Tuesday 25 June 2013

Lamanye tak berblogging...:)

Hi,

Almost 2 weeks tk tulis ape2 dlm blog ni. Bnyk bnde nk story tp ibu asik tkde mase je nk tulis blog. Rugi rugi. Kompom ade je facts yg ibu dh lpe nanti so bile nk recall mesti tak detail sgt. Okla to start with, ingt tk ade satu minggu tu awra demam on off. So masa tu ibu ada state yg kalau awra dah baik demam, nk bawak awra jalan2 kat tmpat yg dimulai dengan huruf L. Agak2 ape name tmpt ni?

London?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Takk. Leeds je. Hehe. London next time le. Tunggu masa atok n nenek dtg sini bulan lapan nanti. Opsss. Terbocor rahsie. Hee

So memandangkan awra dah baik demam dan nampak sihat dan cergas as usuall, kitorg decide nak join reunion kecil-kecilan antara ibu dan member2 geologi ukm. Tak ramai pon, 4 orang je termasuk ibu, heee. Yang lain tu , opie (sekarang dekat birmingham sambung phd gak), wani (wani dtg uk untuk conference) and asiah. So kitorg semua berkumpul dekat rumah asiah di leeds. Asiah dah nk masuk 2 tahun kat uk ni. Kire otai la. hehe. Asiah ni dah kawen n ade sorg ank gurl yang sangat la comel mcm anak jepun..awra seronok le g umah asiah sebb ade kawan, insyirah nama anak asiah ni. Kitorg gerak ke leeds lepas semayang jumaat, dlm pukul 3 cm tu. Perjalanan total 4 jam, tapi sebb kitorg berhenti 2 kali kat service (ala2 rnr la kt msia) so masa perjalanan jadi 5 jam keseluruhannya.

Masa b4 bertolak, jantung ni dup dap jugk la sebb tak tau condition kereta kiotrg tu ok ke tak untuk jalan jauh. B4 mula jln mmg ayh ade check dlu minyak itam n angin tayar. So far angin tayar je la nmpk kurang sikit so kitorg pergi isi angin dulu kat asda before masuk ke motorway (highway). Nak isi angin kat tayar kena bayar tau. Asda charge 20 p (konon 20 sen la duit malaysia) and ade tempat lain tu, 50 p. Malaysia free kan? bersyukurlah anda semua. huhu. So far timing nak gerak ni mmg agak tepat sebab time ni waktu tidur awra. Lagipon masa ayah pergi semayang jumaat, ibu bawak awra main kat library govanhill (yang ada bounce and ryhmes tu) and biarkan awra main puas2 and lasak2. So masa masuk je dalam kereta, minum susu, budak kecik tu teros lelap. Ada la dlm 2 jam pertama awra tdor. Not bad la..

Pemandangan sepanjang perjalanan nak ke Leeds mmg sgt2 awesome!! Sepanjang jalan, laluan yang kitorg lalu adalah kawasan berbukit bakau or maybe boleh kate gunung ganang kot sebab besarrr sgt and seluas mata memandang. Macam tengah pandang lukisan pemandangan alam semula jadi pon ade. Iskk. Cantik tak tergambar dengan kate2. Susah la ibu nak describe. Yang pasti, scotland agak berbeza dengan england dari segi morphology sebab England macam tanah rata, takde bergunung ganang sangat. Scotland mmg totally highland and lebih cantik kot? hehehe. Kitorg gak macam jakun sekejap bila nampak wind turbine besar giler kat atas bukit2, and mmg rase mcm nampak kipas pusing gergasi plak dari jauh. Bukan satu, bukan dua, tapi ada banyak sangat...Ok, exagerate je ni. Roughly dalam 20 wind turbine la. Kire banyak la ni untuk wind turbine bersaiz gergasi tu. =)

Throughout the journey, ibu mmg dah prepare mcm2 barang untuk attract attention awra. Dari biskut, buku, mainan, buah, susu, puting, botol, ke plastik kosong, sume ade dlm kereta. Dan so far taktik agak berjaya, lepas bosan main satu bende, ibu tukar bende lain. Boleh la buat awra occupied jap dalam 10 minit. Agak2 dah nak melalak pesen meronta2 taknk duduk car seat tu, cepat2 la ayah carik service and berhenti sekejap bagi awra lepas. Alhamdulillah, dalam pukul lapan malam kitorg selamat sampai ke Leeds dengan jayanye, dan yang bestnye, tanpa sesat. What an achievement!! weehooo. =)

Perasaan bila dah sampai depan rumah asiah tu mmg gembira sangat2 la. Sebabnye, berjaya sampai ke Leeds dengan naik kereta tahun 2000 kitorg ni (hehe...cici kate jangan cakap kereta buruk, takot kang buat hal..) dengan selamat, dan awra pon ok. Not a bad journey ibu must say, and adakah journey balik sesmooth pergi? Tungguuu next entry yeh. It's time to continue study. =P


Ngantuk betul awra masa ni. Terlentuk je. Senang keje ibu. =)

Ayah focus memandu. Hadlaju pon 100km/h. Lebih dari tu? Enjin gegar. haha

Wind turbine. 

The view - tak cantik sgt ni. Everytime ada view cantik, ibu tak pegang hp. So ni pon kire ok la. =P

Alamak..dah bangun. Pandangan mata awra yang sungguh bahaya. hehe

Ala2 jalan tak berkesudahan. 

Till then.

Ibu

No comments:

Post a Comment