Friday 24 May 2013

Suatu masa dahulu di Malaysia #1

Hi,

Hari ni ibu nak kongsi gambar2 awra, atok dan nenek masa 1 minggu before fly ke glasgow. Masa tu ibu pergi kpt dekat putrajaya untuk setelkan hal2 berkaitan slab/slai (yang menaja ibu ke sini le..tq bebanyak ye. =p). So memandangkan masa ni ayah masih belom resign, makanya nak ke mana2 atok la bawakkan. Bukan ibu tak leh drive sendiri, tpi masa tu kan minggu2 terakhir atok n nenek ngan awra, jadi konon macm nak spent time together2 la cam tu. =P

Kebetulan bangunan kpt bersebelahan dengan bangunan kementerian pelancongan, so atok awra yang terkenal dengan kehebatan meninjau2 tempat baru ni dah terjumpa satu cafe kat dalam bangunan kementerian pelancongan yang ada jual capati best. Pujian atok bukan main melambong2 kat capati tu, siap rankingkan plak tahap kesedapan capati tu berbanding capati kat kedai2 mamak lain yang selalu atok makan. Ok, atok awra mmg kaki makan kedai  mamak ye, tu yang awra kecik2 dah makan roti canai. Tp bukan ibu atau ayah yang suap ye, nenek n atok yang suap. Ibu ayah urut dada je tgk. hehe

After makan kat cafe tu, atok pergi tinjau2 plak bahagian dalam bangunan kementerian pelancongan ni. Dan hasil tinjauan, ada tempat menarik untuk pergi tengok. Kebetulan ada pameran ape tah kat ruang legar, so ada mcm2 lukisan dan arca yang dipamerkan kat situ. Menarik jugak tgk lukisan2 dan arca yang ada, ada tu mcm tak rupa lukisan je ibu tgk, mcm conteng2 je. Mata ibu mmg bukan mata seni, so bile tgk lukisan abstrak mcm tu, ibu rasa ibu pon boleh buat. Hihihi.

Masa ni awra pon ok je. Tak mengamok ke ape. Mungkin sebab baru lepas makan capati best kot. hihi. Haish....dah cakap pasal malaysia ni, rindu plak suasana malaysia. Serta merta rindu putrajaya gak, walaupun dulu tak habis2 kutuk cakap putrajaya panas. =P.

 Ok la, stop bebel. Enjoyy the pics.  =)

Awra dan atok kl (satu lagi atok kajang)

Comel la, mcm tau2 je ibu snap gambar die

Arca ni diperbuat dari bahan2 buangan/terpakai. Menarik. 

Atok insist suruh awra amik gambar kat sini sorg2. *awra kena paksa duduk*

Pelik tgk menatang ni

Muka redha

Atas replika ni plak atok letak.

Awra dan nenek..=P

Awra pandang sape tu.?

Pandang atok la tu

Atok, awra dan Najib?hehe

atok bukan main suke dapt tangkap gambar ngan chooper ni. 

Ibu pon nak bergmbar jugak! =)

Senget plak atok tangkap

Yang ni perfect! Ok, lukisan belakang ni sgt2 cantik. Kagum sgt. 

Bergambar dengan last arca before balik

Awra buat muka takde perasaan die tu. =P


*perasan tak setiap kali bergambar, hanya berdua je, takde yang bertiga? ni sume atok punya pantang larang. Layan je la. hihi*



No comments:

Post a Comment