Thursday 17 April 2014

Pindah rumah

Hi,

Minggu lepas (11/4/14) kitorg pindah rumah baru. Kenapa pindah? Sebab nak mudahkan ayah awra pergi kerja *ayah awra kerja uolsss....tak inform pon kan dlm blog ni. hehe. len kali la cerita ek* and satu lagi sebab nak rumah yang lebih rendah. Kitorg dah tak larat naik turun tangga tingkat 3. Dengan dokong awra, dengan usung stroller, dengan bawak barang, ahhh.!jenuh. So kesimpulannya, pindah rumah jalan yg paling baik dan menenangkan jiwa gitu. =P

Rumah baru ni mmg bnyk advantage, TAPI disadvantage pon boleh tahan banyak jgk. Among big advantage yang paling obvious ialah, dekat sangat dengan supermarket Lidl and KFC. hehehe. Suke iolsss. Anytime je nak keluar g beli susu awra ke, beli cikedis ke, beli coklat ke, beli sayur ke, ala...ape2 je la yg nak dibeli. And satu bende yang kitorg suke pasal rumah ni, fully carpet u. Tebal punya plak tu. Dah tebal, lembut plak. Mmg seronok je pijak. =P

Tapi...bercakap tang disadvantages die plak, erm...meh nak membebel skit. Rumah ni patent lame, brg2 dlm rumah pon agak old school, rumah ni besar so lebih sejuk dari rumah lama, dapur rumah ni gune elektrik *iolss sgt tak feeling msk pakai lektrik nih, nak tunggu minyak panas sempat la layan upin ipin ngn awra...nak bakar belacan paling fail skali, dah kate letrik, mana ade api nak membakar kan..tak syok btol!*, sinki die ade due kepala paip untuk sejuk dan panas, so jenuh la nak bukak 2 2 kepala paip tuy everytime nak cuci tangan secoet je...kalau rumah lama, kepala paip jenis moden...pesen yang angkat tu je bila nak guna, so adjust kepanasan air ke kiri or kanan je la..sebab 2 kepala paip ni la, tangan iolss kering gile masa 1st day masak kat dapur..dah memanjang terbukak air panas masa awal2 tu..mana tak kering. kan? ok panjang plak merapu kat sinki ni, hehe.,...dan paling paling menyampah sekali ialah, freezer boleh plak rosak. Habis semua ikan, daging, ayam, dan segala mak nenek bende dlm peti ais kena buang. Gerammm. Dan tak memasal, 3 hari berturut2 kitorg makan nasi goreng kocak telur je sebab tu je yang available. Tak pe ayah awra, today ibu awra masak sambal sotong kering ye. Sedap sikit makan kali ni. hehe. Oh, peti ais tu agent kate nak ganti baru hari ni, harap2 betol la.

So far untuk awra, dia suka sgt kat rumah baru ni. Especially part laluan nak masuk rumah ni yang ade laluan khas untuk kerusi roda/stroller, fevret betol la kalau nak masuk/keluar rumah. Asyik2 pergi lalu kat situ, bukan sekali due, tapi sampai 3/4 kali round. Haihh. Minat sunggu awra ngn laluan stroller tu. So, kitorg ni jenuh gak la nak tunggu awra lari2 sampai rasa puas, ade one time tu, siap memberontak u nak masuk rumah. Iolss dah la nak buang air besar time tu, hangkut je awra ala2 kampit beras time tu. Lantak le nak ngamok ke ape. Maknye dah tak tahan sgt. hehehe. Anyway,awra suka gak dengan tingkap rumah ni yang boleh nampak bus/orang lalu lalang. Die paling suke bile ayah keluar g keje, or mcm malam tadi, keluar pg beli aiskrim jap, die cepat2 lari ke tingkap, tunggu sampai nampak ayah lalu, terjerit2 die babai ayah die. Seronok kemain nampak ayah lambai balik. Yang bagusnya tak plak nangis nak ikot ke ape, die lambai je la sampai ayah hilang. Cute je tgk aksi die. Besar dah kan awra. =)

Alahai..tu je la kot nak story pasal rumah baru. Gambar update nanti la. Sebab now tenet kat rumah takde, pakai tenet hp je. Laju tu mmg laju, tapi malas nak upload gmabr through hp ke blog sebab kena satu2, tak bleh pilih all. Malas sgt. Ni pon taip blog pepanjang mcm karangan ni sebab gune latop, and kat school, klu pakai hp, tak kuase nak menaip panjang cenggini. Asik typo je. Fed up hokehh.

Wokey la. Today mood study ke laut sebab esok stat cuti panjang. Ala..cuti Easter. Jumaat ni and isnin minggu depan u off, so tak yah la dtg u. Seronokkksss. Thats why taip blog, sebab cam excited cuti. hehe. Tapi kurang exicted sebab sengkek baru pindah rumah kan...so tak dapt la kemana2 berjalan sempena easter nih. sobsss. *kite men playground je la awra ek?hehe*

Ok la. Tu je. Baiiiii.


Ibu awra




2 comments: