every 3 minit contraction dtg, and setiap contraction akan berlangsung lbih kurang 1 minit. Bayangkan lah? Sebab tak tahan sgt, ibu desak jugak doc tu bila die masuk bilik lagi skali untuk bg ibu painkiller. Lagi skali doc tu bg jawapan yang menghampakan, suruh ibu tahan. Tapi dah die nampak ibu berkerut2 tahan sakit n suara pon dah bergetar bila ckp, die kate die akan bagi laughing gas. Gas ni salah satu cara untuk kurangkan rasa sakit, which bagi ibu, langsung2 tak membantu kurangkan rasa sakit tu. Langsung tak!. Ibu desak nak jugak painkiller, and last2 doc bagi. Kena la satu injection yang menyakitkan kat bon*^t. Masa ni ibu suruh midwive panggil ayah masuk teman ibu. Midwive ckp belom masa untuk suami masuk sebab belum nak bersalin, nanti dah nak bersalin baru panggil, ibu dengan kesakitan yang tak tertanggung desak jugak ayah masuk now. Serious ibu dah mula separa tak betol dah time ni. hihihihi

Ayah masok teman ibu saat2 ibu baru je lepas kena suntik painkiller. Sakit sangat suntikan tu. Ibu suruh ayah gosok2 tempat kena suntik tu n dalam masa ibu sedut laughing gas tu dalam2. Sampai satu tahap, ibu jadi lalok dan mengantok gara2 gas tu. Tapi yang buat ibu panas tu, sakit tak jugak kurang. Walaupun dah kena inject painkiller. Arghhh..stress sgtt. Dan akhirnya, ibu dengan keadaan mental yang separuh stabil akibt kesakitan yang maha hebat n lalok akibat gas tu, hihi, telah request satu permintaan mengarut pada doktor which is, "doktor, saya nak operation!!".

Dan masa saat ni, mmg mcm drama cerita melayu sungguh tau tak. Malu plak bila ingat balik. Ibu dah mcm org tk betol, dan ada la jerit2 sikit, hihi, teros merayu dan merayu dan merayu kat doktor supaya operate je ibu time tu jugak. Doktor tu plak, dengan tegasnya kata tak boleh , tak boleh, tak boleh. Hoho. Mmg horror sgt situasi ni. Doktor nasihatkan ayah suruh bgtau ibu yng operation takkan dibuat ke atas ibu sebab ibu ok je n takde sebab kritikal pon yg memrlukan operation a.k.a c-sect. Doc tu tinggalkan ibu ayah berdua dlm labour room, dan ibu teroskan plak merayu tu kat ayah, hihi. Ibu suruh ayah paksa doktor tu operate ibu. Dan ayah sememangnya bersekongkol habis dengan doktor tu jugak, so ayah pon kate, no no no. Masa ni jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi. Ibu dah hilang akal, ibu dah tak tau apa nak buat bagi ayah percaya yang ibu tengah sakt yang teramat sangat, ibu pon tarik habis wayar2 ctg kat perot ibu tu n konon macm org ngamok la gitu. Yg wayar drip kat tangan tak tarik plak, takot...hihihi. Ada waras lagi sikit rupenye. =P

Melihat pada keadaan ibu yang dah cabut mencabut wayar ni plak, ayah pergi panggil doktor untuk pasang balik menatang tu. Dan bila doktor dtg, peluang ni ibu gunakan lagi sekali untuk merayu mintak operation. Doktor tu pon dah stat bengang dengan ibu kot, sebab die kate cm ni la lebih kurang, "puan baru 4 cm, jangan mcm ni, semalam ada kawan saya pon macm puan jugak , nak operation, tapi saya tak bagi, last2 dia berslin normal, die kol saya bila dah balik rumah n cakap terima kasih sebab halang dia dari operate" . Doc tu sambung lagi, "puan anak first, satu jam satu cm kalau ikot normal, jadi next check up untuk puan adalah masa pukul 3 am nanti". Ibu pandang jam, almost 2 am, lagi sejam nak ke pukul 3 am. Huh!!no way. Sesaat pon tak boleh tanggung, apa tah lagi 1 jam. Dah tak tau apa lagi nak meyakinkan mereka2 ni yang ibu tengah sakit sangat n ibu tak boleh tahan dah lagi kesakitann ni, ibu pon dengan sengajanya cakap kuat2 mcm  ni,  "nak ber&*". Hihiih. Ibu ada baca yang rasa msa teran nanti sama mcm rasa nak be*^k. =P

Dengar je ibu kate cam tu, midwive tu pon selak kain ibu n teros ckp,"lah, patotlah...kepala baby dah nampak". Sepantas kilat midwive tu and tah mane2 dtg lagi tambahan beberapa nurse tergopoh gapah set up katil untuk persediaan menge"push" dan doktor tu terkocoh2 pakai gloves, n aptah lagi untuk persediaan menyambut baby. Semuanya berlaku dengan cepat. Tau2 kaki ibu dah disangkutkan kat palang katil yang dah tinggal separuh (tah mcm mana tah katil tu dorg tanggalkan tah) n tangan ibu disuruh berpaut pada tali yang ada kat katil tu. Doktor pon dah standby depan ibu n ayah sebelah ibu. Midwive n nurse2 tu tau kat mana? Belakang doktor, jadi cheer leader. hahaha. Ok to be frank, masa ni ibu langsung plak dah tak rasa sakit. Langsung tak sikit. Bila di suruh teran, dalam  3 kali je teran, keluarlah Awra Awliya Binti Abdullah Khanif, anak kesayangan ibu ayah, permata hati yang menjadi penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Reaksi ibu bila awra lahir? senyum tak, nangis pon tak. Blurr je. Sebabnye, masih lalok dengan effect laughing gas tu. hihihi. Awra kecik je pada pandangan ibu, nangis pon ek ok ek ok je..bukan yang meraung tu. First impression ibu nmpk awra, ibu ckp dlm hati, "eh lain nye dari masa scan. muka sapa lak awra ikot ni". hihi....awra lahir dengan berat 3.1 kg, dan teros menyusu susu ibu sejm lepas dilahirkan. Tidor pertama awra didunia sungguh nyenyak sekali malam tu, ok consider mlm la walaupun dah 3 pagi sebab gelap lagi kan. Awra langsung tak menangis, tak bangun pon merengek2 mcm baby2 yang lain, awra baik sngat. Kebaikan yang ada makna rupanya. Sebab tu lah saja mlm yang awra tidur tanpa melalak, dan malam2 selepas itu, hihih...fikir2 la sendiri. =P


YAY!!!!tamat cerita pengalaman labour yang dari dulu ibu nak sangat2 catit dalam blog. Panjang gile kan? tau....ibu kan mmg kepochi sikit. hii. Semoga cerita ni ada manfaat n pengajarann buat sapa saja yang membaca. Jangan pulak mom-to-be yang baca ni jdi takot nak bersalin, no worries dear, setiap org rasa berbeza. Mine is fated to be this way, urs might be different kan? Allright, kita jumpa di lain entry ye. =)

Lastly,enjoy the pics. Tata


minor contraction masa ni. =)

alamak kabur, nenek yang sangat teruja jumpa cucu pertamanya. =)

Hello montel!=)

Breastfeeding time..=)

Termenung sebab masih terkejut dengan kesakitan malam tadi. =)
Awra 1st poo poo. Heheh. Kaler itam poop awra. =P

Muka lega dapat makan. Ada ke nampak muke excited dpt baby? tak kan? hihi

Wo n pakcik2 dtg melawat. =P

Dlm gmbr ni, awra mcm anak wo lah..sama putih. =)


No comments:

Post a Comment