Monday 20 May 2013

Cerita semalam

Hi,

Ibu ada kat school sekarang ni. Break 10 minutes jap. Pening pale dari tadi hadap komputer. Tulis blog jap la, mesti tak pening dah pas ni. =P

Before that, bibi slalu tanya apasal panggil school, tak panggil u? Jawapan die, ibu ikot org. Org kate school, ibu pon kate school la. Hee. Seingat ibu, dulu masa ibu sambung master pon, foreigners yang sekelas ngan ibu panggil university as school. Jadi, panggil je la school ye walaupon kedengaran macam2 budak2 je gitu. =)

Ok, blog ni tak bersentuh dah 2 hari kan. Kalau ikot, banyak je bende nak tulis, tapi masa tak mengizinkan. Weekend slalunye masa untuk kami sekeluarga berehat2 sikit, ala..tdo lambat bangon lambat la cam tu.... Tapi konsep ni hanya apply kat ayah ibu je. Awra as usual, tdo awl bangon  awal. Maka kesudahannya, konsep berehat tu tak berapa terpakai sangat bila budak kecik tu dah start terpekik2 suruh kite bukak tb sebab dia nak tengok kartun. Erk!

Anyway, semalam abg riduan ajak kitorg pergi carboot dekat Lanark dengan satu lagi keluarga malaysia ni. Yang bestnya, pergi ni untuk berpicnic sekali sebab kat area carboot ni ada tasik and sungai yang cantik untuk feeling2 berkelah atas rumput gitu. *hakikatnya kitorg berpicnic atas bangku je semalam..hee!* Kawasan ni mengingatkan ibu dengan cameron higland, mirip sangat. Tapi jauh lebih menenangkan jiwa sebab siap ada kuda tengah meranggut rumput (rumput die yang macam karpet tu ye, bukan rumput malaysia yang kalau kita baring, habis gatal satu badan. hik!), kambing biri2 bertaburan di padang berbukit yang menghijau, rumah2 binaan omputih yang unik dan nampak old school gitu. Memandangkan semalam cuaca ala2 mendung2 manja cam tu, makanya ini menambah kecantikan pemandangan yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Cuaca semalam pon sangat baik, tak sejuk sangat, jadinya kami semua sangat la enjoy dengan perkelahan semalam. Huhu

Ok bercakap tang picnic ni actually agak memalukan sikit sebab kitorg tak bawak apa2 makanan yang melambangkan picnic dengan alasan, stok bawang dah habis kat dapur, jadi ibu takleh masak. hee. Roti pon takde nak dibuat sandwich (salahkan kedai pakistan yang tutup awal ok...huhu) dan ayam dan tepung pon takde untuk di buat ayam pop corn kegemaran ibu tu. Kesudahannya, kitorg bawak kek swiss roll je dengan air kotak mangga untuk menutup malu yang tak tertutup langsung  ni. Hehe. Dan bertambah2 la malu kitorg bila tengok abg riduan n satu lagi keluarga tu bawak bekalan meehun goreng, kueteow goreng, keropok ikan n ayam bakar untuk dikongsi makan beramai2. Siap ada air panas lagi dalam jug. Pomm! *tampar muka sendiri perlahan2. hehe*

Carboot kat sini agak menarik, ada 3 tempat, tapi semalam pergi 2 je. Tempat pertama dekat atas padang, open air, and mmg happening sebab banyak kereta yang buat sale. Tapi tempat kedua tu agak kureng sebab die kat dalam dewan yang kecik, dan hanya separuh dewan tu je yang di bukak gerai jualan. Dah tak rupe carboot pon ada, sebab tak dijual dari boot kereta. Tak best sangat la. So kat carboot yang open-air tu, mcm2 barang ada, orang pon ramai. Meriah sungguh. Bukan setakat org, anjing2 pon banyak. Anjing belaan la ye, bukan anjing2 liar tau. Siap ada sekor anjing tu, tuan die dok dukung sambil2 berjalan2 tengok barang kat carboot tu. hihi. cute betol, dah la bulu ala2 anak patong anjing, geram je ibu tengok. Time ni plak ibu tengah dukung awra, orang tu perasaan yang ibu tersengih2 tengok anjing die and teros spontaneously dia dtg kat kitorg and sua anjing die kat muka awra. Kus semangat, terperanjat ibu. hihi. Die ingat die dukung baby ke yang nak feeling ber "hai"  "hai" kat awra. Awra plak mcm takde reaksi pon tgk anjing tu, pandang je..terkebil2..tak nampak eager langsung. tapi risau gak kot dlm pada tak eager die pegi cepuk muka anjing tu ke, naya je...tak memasal nak kena samak plak nanti. hehe. 

Anyway, kitorg tak la membeli apa sangat pon, sebab ibu bukan spesis manusia yang rajin bershopping dan tak pandai langsung bab2 beli barang2 ni. Mostly mcm biasalah, beli mainan awra. Sudahnya, rumah dah mcm nursery je. Hehe. Mainan second hand kat carboot ni murah2, 2/3 pound je slalunya, so jangan ingat ibu boros berbelanja plak ye. =). Ibu berjimat la yang ibu beli mainan second hand je kat awra, kalau tak, dah lama beli kat toys r us je mcm yang slalu ibu buat kat malaysia dulu. hehe. Reason beli mainan banyak2? sebab mainan adalah salah satu method pembelajaran untuk awra, jadi konsep belajar dan bermain adalah sangat perlu untuk ibu didik awra jadi bijak dan kreatif. Ala2 fun and play gitu. Macam sekarang, awra dah pandai throw bola. Catch je belom lagi. Pencapaian yang bagos. Nampak tak seberapa, tapi cukup untuk buat ibu bangga. hihih

Ok,enough ramblings. Ibu ada meeting with sv at 1.00 pm. Catch up later. C yaaa.

*nanti ibu letak pic semalam bila balik rumah nanti, =)*

Ibu

No comments:

Post a Comment