Saturday, 11 May 2013

sepit rambut

Hi,

Tadi ibu belikan awra sepit rambut baru. Sebab rambut awra kn tebal dan panjang, asal kena tiup angkn je jadi mengerbang. So dah ada sepit ni, maintain je la rambut tu. Senang hati ibu. Hihi


tgk la tu, dah klip pon ttp ade rmbut yg terjuntai. 

Awra yang eksyen tak nk pndg kamere

Ad pretty as always..

*awra pakai baju yang baru beli. Comel je seluar corak kuda belang tu*



Friday, 10 May 2013

bila awra makan

Hi,

Actually  sebelum insiden mkn tomato tu, ibu bru lpas bg awra honey cornflakes. Bnyk gak si kecik makan. Tu yang ibu tak expect awra nk makan lagi. Tak kenyang la tu si montel ibu ni..;)

Awra kalau mkan lately mmg suke masukkan tangan die sekali dalam mulut. So apa saje yg kite suap kat awra, kompom die kuakan balik n masukkan balik ke mulut pakai tangan dia sendiri. Tak kisah la yg tgh makan tu nasi ke, mee ke, biskut ke, coklat ke, buah ke...sume awra bantai buat cam tu. Dia punya comot jangan cakap la...tak cukul tangan, segala muka, baju, seluar n karpet sume kena. Belom masok tang terkens kat rambut. Jenuh la ayah atau ibu bawak awra g cuci mulut n kutip semua saki baki makanan lpas tu.

Anyway, ni random pictures masa awra makan td. Enjoyy. ;)











Cute kan?

awra dan tomato

Hi,

Masa ibu tgh sibuk belek hp, awra yg tgh berdiri kat meja sebelah terjengket2 nk capai pinggan yg ada atas meja. Ibu perasaan awra bersungguh nak amik pinggan tu tp sebab pinggan kaca, ibu pon ape lagi..

"Aiiippp...tak boleh" .Mate pndg hp. si kecik nmpknye terkesan dgn teguran tu. Hiihii

Tak sampai berapa saat, awra perhati ibu leka skit, cuba lg skali nk capai pinggan tu.

"Aiipppppppp.." . Panjang sikit bunyik tu. Gertak bg awra takot skit. Hihi

Awra pandang ibu. Tangan stil dlm posisi nk capai hujung pinggan. Ibu intai pinggan tu. Apa yang menarik sgt sampai awra sibuk nk amik.

Rupe2nye.....

Alahai...........

Tau apa bnda yang awra nk?

Ni hah.....tomato. awra nk amik tomato dlm pinggan tu sebenarnye. Untuk makan. ala kesian ank ibu ni. Sorry syg, ibu mintak maaf ye.

ibu, awra nk tomato lah...

nyummyyy

lapa betol nmpknye awra..
Hihi..

*sampak sekarang still rasa bersalah..*

My forever baby, awra. #1

Hi,

Ibu baru je lepas copy masuk semua gambar dalam tab pergi ke latop. Terus rasa semangat nak tulis blog sebab semua gambar2 dari baru kahwin sampai la ke hari ni, banyak ada dalam tab ni. Yang paling penting, banyak gambar awradari baby sampai la ke dah tak berapa nak baby. Hehe

Si manja ibu ni lahir pada 8 July 2012, hari ahad, tepat pukul 2.00 pagi. Mmg banyak betol dugaan sebelum melahirkan awra, siap adalah sekali admitted sebab kononnya awra tak berapa nak gerak masa dalam perot. *walhal masa sampai kat hospital serdang tu time nurse check pakai alat ctg, elok plak awra main tendang2 ek. Adoiilah..* Anyway, awra lahir 2 minggu awal dari edd (estimated due date). Ibu mmg ada instinct awra akan lahir 2 minggu awal, so mmg ibu dah prepare barang2 awra ngam2 seminggu sebelum awra lahir. =)

Masa minggu awra dah nak lahir, ayah n opik takde kat rumah. Ayah pergi sarawak sebab ada sukan bomba. Game yang ayah main? Hehe. Mmg tak berapa nak kesukanan la sikit gayanye. Ayah main karom. huhu. ok la kan untuk umur2 emas cam atok awra tu. Si opik plak, tah ape tah la masok hutan ke pebenda tah. Ni aktiviti palapes die tu lah. Hish...time2 org dah nak terberanak, time tu lah sume takde kat rumah. Maksud yang lebih tepat kat sini, sume yang boleh bawak kereta. 

Anyway, masok minggu ke 37, ibu kena cirit birit. Ibu ajak ayah pergi hospital serdang buat check up. Sebab kalau dah masok last trimester ni, mmg apa2 hal kena pergi hospital. Masa kat hospital serdang ni, mmg teros ke pergi ke dewan bersalin tau. walaupun bukan nak bersalin dah, tapi mmg procedure macam tu. memandangkan ibu pernah kena admitted sebelum ni, jadi ibu takdelah cuak sangat nak g check up kali ni. Seingat ibu, ibu pergi check up ni time malam nak ke pagi la cam tu. Tak berapa ingat, tapi yang pasti ayah kena duduk kat ruang menunggu n ibu siap pesan kat ayah suruh g tido kat kereta kalau lama sangat. Sebabnye, ibu tau sangat prosedur yang akan di lalui nanti mmg lambat dan memenatkan. 

So, masa dah daftar kat kaunter pendaftaran, kerani tu tanya kenapa datang, Ibu kata, cirit birit n rase tak sedap perot. hihi. Konon nak nampakkan terok, padahal takde la terok sangat pon. Yang benar, excited nak dapat baby. Ibu pny excited ni sampai tahap kalau dapat deliver hari tu pon ibu sanggup. Boleh? huhu
So dia mintak tunggu kat kerusi menunggu, n bila nama kena panggil, baru masuk bilik kat dalam untuk further check up. Once nurse panggil masuk bilik, ok bukan bilik, dia mcm satu tempat yang ada bnyak katil n actually merupakan tempat standby before masok labour room, ibu pon dicheck bp (blood pressure) n disuruh amik air kencing. Lemah tol la buat menatang ni. Ibu mmg dari awal mengandung lagi menyampah tol kena amik air kencing setiap kali wat pregnancy check up. Serious tak suke. =( Ok back to the story, mase dok amik bacaan bp tu, nurse tanya macm2, kenapa datang, dah berapa minggu, bla bla bla...bagi ibu dorg tak la ramah sgt, dan tak la jugak annoying sgt, biasa2 je gitu. 

Nak dijadikan cerita, lepas dah setel amik bp n air kencing, ibu kena baring kat katil kosong yang ada n dtg la sorg nurse ni bawak mesin ctg. Ibu tau sgt kalau dah kena pakai alat ni nanti, tak bergerak la ibu alamatnya sepanjang2 alat tu tengah berfungsi. Alat ni untuk detect hear beat baby n paling penting, die record bacaan contraction. So kalau setakat contraction tak kuat, nurse2 ni jeling sebelah mata je lah..hihi. Ramai kan patient yang dtg, so dorg treat mane yg lebih genting la. Tol tak?

Dalam 20 minit, setel amik reading ctg. Then dtg sorg doktor muda, perempuan. Mcm sebaya ibu je dr tu. Tak kisah la kan. Die tanya macm2 soalan kat ibu, more or less lebih kurg je mcm yg nurse tu tanya. Then tetibe die kate, "ok bukak underwear, sy nak check bukaan". Opssyy...Terkejut beruk ibu. Tak disangka2 dah nak kena check bukaan. Ibu seronok. Boleh tak?hahah..sebab ibu mmg nak sangat awra lahir mase tu jugak. cewahhh. Ni lah org yang tak tau betapa sakitnya bersalin masa tu, memandai je nak kuarkan baby cepat2. Konon journey sepenjang nak bersalin tak rase ape2, tau2 baby kua depan mata je. No no no....tak semudah tu ye ibu awra. =P

Ok la, msa first time di "seluk", mmg malu yang teramat sgt. Kenapa? Sebab kena bukak kaki luas2. Hihihi. Nurse yang dok tengok lak mcm agak poyo sikit sebab die tau ibu first time, masih malu2 n cover2 kaki tu, die selambe badak je tolak kaki ibu luas2 n tarik seluar kecik tu sampai bawah. Mak oi. Geram ibu. Masa dr nak masok jari, die ada ckp, "ok puan, tarik nafas panjang2 n dalam2, jangan melawan, rileks je". Mmg mendebarkan masa ni, ibu ikot arahan dr u n cuba sebaik mungkin tarik nafas dalam2, n bila dr masukkan jari die pon kate, "erm, dah bukak 1 cm". Ibu terperanjat sgt sebab baru 37 minggu kot. wow!! teruja teruja teruja. awra is coming. hehe

After several examination, dr tu decide ibu belom lagi sampai masa untuk deliver. Better balik n have a good rest, n bila dah ada contraction yang regular baru dtg balik hospital. Down sungguh ibu masa tu. So ibu pon lenggang kangkung la pergi kat tempat menunggu kat luar untuk jumpa ayah sementara nak tunggu dr tu siapkan laporan n pulangkan balik buku merah ibu. Sebab baru lepas kena seluk kan kat tempat tu, maka berjalan adalah amat tak selesa dan ibu rase macam baru lepas kena sula je. huhu

Time dah jumpa ayah, ibu borak2 la sikit n cerita apa berlaku kat dalam, tup tup ibu rase something basah di bawah iteww. Opss..adakah air ketuban dah pecah? ibu cemas sgt. Ibu g toilet checl, n wooowww...bukan air, tapi darah. Erk. Teros ibu ckp kat ayah, n ayah suruh bgtau nurse. Ibu masok balik bilik tu, tapi kebetulan tersempak dgn doc tu, ibu ckp la darah keluar banyak, die suruh naik atas katil n check balik..kali ni tau ape jadi? 

tunguuu...

bersambung la ek. Ibu dah penat. huhu. before that, ni gambar ibu time 37 weeks. Hoho. 

tak berapa nampak kan? tau..salahkan ayah sbab amik gmbr ibu jauh2. hihi

Ibu

sshhh...they are sleeping.

Hi,

Si kecik ngn ayah tgh tdo. 
Sekarang baru pukul 4 ptg. Ayah kate ngantuk tadi masa pergi smyang jumaat. manje plak dah tdo dah masa ayah pg smyg tadi, tapi sekejap je plak dah bagon. So skarang, 2 2 dah lena. =)

Ibu plak mls la nk tdo, kang tak memasal study tak jalan. Padahal ibu mmg tak brape nk study pon skarang ni...hihi...cakap je lebih.
Awra skarang demand tau, tdo nak atas riba ibu je...sebab ibu syg anak pny pasal kan, layankan je lah..janji bukan ayahnye yang mintak nak diriba time tdo dah lah...hik!


Bantal bomba atok mmg wajib ada kat muka time nak bagi awra tdo. =P

*ingat nak letak gambar ayah tidur jugak, tapi ada technical error skit. len kali ye ayah..=)*

Thursday, 9 May 2013

bounce and rhymes at govan library

Hi,

Last wednesday, ibu bawak awra pergi library kat area rumah kitorg ni, govanhill library. Sebab utama ialah, ada aktiviti bounce n rhymes untuk baby. Mostly yang attend hari tu, anak dorg averagely from 4 months to 15 months in age. Ayah pon ikot skali join aktiviti tu, n ada gak sorg bapa ni bawak ank perempuan die berumur 14 bulan dtg join the club. Mmg impress sgt dgn aktiviti ni sebb kita dpt tgk betapa mak bapak kt sini sgt particular dengan perkembangan ank dorg. Aktiviti yang dibuat mainly menyanyi je. Ibu n ayah mmg terkebil2 je sepanjang sesi ni. Hehe. Mane taknye, dorg bantai nyanyi lagu yg kitorg tk pernah dgr, mmg terkial2 la nk ikot nyanyi skali. :)

Dorg ada provide lirik lagi lullabies yang di nyanyikan. Ada bnyk sgt lagu yg ada, so mommies2 yang ada bergilir2 setiap sorg pilih lagu yg nk dinyanyikan. Ibu cemas time nk dekat turn ibu yg pilih , cepat2 belek lagu yang ada. Nasib baik ada satu lagu ni kitorg paham, so  ibu pon dengan bangganya request lagu tu masa turn ibu sampai untuk decide nyanyi lagu apa. Nak tau lagu ape? Hihihi


Jawapannye,...... Old McDonald Had A Farm


Huhu. Siap dorg distribute character haiwan yang berlainan untuk setiap baby so ba nyanyi nanti, kita gilir2 sebut haiwan yang each baby represent. Mcm awra dapt sheep, so bila turn awra, sume org akan nyanyi sambil buat bunyi sheep. Mmg fun. :)

Aktiviti ni tk lame pon, dlm sejam je. Bila dah hbs, ibu ayah pon bawak awra balik ngn hati yabg seronok sebab dapat bagi awra peluang untuk mixed around dengan budak2 yang dlm lingkungan umur awra jugak. N yang penting, bnd ni dpt merangsang perkembangan minda awra jugak walaupon hati tu awra lebih bnyk melopong n diam bila kawan2 dia dtg rampas buku yg awra pgang. Hihi. Takpela, nanti lame2 mest awra pandai bergaul n tk terkesima dah bila main ngn budak2 lain. :)

Enough said. Enjoy gmbr yg ibu sempat snap haritu. Tp gmbr agak kabur, ibu tgkp cepat2 sebb takot dorg kate jakun plak. Hihi.











Bye. :)

Tuesday, 7 May 2013

Melayang-layang

Hi,

Time tengah study ni, pikiran selalu melayang2. Melayang2 ke Malaysia plak tu. Haishh..
Asyik teringat suasana and kenangan kat Malaysia je. Memang parah! thihik

Normal la ni kan untuk org yang tak pernah pg luar negara, tetiba kena duduk sampai bertahun2. Mmg tak jiwa langsung. Nak2 plak time tu ramai kengkawan nak tunang, nak kawen sume bagai. Mmg potong stim habis.

Nasib baik la dtg sini bukan sorg2, ade gak la pemberi semangat bile musim2 tgh down ni.

Ibu