Friday, 6 September 2013

Dari Malaysia ke Glasgow, #2

Hi,

Kita sambung lagi ok. =P

Hari 2 : Khamis

Hari ke 2 ni ibu ingat nak bagi semuaorang recover dulu dari jet lag baru la g jenjalan. So plan asalnya tak kemana pon la, just duduk rumah. Tapi nampak smua beria plak nak keluar g jenjalan badan glasgow (since sampai semalamnya waktu malam, so tak nampak lagi suasana sebenar glasgow) and dan dan tu semua mengaku tak penat and tak jetlag. So, bersiap la semua orang pagi tu and off we went to the city centre. Mula2 kitorg bawak pergi university of strathclyde. Nak tunjuk kat family tempat ibu belajar, baru terasa ade berkat lebih sikit. hehe

Then bawak pergi ke buchanan street, and jalan sampailah ke kedai makan halal (tau nama tapi tlupa cara eja, abaikan je la..hee). Untuk orang yg tak biasa, jarak perjalanan boleh dikira agak jauh dan memenatkan. So after makan tu, semua nampak dah keletihan (penangan jetlag sebenarnye) and kitorg pon decide balik teros je lepas tu. Tak sempat nak bawak explore lebih banyak tempat lagi. Cume before balik tu sempat bawak singgah kedai 1pound yang mana dorang semua jadi jakun + kagum + tak percaya sebab semuanya adalah 1 pound. Nenek berulang2 kali tanya, "semua ni 1pound kan?", adalah dlm 5/6 kali ulang. Tak caya sungguh nenek tengok harga semurah tu. Dekat kedai ni semua pakat borong coklat, susu, alat2 tulis, and mcm2 lagi la. Suke betol dpat beli barang kat sini. hee. 

So tu je la sedikit sebanyak kisah hari ke 2. Nantikan hari ke 3 plak k. Enjoyy gambar di bawah ni. Baii. =P













































































Dari Malaysia ke Glasgow, #1

Hi,

Percutian berjumlah 35k atok haritu really enticed me untuk mengdokumetarikan  kisah mereka semua di uk as a token of appreciation buat atok khasnya yang telah susah payah spent duit sebanyak itu untuk dtg kesini melawat kami sekeluarga. Semoga Allah limpahkan atok dengan rezeki yang lebih meluas supaya atok dpt dtg sini lagi next year. Amin....=)

To start with, ibu mulakan dengan kisah hari pertama.

Hari 1 : Rabu

Dari malaysia, flight bertolak kol 10.30 pagi klu tak silap. So b4 subuh semua dah gerak ke erl putrajaya. Kereta atok park dekat balai bomba putrajaya. Then amik erl ke klia. Beg besar ade 2 plus satu kotak makanan kitorg. Pasal atok takot makanan macam belacan and udang kering tak lepas masuk uk, atok bawak sikit je. Overall luggage allowance 150 kg, total yg di bawak plak cume 70 kg je kot. Rugi rugi. Lepas dah masuk uk, atok regret habis. Tu le..ibu dah kate dah ok je bawak bnyk2 makanan, tapi atok takot jgk..klu tak, heavan la ibu ngan mcm2 makanan dari malaysia. Tak yah lagi pening2 pale nak masak sambal nasi lemak, asam jawa plak habis. hehehe.

So perjalanan semuanya selamat sampai kat glasgow pukul 7.40 malam. Lebih kurang 18 jam perjalanan. 7 jam (kul-dubai), 3 jam transit, 8 jam (dubai-glasgow). Lame, mmg lame. Antara semua, nenek sorg je kot yg mabuk ngan flight lame ni. Walaupon nenek dah siap standby asam sebab takot pening/mabok dlm kapal terbang, tapi still mabok gak. Atok kate, pasal nenek mabok punye pasal, atok nak goyang kaki pon kena marah lah. Tak boleh goyang sebab makin pening nanti. hehe. mcm2.

Anyway, kitorg bleh plak termisunderstood arrival time dorg sebab si pak cik opik la, beria bgtau sampai dlm kol 9.30 mlm. Last2 bila ayah tengok online, flight dorg dah sampai rupenye dalam pukul 7.40 waktu glasgow. Masa tu kitorg masih lagi bersantai2 kat rumah sambil tengok tv. Kelam kabut siap2 gerak ke airport lepas tu. Naya tol.

Masa sampai airport, kitorg bergegas ke tempat arrival. Tengok2 sunyi je. Cuak gak ibu time ni. Dorg dah sampai ke tak. Ke dah merayau2 sampai dah lost. Ibu baru je nak duduk kat kerusi ngan awra, tup2 dengar suara atok, nenek, maksu cantik, pakcik opik n maklong panggil awra. hehehe. Syukurr...selamat rupenye. Kemain lagi semua melambai2 lepas keluar dari pintu tu, as if kontinjen malaysia yang tgh jalan kat opening ceremony sukan je plak gayanya. hihi. Atok mcm ketua delegasi ar konon, sebab ber"kot" bagai.

Hari pertama mmg sgt mengembirakan, rumah yg sunyi jadi bising sebab ramai org. Dengan barang2 yg banyak, orang ramai, ade plak sorg budak kecik yang tak reti duduk diam, huh..mmg kecoh sikit la masa ni. Risau je kot2 bising nanti si pakistan sebelah dtg ketuk pintu. Masa ni semua lapar rupenye, berbeza sgt masa kitorg sampai dulu. Langsung tak lapar, letih je adelah. Tak lalu nak makan langsung, mungkin pasal terlalu letih melayan awra dlm flight. Ibu jamu nasi goreng and air green tea and green tea lemon panas. Atok kemain puji air panas tu sebab kononnye memanaskan badan. Ye la, mana taknye panaskan badan, tadi turun flight atok terkena serangan sejuk tibe2 yang menyebabkan badan menggigil kuat. Atok kata sebab terkena air hujan, tapi antara punca lain ialah atok pakai kemeja nipis je masa turun dari flight. Kena plak kena jalan atas landasan (pasal seat hampir belakang), tu yang terdedah ngan cuaca dingin glasgow yg mmg sejuk kejung ni. Tak memasal kena serangan sejuk menggigil.

Awra masa awal2 eksen betol, mencebik atok dukung. Muke masam je, tak ingat la tu kot ngan semua2 orang dah. Tapi kejap je rupenye, bila dah boleh get along ngan semua org, kemain lagi tunjuk keletah die. And mentang2 jadi perhatian, habis semua org die nak suap ngan buah anggur. Pakcik opik paling kuat melayan, so die la paling asyik kena suap ngan awra. Haha. Si maksu cantik plak, dan2 tu tak larat nak main ngn awra sebab baru die tau betapa aktif dan tak tau duduk diamnye awra sekarang. Konon nak dukung awra kan, last2,..kejap je mampu dukung. Tak larat nak angkat lelama sebab berat and awra suke pusing sana sini kalau dipegang. Hah! Tau pon! Rasakan. hehe.

So, hari 1st diakhiri dengan semuanya tertidur keletihan dalam kesejukkan (tak biasa lagi ngan cuaca sini, siap berstokin berbaju sejuk bagai) and bangun plak pukol 5 pagi sebab jetlagged! Ah sudah..tak memasal pagi2 bute bile jenguk ke dapur nampak atok nenek tengah gotong royong masak meggi. Lapar katenye! haha.

Gambar dari kamera maksu cantik. Kat malaysia lagi ni. 

Solat subuh di stesen erl putrajaya

Muka cemas + excited nak naik flight g oberse. =P

Atok kemain serious lagi..=P

Tempat perpisahan kitorg tempoh hari. Now turn dorg plak. happy sungguh si maksu cantik dapat through gate ni jgk akhirnya. cehh. 

B4 naik eurotrain kot ni? setiap sudut nak bergambar. 1st time mmg cengggitu kan? hehe

Kan dh kate. Tengok la tu..sempat lagi b4 masuk kapal..

Yang ni pon same. Dasyat tol..=P

Atok nenek awra belah ibu. Tq atok bawak semua dtg sini. =)

Atok kate masa dorg edarkan makanan, atok ingat atok tak dapat. Hahah. Mana mungkin takdapat, unless tidur. =)

Bekas kecik2 tu semua nenek amik bawak balik. kihkih

Di Dubai - transit 3 jam

Flight ke glasgow plak

Sampai!! Tempat kejadian peristiwa menggigil atok. =P

Eh! =P *tengokla awra, muncung je*

Awra mcm artis, memanjang kena tgkap gambar. 

Cubaan melarikan diri dari pakcik opik, still takot lagi time ni.

Welcome to scotland!

Hari dah malam masa sampai. Tq sgt2 kat abg riduan yg tolong jemputkan jugak. =P

Awra dah mula melekat ngn pakcik opik.


Hari ke 2 dan seterusnya dalm next entry wokeyy. Nak g melayan awra dulu. Dari tadi dok kacau2 ibu menaip. Sebelum jadi singa betina, baik ibu stop now. hehe. Tata uolsss.

Ibu


Tuesday, 3 September 2013

Awra 13 bulan

Hi,

Mcm dah lama je tak story pasal awra. hehe. Konon "a blog for darling awra" kan..tup tup cerite bende lain je banyak. hehe

Ok, serba sedikit pasal awra yang dah berusia 13 bulan ++ ni, si budak kecik ni dah tak nampak mcm budak kecik lagi dah. Pada pandangan ibu, awra mcm dah besar sebab dah semakin lorat dan banyak kerenah. Ade masa boleh jadi singa betina jugak la ibu bila awra buat perangai. hehehehehe. Ade masanya ibu plak akan tergelak sendiri tengok perangai awra yang walaupun bnnyak menguji kesabaran, tapi kenkadang terselit ke'funny'an disebaliknya. =P

Awra kuat betol merajuk sekarang. Pantang la ape die nak tak dapat, mau dicampak semua barang ke lantai. Geram ibu.! hee. Sekarang ni semua barang yang die nak die tunjuk pakai jari je, jadi kalau tak dapat, mula la adegan jerit menjerit and air mata ala2 tak keluar die tu. Bila kita tak respond, lagi nyaring la die pekik. Lame lagi, mulelah adegan lembik melembikkan badan. Tunggu lame lagi sikit, hah ! setengah jam lah baru diam melalak. Tu yang kadang2 ibu ayah turutkan je la ape awra nak, janji tak buat perangai. Bingit ooo. =)

Satu contoh yang paling common is nak minum air dlm botol. Bila sekali die dah ternampak botol, jangan haraplah die lepaskan. Die akan mintak botol tu and suruh bukak penutup. Kalau kita sorokkan botol tu and try tarik perhatian die ke bende lain, die tak hiraunye. Die still ingat pasal botol tu lagi. Jadi bila dah nak start ngamok tu, nak tak nak bukak kan je la penutup botol tu. Dan selaku ibu ayah yang mithali, kitorg standby je la kain basah siap2. Sebab lepas tu mmg merata la air tumpah satu rumah. Dan tak sah jugak la kalau baju seluar tu tak bertukar lebih 2 kali sehari. Normal sgt la tu. 

Awra jugak digelar QC control oleh atok. hehe. Masa atok dtg haritu, impress sungguh atok tengok awra boleh bukak pek susu kecik2 yang kitorg dapat masa beli air kopi mc donald. Pek susu tu yang mcm jelly mangkuk tu la, kalau nak bukak kan kena tarik sikit yang hujung terkeluar tu. So untuk org dewasa mcm kita ni yang kadang2 rasa susah nak tarik, awra plak dengan senang2nye bukak 2 pek susu tu tanpa sebarang pertolongan. Dan lepas atok tengok tabiat awra kat rumah yang mmg suke bukak ape saje yang ber"strap", baru la atok tau kenapa awra cukup cekap bukak pek susu kecik hari tu. Sejak tu atok panggil awra QC control. Menariknye pasal pampers ni, awra boleh kusyuk mengadap kotak pampers tu and dengan tekunnye akan bukak satu2 strap pampers yang ada. Kalau strap pampers tu dah pernah terbukak, awra campak teros. Kira reject la tu. Kalau belom bukak, diumpilnye sampai terbukak, lepas tu campak. Tu je la keje awra kalau nampak kotak pampers die tu sampaikan nenek sorokkan kotak pampers tu. 

Awra suka cubit. Orang yang paling die suka cubit ialah ibu. Mungkin sebab ibu kurus and tak pejal mcm ayah, so awra dengan senang hati cubit sekuat hati die kalau dapat pegang mane2 bahagian badan ibu. Sakit die, uish....menjerit jugk la kenkadang. Awra plak bila die tgk kita sakit, die makin suke. Ingat orang enjoy la tu kena cubit. Pffttt...

Awra pandai menjeling dan buat mimik muka masam berkerut. Masa minggu yang atok nenek baru2 sampai tu, dorg semua asyik tergelak tengok awra jeling and kerutkan muka masam die tu. Kadang2 bukan sebab ape pon, tapi mmg die saje buat. Kelakar jugak tgk awra kerutkan muka, konon tension sgt letteww. hehe

Sekarang ni hp, tab and latop adelah 3 bende yang paling pantang awra jumpa. Habis la nak kena bkak upin ipin je 24 jam kalau ternampak salah satu bende ni. Kadang2 tu dah sorok habis dah, tapi tah cam n awra leh jumpa jugak. Mata helang betol awra ni. Oh, kamera pon sama. Cukup pandai godek kamera and tekan2 butang kat kamera tu. Paling tak tahan bila die main campak je hp or kamera bila dah tak nak tengok lepas tu, hui la.....berderau jantung. heheh

Awra pandai minum air masak dah. Ok, ni dari kecik ibu dah bagi tapi awra tak berapa gemar. Kalau bagi, minumnye adelah dlm 1 %, lagi 99% buang. So dalam minggu ni lah paling obvious nampak awra concentrate minum air masak tanpa luek balik. Amount yang diconsume pn agak bagus so ibu mmg happy la bila awra dengan sendirinya pandai minum air masak tanpa dipaksa2, lepas ni kalau g jenjalan senang lah, bagi air masak je kalau susu habis. =P

Awra dah mula berlari2 bila dibawak berjalan. Bila awra lari tu, ibu plak seriau sebab takot jatuh tersembam atas jalan. Kalau rumput ok lagi, tapi kalau tar, adoiii...mintak dijauhkan. 

Awra pandai pegang pen dengan betol dan dah mula pandai menconteng buku, kertas,atau apa saje yang boleh ditulis termasuklah meja, lantai dan dinding. erk! And awra gak pandai guna sudu untuk makan cereal and so far ade jugak la cereal yang berjaya masuk mulut walaupun jumlah yang dapat dikaut dengan sudu tu sekadar 1/2 keping je. hehe

And lastly, awra sgtlah pandai nak keluar rumah sekarang dan pantang sungguh nampak ibu ayah tgh bersiap, kompom cemas pergi ke pintu nak suruh bukak dan dan tu jugak. Kadang2 bila dah balik dari keluar and dah sampai rumah, taknak masuk dalam plak. Takpon die mintak kunci yang kita pegang tu and die nak cucuk sendiri kat tempat bukak kunci, bila pntu dah bukak, tak bagi tarik kunci. Nangis2 tak bagi kunci kena tarik. Tak paham sungguh. Masa ni mmg malas nak layan kalau awra nangis, sebab tak tau ape sebenenarnye awra nak. Kejam sikit la. hiks!

Ok la, so far tu je la kot. 

Apepon, ibu doakan awra sentiasa dlm keadaan yang baik,sihat dan jadi anak solehah ye. Love u sweetie pie. hehe

As penutup, layan la gambar2 awra yg ditangkap sepanjang 2 minggu atok nenek pak cik mak cik di sini. Daaa.. ;)


Muke baru bangun tidur waktu pagi

Dalam bus ke city centre

Eh, mak su cantik di belakang! hehe

Eksen naik je, tetap happy. =P

Tak berseni betol tangan yang menangkap gambar ni. Puii!

Kasut hitam tu sekali ni je la pakai. Too heavy for her

Style la ygbelakang awra tu.

Dlm train ke edinburgh

Nyenyak tdo

Awra dan banta bsuk mmg tak dpt dipisahkan

Habis la die dapat kamere dah

Kalau makan mmg kusyuk

Baju sejuk besar khas untuk winter nanti

Dlm cable car di ben nevis

Main di playground

atok tolak lambat, awra buat muka bosan

tgh bad mood cengginilah die.

Kyusuk ngadap sesuatu


Ibu

Sunday, 1 September 2013

Ad-hoc plan

Hi,

Kami sekeluarga di London sekarang. Hehe

Kenapa dtg London?

Takde pape. Saje jalan cuci mate, release tension pasal family dh balik malaysia. *alasan*

Plan nak ke London ni mmg mengejut je. Pagi hari sabtu tu, bangun2 tdo je rasa sunyi semacam. Ye la, semalamnye atok nenek n mak su cantik ade lagi, tetibe pagi tu takde dah. Blank otak ibu. Hehe. Dlm pada emosi tersentuh pepagi bute tu, tup2 ibu kate kat ayah, "jom pg london".

Hambik. Kengkonon kaye kan. Haha

Ayah yg awalnye terpinge2 teros jadi super excited sebab dpt pg stadium arsenal bila kat london nanti. *die-hard fan arsenal nih*

Dengan masa singkat yg ada, kitorg gigih meng'search' hotel yg murah and beli ticket train ke london through online. Jimat bnyak klu gune online. Sebab tak nak rush bila kat sana nanti, kitorg decide untuk stay london sampai khamis uolss. Hehe.

Total cost untk hotel and train ok la..boleh dianggap murah. Tapi kalau advance booking, let say 3 months b4 tarikh holiday, jauh lebih murah.

Perjalanan naik train agak memualkan sebab train tu laju betol. Masa kesuluruhan perjalanan dlm 5 jam. Cuaca london agak panas berbanding glasgow. Tapi still sejuk jugak especially bila ada angin. ;)

Hari ni kitorg berjalan ke tempat tarikan utama kalau ke london. Big ben, london eye, buckingham palace, st james park, trafalgar square and tah mane2 tah lagi yg kitorg tak tau ape name die. Memandangkan stroller awra kitorg tak bawak, jadi bila letih je dukung budak kecik tu, kitorg stop jap and lepaskan awra main. Agak2 dah ok, sambung jalan. Ala2 konsep redah dan rehat gituu.. :)

So far bila jalan awra ok je. Tapi dtg mood tak baik die, langsung tak nak jalan. Nak berdukung je manjang. Dah la berat tu dah naim jadi 11 kg. Letih dan terbeban jugak la mengendong awra ke hulu ke hilir.

Malam tadi mmg quite horror masa nak tdo sebab awra meragam tak tau ape sebab. Nangis lentik2 badan and serba tak kena semuanya. Baring atas katil taknk, dukung tak nak, bagi susu tak nak, bagi bantal tak nak, adoii...semua tak kena lah. Hangin jugak dibuatnye. Lambat jugak awra tdo semalam, tu pon lepas ditepok2 badan awra and dodoi2 mcm time baby dlu. Entahlah..mungkin meragam ni sebab nak tumbuh gigi lagi kot. Gigi geraham atas tu mmg dah hampir penuh keluar. Geraham yg bawah plak la kot. Kesian awra. Hopefully mlm ni awra ok and tak lagi meragam super luar biasa mcm semalam. Amin.

Ok. Gambar as usual tak bnyk. Bnyaknye dlm kamere. Tapi nanti la ibu letak. After habis jenjalan nanti. Mak su cantik kompom cemas nak tgk gambar kitorg pg sini. Marah bukan main tak bawak die dtg sini. Leks le mak su cantik. Next year klu dtg sini, kitorg bawak g london. Ni kitorg tolong survey dulu la tmpat nak bawak korg jalan tahun depan nanti. Heheheheh. ;)


Bai.