Monday, 6 May 2013

Makan kuaci

Hi,

Sekarang pukul 10.25 malam. Si manje dah tidur. Ibu depan latop, ayah ngadap tv. =)

Sambil2 ibu ayah buat hal sendiri ni, masing2 tgh kusyuk makan kuaci. Dalam kusyuk makan ni plak, tetibe ibu teringat saat2 tgh mengandungkan si kecik tu. Nak makan kuaci rase takot sgt. Sebabnye...Nanti kembung perot. =P

Time2 mengandung dulu, ibu mudah kembung perot. Lepas tu mule la nak sendawa je. Angin banyak masuk dalam badan. Jadi kalau makan kuaci, lagi cepat la kena kembung. Ibu ingat lagi ada one time tu ibu nak jugak makan kuaci, ibu terpaksa makan guna kaedah bukak kulit kuaci siap2 guna tangan, kumpul bebanyak, then baru makan. Kalau ikot style skarang, which is bukak kulit pakai mulut n then tros ngap, alamatnye ayah la jadi mangsa kena jadi tukang urut ibu nanti. And satu yang menariknya pasal urut nak keluarkan angin ni, ibu hanya suruh ayah picit2 tapak tangan ibu je. Lama2 nanti kompom sendawa dan rasa lega sebab angin keluar. Unik kan? =)

Banyak lagi kenangan masa mengandung yang ibu nak catit kat sini. Nanti ibu tulis yang lain pulak k.

Oh lupe, one of the reason ibu gelarkan diri as "ibu" dalam blog ni ialah kerana ibu beranggapan yang ibu tengah bercerita kat awra dan ayah sepanjang ibu menaip ni. Jadi kepada meraka yang bukan 2 org yg dimaksudkan tu, jangan pelik pulak ye. =P

Ibu

Friday, 3 May 2013

mari pergi school

Hi,

Jom tgk pemandangan yg ibu lalui setiap hari masa pergi n balek school. Enjoy. :)










Hari ni hujan je sepanjang hari. Kalau hujan, org kt dini redah je. Sebab mmg cuaca selalu cm ni. Nk tunggu stop? Tk yah la..hihi. tp kebiasaan hujan kt sini jenis renyai2 tu je..tak lenjun la stakat jalan kaki ke school. Jarak ibu jln dari bus stop ke school adalah dlm 200m, ade tempat tu berbukit skit , jd mmg agk semput la tiap hri. :)

Ibu

Ayam goreng kfc

Hi,

Semalam ibu tak tau nak masak apa. Pk balek apa bahan yang ade kat dapur, erm..cam takde bende yang menarik untuk di masak. Sayur pon habis dah. Tibe2 teringat nak buat masak kicap je lah, ringkas dan mudah. Sebab yang ade telur je, maka ibu pon decide buat telur masak kicap. Time ibu pk ni, ibu dalam bas, otw balek rumah. Tah cam ne, terasa nak makan ayam goreng plak. Tapi tak nk yang goreng kunyit, nak yang goreng mcm kfc tu. Ibu pn terus la google resipi. Jumpe satu yang menarik, resipi pon  mudah. Ibu excited sgt, teros stop bus jauh sikit dari rumah sebab nak pergi cucuk duit and beli ayam. Hii. Sebab kedai pakistan yg jual ayam halal, so nak tak nk tak leh pakai debit kad nak bayar. Ibu sejak duduk sini mmg suke betol gune debit kad je kalau keluar g beli barang, mudah dan cepat. Konsep debit kad ni, asalkan ada duit dalam akaun bank, sume jalan. =)

So lepas dh kuar duit n beli ayam, ibu pon dengan excited nye balik rumah n try resipi tu. Ayah datang jenguk sambil dukung anje, siap perli ibu lagi. Ayah kate, jangan nanti tepung tah kemana, ayam tah kemana. Cam tu lah lebih kurang ayat ayah. Ibu cam malu gak kot2 tak jadi, tapi ibu ada instinct yang ayam ni kompom menjadi. =P

Hasilnyaaa....

MMG MANTOP! (except for terkurang garam, so tawar sikit. =P)

Ayah makan bertambah. Selera n laju je ngap ayam tu. Ayah kate dah mcm ayam yang beli kat pasar malam tu. sebijik. kihkih. Gambar ayam semalam ibu tak snap pon. Ibu ni malas skit nak tgkp gmbr mkanan. So hari ni ibu terasa nak buat lagi, tapi versi ayam pop corn lak. Ni lah hasilnye.

Taraaaaaaa......

Amacam. Mengancam tak? =P

Ibu

Jumpa sv #1

Hi,

Ibu baru lepas jumpa sv. Lega sikit rase. Alhamdulillah agak clear dengan apa yang die terangkan tadi. Payah jugak mule2 ibu nak catch up ape die cakap dengan tulis ape yang perlu dlm buku. Terkial2 ibu catat secepat mungkin ape die kate. Mmg english die ok, sebab italian kan, so mmg la tak susah nak paham, tapi issue nye kat sini ialah dia bnyk ckp perkara technical. So ibu yg kurang teknikal ni mmg la tak tangkap sgt ape die cuba sampaikan. hii. Tapi ok la, tadi die ada lakar2 sikit kat buku ibu tu tentang apa yang sebenarnya ibu perlu cari untuk maklumat literature review, so tak lah vague lagi apa yang ibu paham.

Note kat bawah ni untuk bacaan dan referrence ibu tau. Orang lain jgn baca, kang muntah. =)

Dari pemahaman ibu yang tak seberapa ni, ibu dapat simpulkan yang sv nak ibu buat pasal modelling unconsolidated soil yang dipengaruhi oleh faktor hujan dan degree of saturation. Memandangkan konsep 'unsaturated' sendiri menggambarkan keadaan negative pore water pressure, iaitu water level berada di bawah dan failure plane berada di atas, maka sv berpendapat takda lagi kajian pasal ni dijalankan. Yang ada, untuk saturated condition sahaja. Saturated condition pulak adalah keadaan di mana water pressure adalah positive, iaitu water level berada di atas plane of failure. Jadi sv kate, ibu kena dapatkan modelling yang telah di buat pada saturated condition, dan kita applykan pada unsaturated nanti. Jadi, thesis ibu nanti akan buat pasal modelling unsaturated soil untuk landslide dengan pengaruh rainfall. Pengaruh hujan ni nanti plak, akan di corelatekan dengan wetting and drying effect yang berlaku pada soil memandangkan bila hujan akan berlaku precipitation, so pore water pressure meningkat, shear strength berkurang. So creep akan terhasil pada failure plane, dan bila tak hujan, akan berlaku evapotranspiration, maka pore water pressure decrease, so shear strength akan increase semula and creep mungkin stop?. Jadi ibu kena kaji pengaruh creep, degree of saturation, shear strength and viscousity, pore water pressure and fluctuation of ground water level untuk slope under unsaturated condition.

ok. ibu nk letak gmbr sv yg ibu snap curik2 td. hihi.

Ni la sv ibu. Ibu harap sv ibu ni seorang yang baik dan insyaAllah, dpt bimbing ibu untuk berjaya. Amin.

Ibu

Thursday, 2 May 2013

Kami di Glasgow

Hi,

Diam tak diam, dah sebulan rupanya kita sekeluarga kat glasgow ni. Cepat2 la masa berlalu harapnya, cepat jugak kita balik malaysia. =)

Ni gambar masa minggu pertama, jalan2 kat queens park.  ibu rase name die govanhill park, tapi ayah kate queenspark. Layan je la. =P
Saat2 awal kat sini memang agak sukar, dari segi cuacanya, keadaan sekitaran yang asing dan bersendirian di negara orang tanpa keluarga disisi memang agak kekok dan payah. Homesick, rindu malaysia, sume ni mmg lumrah bila kita berada jauh kat negara orang, and ni la yg berlaku kat ibu. Ayah nmpk tenang je, tp dalam hati tak tau la cam ne kan. hihi

Sekarang ni menetap kat daisy street. Rumah kami tingkat 3, mmg jenuh la naik tangga tiap kali beli brg banyak. Tambahan pulak si kecik tu masih tak pandai jalan, memanjang je kena dukung, makanya, bertambah2 la lelah ibu ayah die ni mendukung naik ke atas rumah. Susah jugak bila lif takde, hebat lagi ppr kat malaysia yang ada lif tu...hihi. Awal2 dulu b4 ada kereta, stroller mmg terpaksa angkut naik atas setiap kali guna. Kalau si manje tak tidur, ibu la dukung manje n ayah la usung menatang tu. Tapi kalau si manje tido? hehehe.. Di sinilah istilah "puteri dijulang" keluar dari mulut ibu ayah. Mane taknya, sorang pegang depan, sorang lagi pegang belakang, kedudukan stroller direbahkan se"parallel" yang mungkin dengan tangga supaya "puteri beradu" yang sorang tu tak terjaga atau tergelungsur keluar dari stroller. Mmg dugaan sungguh. Stroller berat, anak pulak boolat. Kena sangat la tu. Mengah2 ibu ayah demi keselesaan anje. =)

Saat2 awal sampai, sampai la ke hari ni, org malaysia yang banyak tolong kitorg ialah abg riduan dan isteri, kak nurul. Mmg banyak sangat jasa diorg ni, hidangkan masakan masa kitorg baru sampai dari airport, masakan pulak untuk hari keesokkannya (hantar lauk ke rumah), bawak kitorang beli barang, susah payah bawak pergi register ke u ronda2 bandar glasgow untuk bagi familiar dengan kawasan ni, tolong kitorg uruskan hal bukak akuan bank and daftar line internet (pakej dengan tv n telefon skali), bagi pinjam tv and hp yang berkredit kat kitorg mase minggu awal2, bawak pergi jalan2 kat carboot, bagi pinjam printer, n mcm2 lagi la kebaikan diorang yang tak mampu kitorg balas. Terima kasih snagt2 atas kebaikan dorg, semoga dibalas Allah setiap kebaikan mereka ni. =)

Malas dah la nak tulis lagi. Ibu nak review jurnal, esok sv ibu nak jumpe Nanti kalau ibu asik tulis blog, tak bergerak la research ibu. Actually, ni masih peringkat yang sangat awal, fokus pon pada literature review lagi, so tak la sibuk n bnyk je masa. Tapi ibu ni kan jenis org yang tak serius n bnyk main, hii...so ibu nk maintainkan supaya setiap hari ada sumthing yang progress, walaupun sikit je. Harap2, perjumpaan ngan sv esok berjalan lancar, dan ibu semakin clear dengan apa yang sv nak. Sebab minggu lepas ibu dah jumpa dia dah, tapi agak vague dengan penjelasan dia pasal scope research ibu. Nampak gaya mcm lari sikit dari research proposal yang ibu buat kat malaysia tu. Erm, takpe la, asalkan ibu lulus phd. Dahhh.....=)

Selamat malam sayang2 ibu.

Ibu

Tabiat si kecik #1

Hi,

Nampak tak tajuk tu ibu siap buat tanda # bagai, ni sebab tajuk ni kompom akan diulang2 lagi lepas ni sebab setiap hari ade je tabiat baru si manje ibu tu buat. Jadi ibu nak catat semua gelagat/keletah/tabiat manje ibu tu dalam blog ni so that ibu tau dan ingat perkembangan anak ibu. =)

Ok. Lately awra punya tabiat yg paling ketara ialah, pantang nampak orang minum air pakai gelas, kompom die pon nak. Adoilah si kecik ni, kalau nak tu bukan boleh sabar, terjerit2 macam anak burung tak dapat cacing. Sampaikan satu tahap, ayah nak minum pon terpaksa sorok2 kat dapur sebab takut anje nampak. Kang tak pasal2 mengamuk plk nak air. Kalau setakat air masak atau jus, ok lagi sebenarnye nak sua kat si kecik tu, tapi kalau air gas, erm...tak mo la ye sayang..no good la. =P. Yang paling tak tahan bab mengamok tu, lepas tu semua benda serba tak kena je lah. Ade je yang nak direngekkan. So langkah yang paling bagus, jangan la minum masa anje bangun. Mase tido takpe. Atau kat dapur ke. hihih

Satu hal plak lagi yang buat ayah ibu geram tu, bila time2 dah terkantoi minum tu and bagi jugak lah si kecik nirase, boleh plak di luek balik bila dah minum.  Kes ni paling common masa minum pakai straw. Habis la basah baju tu. Sini kan sejuk, bila baju basah kesian plak takut manje sejuk. So, tukar la baju tu sampai 2 3 kali tukar sehari gara2 minum n tumpahkan air je. Isk2...awra awra..

Oh lupe, dalam blog ni mmg ibu akan guna panggilan si kecik ,manje atau anje untuk refer kepada awra. Reason? Saje je. takde ape2 sebab pon. =)

ok, 2 je untuk tabiat anje kali ni. Ibu nak balik la. dah bosan n kesejukkan. hihi

Ibu

Insurans oh Insurans

Hi,

Peningnye ibu bila fikir hal insurans kereta ni. Adoi. Tak seronok betol rase bila dah elok2 settle down pakai kereta, tup2 insurans sangkut plak. Ni sume gara2 lesen kereta yang ibu ayah ada ni from malaysia. So mmg leceh sgt bila nak apply insurans, apatah lagi nak dapatkan yang murah. Kat uk ni, insurans kereta la yang mahal. Lagi mahal dari harga kereta tau. Naya sungguh.

Jenuh la ibu bersengkang mata lagi sekali browse balik insurans2 provider yang boleh bagi best deal untuk kereta comel kite tu. Rata2 mmg bagi harga yang menyebabkan ibu urut dada n terpikir nak jual balik je kereta tu and naik bus je la nak kemana2 pon selama 3 tahun ni. Ihihi..Mmg Malaysia jauh lebih indah n mudah dari segi urusan beli insurans berbanding sini, =)

Tapi takpe, ibu percaya Allah pasti akan bantu kite sekeluarga. InsyaAllah segala urusan dan bebanan kita akan dipermudahkan. Amin. Takmo stress dah pk pasal insurans. Walhal ibu sorg je pon yg stress. Ayah n manje ibu tu rileks je. Hiii. 

Ibu