Sunday 9 February 2014

Tips bawa anak naik kapal terbang untuk tempoh yang panjang

Hi,

Ibu awra nak kongsi tips naik kapal terbang untuk mereka-mereka yang ada anak kecil today. Tips ni especially untuk flight yang amik masa lama dan panjang (6 jam ke atas), atau bak kate omputih, long-haul flight. hehe

Tips2 nya ialah :

1. Pakaian.
Tips :  pakaikan anak kite tu dengan pakaian yang selesa. Untuk baby, pakaikan je baju biasa yang selalu dipakai dirumah, romper or jumper should be enough. Tak payah nak pakaikan anak dengan something yang fancy2, beropol, bermanik, berbunga, berjeans2 segala bagai. Ini akan merimaskan budak dan menyebabkan mereka menangis tak selesa. Ingat tu.

Pengalaman : Balik malaysia tempoh hari, kitorang pakaikan awra baju t-shirt dan seluar cotton je. Kitorang buat cam tu so that awra rasa as if macam dalam rumah je bila dlm kapal terbang nanti. Alhamdulillah, awra nampak selesa sepanjang 8 jam perjalanan pertama (glasgow-dubai), 3 jam transit dan 7 jam perjalanan ke 2 (dubai-malaysia). Tapi makesure bawak baju spare and jangan pakai satu baju tu je for the whole journey, kerapkan tukar baju to refresh your kids, or dlm kes awra, tumpahkan air. T_T

2. Kasut
Tips : bukak kasut masa dalam kapal terbang

Pengalaman : Yes, kitorang tak pakaikan awra kasut pon dalam kapal terbang sebab again, nak bagi awra selesa and feling like home. Bila awra nak turun dari seat, kitorang lepaskan je dengan berkaki ayam. Tapi most of the time, awra duduk berpangku or main2 atas seat, so mcm tak de la risau sangat kaki kotor ke hape. Kalau ragu2 dengan tahap bersih karpet kapal terbang, bawak kan la selipar/sandal. ok?

3. Boarding time
Tips : Untuk yang ada anak kecik, AMAT di galakkan untuk berlepas waktu malam.

Pengalaman : Dari glasgow ke malaysia, kitorang amik flight malam, around 8.25 pm cam tu. Walaupon awra tak tidur masa 1st flight, tapi second flight awra tido sepanjang masa. 1st flight tu tak tido mgkin pasal tgh excited + jakun jap ade dalam kapal terbang and dapat tengok kartun pakai headset. hehe. Tapi walaupun tak tidur, energy level tu still dlm kategori lemah sebab almost nap time kan, jadinya awra lebih banyak diam dan duduk je melekat kat ibu die. Dari malaysia nak balik ke glasgow plak, kitorang amik flight pagi, pukul 10. 30 pagi tak silap. Hasilnya, awra tak berapa tido dan awra BOSAN. Logikla kan bosan, tempat kecik, susah nak main, waktu pagi lak waktu yang peak aktif, sudahnya  awra moody tak dapat main. Frankly speaking, kitorang sangat exhausted masa ni sebab awra sikit2 ekkk...ookkk...ekkk.. dan memikirkan nak kena tempoh another 8 hours lagi lepas tu mmg sgt melemahkan mental. TAPI nasib baik, rezeki kitorg, dpt tido kat dubai free of charge sebab flight cancel keesokkan harinye. hehehhee. tuah badan jaga anak meragam dengan ikhlas la kotnye kan. =P

4. Foods
Tips : Bawak pelbagai jenis foods yang anak2 suke.

Pengalaman : kitorg terlupa bawak even seketul pon biskut untuk awra, awra melalak nak biskut, terpaksa mintak orang sebelah punya. hehehe. Actually foods sangat perlu untuk distract attention budak kecil, so bawak la sebanyak yang boleh supaya bila nangis je, ngapp kan masuk mulut. InsyaAllah diam. =)

5. Kerap tukar pampers
Tips : Tukar every 2-3 hours even tak basah sangat

Pengalaman : Kitorang memang kerap tukar pampers awra sebab nak bagi awra selesa to the max and also nak prevent dari bahagian bawah tu jadi merah. Kang kalau dah merah, sakit, lagi la anak cepat nangis dan meragam. kan?

6. Download favourite cartoon/movies
Tips : Standby dlm handphone/tab sebanyak boleh cartoons/movies yang anak2 suke

Pengalaman : Awra suka upin ipin, so kitorang dah standby siap2 berbelas2 siri upin ipin dlm hp and tab so that in case bosan tgk kartun dlm flight, boleh switch kepada 'kartun penyelamat'. hehe. selalunye kartun penyelamat ni kitorang keluarkan bile dah nak2 sampai (dlm 2 jam lagi) or dalam keadaan terdesak bile semua bende dah tak jalan nak bagi awra diam. hee

7. Ubat
Tips : standby ubatan asas, macam ubar demam, batuk, selesema dan paling penting, MINYAK TELON *atau minyak sapu yang lain*

Pengalaman : Ada sekali tu, tibe2 je badan awra panas dalam flight. Sgt tak jangka sebab awra sihat walafiaat je b4 this. Kitorang mintak ubat kat cabin crew and ubat hape tah yang die bagi yang sangat tak mesra kanak2 rasa die. Kalau tau, kitorang bawak Ibuprofen dalam bentuk sirap perisa strawberi yang awra suka sangat makan everytime demam tu. hehe. And satu lagi, flight terakhir kitorg balik sini, awra tibe2 plak sakit perot. Masa tu flight dah nak landing, awra pon tengah tidur. Entah cam mana awra tibe2 terjaga, and nangis sekuat hati and tak nak diam, dan bila pegang perut, keras. Sah! kembong. Cepat2 ayah awra amik minyak telon yang kitorang dah standby siap2 dalam beg pampers, and lepas sapu and gosok2 perot and belakang badan, awra teros muntah dan lega.Pfewww...teros diam dan..nasib baik dah nak keluar flight sebab bau muntah awra menusuk hidung semua org dlm flight tu. =P

8. Toys/book/sticker
Tips : Bawak serba sedikit mainan, preferable yang baru sebab budak2 kan memang suke + excited ngan bende baru. hehe

Pengalaman : awra suke sticker, jadi kitorang standby banyak set sticker yang colourful  untuk awra kopek dan tampal.

9. Selimut dan bantal
Tips : Ade kala suhu dlm kapal terbang agak sejuk, jadi bawak selimut yang selesa untuk anak. Bantal tambahan sangat membantu untuk anak tidur selesa dan lama.

Pengalaman : Kitorang bawakkan selimut untuk awra eventhough ade selimut disediakan. Selimut yang dibekalkan bermaterial agak kasar, so tak berapa comfy untuk budak kecil, jadi ada baiknya bawak blanket sendiri. Bantal pon kitorang bawak extra untku awra *bantal busuk awra tak kire* supaya masa awra tidur, kitorang sokongkan badan awra dengan bantal untuk bagi selesa dan lembut dan tak menyakitkan dua2 pihak, pihak yang memegang dan dipegang. Awra bawah 2 tahun, so tak dapat seat lagi. Bassinet (tempat tidur baby) pon tak dapat jugak sebab terlebih saiz. Jadi, awra di pegang setiap masa sepanjang long-haul journey ni. Jadi, amat penting bile awra tidur, diselesakan semaksima mungkin supaya tidur tu lama and berkualiti. =)

10. Bagi anak penat before boarding
Tips : Ini mmg tips yang common, tapi sangat penting. pastikan dorang lari sana lari sini kat airport supaya bila nak take off nanti, dorang doze off. hehe

Pengalaman : Awra selalunya akan tidur everytime kapal terbang nak naik and nak turun. Ni semua sebab kitorang sengaja bagi awra letih dengan main sakan masa kat airport. Satu yang bagusnya, bila dah tidur tak de lah awra rasa perubahan tekanan udara yang boleh sebabkan telinga sakit tu. Dan takde jugaklah awra meronta/menangis tak nak pakai seat belt nanti. *ye, awra benci seat belt*

11. Chew/hisap something masa take off and landing
Tips : kalau anak pakai puting, bagi puting. kalau breastfeed, direct feed baby masa ni, and kalau tak untuk2 kedua2nya, bagi makan something (lolipop ke? ) so that bebudak ni selalu menelan air liur dan ini akan bantu kurangkan pressure dlm telinga.

Pengalaman : awra penghisap puting yang tegar, jadi tak masalah kat sini.

Di klia. Konsep masa ni, redah je la nak..duduk atas lantai ke, berguling ke..ibu tak marah. Janji penat ye. hehe

Awra dah keluarkan buku sticker dah masa ni. Budak depan tu plak (baju pink) keluarkan belon bubble. Mak ayah die pon sediakn toys jugak. hehe

Kemahin lagi awra. *ibu awra duduk tersepit celah seat je time nih. sacrifise u!*


I guess that's all about it. Hopefully this entry is useful and beneficial to all of you.

Baiiii. =)




Ibu awra









1 comment: