Monday, 31 March 2014

Awra @ 20months

Hi,

Awra semakin hari semakin besar, semakin lain kerenahnya dari masa baby dulu. Dan ibu awra semakin hari semakin busy sampaikan nak tulis perkembangan anak dalam blog pun dah tak sempat. Arh..what a waste.
That's why i'm sooooo keen with instagram lately. hehe. Senang update progress awra through videos or photos sharing, then not only me boleh track back awra's development, all my clan pon can do so. Easyyy sgt. =P

Back to awra's story.

Dari segi bercakap, awra banyak bunyi baby lagi. Maka tak paham la sepatah haram pon kenkadang apa yang cuba nak awra sampaikan tu. Tapi ok jugak la, kadang2 dengar je awra sebut fevret words die macam, aduh *comel gile sebut ni, siap ekspresi muka kerut2 tau*, jatoh, kotor, cat, ayah, akak, atah *ok ni tak tau ape maksud*, oppa *nak cakap opah la kot sebab tgk upin ipin, bukan oppa gangnam style tu yeh. hiks!*, nak, dah, dan tah ape lagi la. and Yes, basically awra menyebut banyak ayat melayu walau konon dok oberseas kan, mungkin berpunca dari dok tgk upin ipin 24 jam. heheh. Anyway, i don't mind at all apa bahasa awra sebut pon, janjiiiiiii..boleh cakap. =P

Dari segi faham arahan plak, unlike bercakap, awra paham english command pulak lebih. *hamboihh!* Ala...tapi yg simple2 punya la, mcm throw ball, take your pillow *aka bantal busuk*, give me, where's ayah?, ayah in the toilet, ayah in the kitchen *nampak sgt kes sendiri tanya sendiri jawab..mihihi*, go outside *halau dari dapur ke ruang tamu..=P*, get into your coat *ni kes mak ayah nak feeling2 tido tanpa gangguan gituu*, you want 'bubu'? *bubu tu susu*, don't!, cannot, and tah hape2 lagi lah yg ibu awra bantai sebut...english tunggang langgang uolss..haruslah anak pening mak cakap ape kan..hihihi

Awra sekarang ade minat baru iaitu tengok cerita kartun 'Cloudy with a chance of meatballs' more than 4/5 kali sehari. Mungkin pasal kartun tu sempoi, colourful, ade monyet bercakap nama steve, tak bosan, bnyak aksi menyebabkan awra cukuppp tertarik nak tgk berulang kali tanpa jemu. Siap tau lagi kite bukak channel tv ke atau bukak kartun fevret die tu. Kadang2 cube gak distract attention awra from teringat kat kartun tu, hampeh....tak pernah berjaya. Kalau buat tak tau kang, die rela berguling 15 minit tak henti2 atas lantai sampai la org bukak kan. Haru betol...Dan tag line awra untuk suruh kite bukak kartun tu is, 'kiki' yang mereujuk kepada , monkey.. hiks!

Anyway, nak ditaip2 satu2 apa awra dah reti buat mcm rasanya takot ade yang kate, 'helehhh..cam la ko sorg ade anak...', or ade plak kate, 'anak aku pon reti buat jugak'.....or mungkin ade yg lain pulak pk, 'boringgg'...hee..so malaslah nak menaip panjang2. Lagipon...sebab dah selalu letak awra pny activities kat instagram, better not merapu lebih2 kat sini. Jimat my time jugak sebab i'm sooooo bz as a 2nd year student. Weheeee. Mark the 2nd year to hokey..kejap je dah masuk tahun 2 tau. i loikkeee sgt. =P

Wokey la. Ni pon curik masa jap buat post yang dari haritu terperap. Malas nak publish sebab rasa takde kepentingan disitu. hihi.

As penutup, layan sikit gambar2 awra sepanjang kat Malaysia tempoh hari. Ni gambar masa mak long awra kawen. Nanti mungkin boleh dipertimbangkan buat entry untuk kisah majlis kawen mak long awra. =)

Itu mak long awra. =P

Clingy habis masa minggu pertama kat malaysia. Jenuh berkepit. 

Family bahagia. hiks!

Tengok tu. Bukan boleh letak bawah, melalak je keje die. Takot org lagi masa ni. 

Sesi tunjuk awra pada jiran yang dari kecik dok bersama kat quarters balai bomba dulu. =)

Awra kepanasan, begitu juga kami. Masa ni baru 3 hari sampai malaysia. Tak tune lagi kulit tu dengan cuaca panas. hehe. =)

Awra dengan maksu cantik. Baju awra tu dah habis tipis dah ibu pakaikan tau. still....berpeluh tak hingat awra masa tu. =)

Budak konon omputih celop yang kepanasan mcm cacing. =P



Ok la...back to work. Baiiiiiiii. 

Ibu awra





Update for skin tag

Hi,

INI ENTRY YANG DAH DITAIP BERKURUN YANG LEPAS, SENGAJA TAK PUBLISH SEBAB TERLUPA TEKAN BUTANG PUBLISH..MIHIHI.. TAPI ATAS DEMAND DARI SEORANG READER, IOLSS PUBLISH TODAY OK. *perasan ade peminat jap, =P*

Semalam dah jumpa gp (general practitioner aka doctor) and she's reffering awra case to hospital. Good news is, that thing is not something to worried about. Bad news is, kene tunggu beberapa minggu sampai hospital panggil. Tsk! (ok, hospital dah panggil dah pon. hehehe)

Ok. Ini lumrah di uk. I redha. hehe

Anyway, according to doc, awra's skin tag is getting bigger because of good oxygen supply from the blood vessels. Means that, "die" hidup sihat walafiat kat bawah tu sebab cukup makan. X_X!

So doc ckp lagi, normally bende ni akan go off by itself. Caranya ialah, die mengembang tahap maks yang die boleh kembang, then meletop, berdarah, dan lepas tu shrink, and lepas tu tertanggal la kot. So kalau kes yg kena minor operation tu bila skin tag tu takde tunjuk tanda nak mengecut, in fact membesar je keje die, and budak plak semakin tak selesa and nangis2 sebab bende tu. *kes awra la ni* (ekceli kan...skin tag awra dah mengecut pon. dah back to normal. dah ok. dah elok. dah tak risau. heeee)

Hopefully awra punya dibuang teros through minor operation tu. Senang. Ngeri iolss nak tengok bende tu darah2 nanti. Dah la iolss ni spesis panik + cepat kelam kabut. Ibu doakan yang terbaik untuk awra ye. Amin... (doa ibu awra termakbul awal rasenye..awra ok dah now. alhamdulillah.......=))

Hellop! I'm a big girl now. =)


Ibu awra

Wednesday, 19 February 2014

Skin tag??

Hi,

So worried now. Cam ni, masa kat malaysia, kitorg perasan ada macam lebihan daging pada atas butthole awra. Agak besar, merah dan keras. Ok. Panik sangat, teros bawak pergi klinik.

Sampai klinik, masok jumpe doc perempuan yg agak berumur. Bila tunjuk kat die, ayat yg die ckp ialah, "oh..ni normal". Gulp! Malu gile kot masa tu. As if ibu bapa yang terok je rasanya sebab terconcern pasal benda yang so-called "normal". Ok, dengan muka malu dan terkujat2, keluar bilik doc dan still, rasa malu. Cis!!

Tapi, instinct seorang ibu tu selalunya betol. I mean, walaupon lepas consult doc tu, hati ibu awra still tak tenteram. Sebab, bende tu cam tak normal. And rasanya macam dulu takde pon kat awra. Nak kate tak perasan bende tu wujud, tak mungkin sebab i'm sooooo concern anything about awra. Luke segaris kecik kat mana2 badan awra pon I tau u know...let alone segala lebam, benjol, kuku terkopek, bintat, atau ape saje yang nampak lain, semua in my head. So...i knew, there must be something tak kena dgn bende tu. hurm..

To make my instinct more reasonable is that, awra akan menangis everytime bende tu dipegang. And she always always show sign of uncomfortable and maybe, pain, when it's time for nappy change. Not only that, awra akan kepit kaki die sekuat yang boleh so that we wont touch around that lumpy area. She looked so traumatized everytime nak tukar pampers and guess what, it traumatized me too. =(

So I asked my friend here, whom a doctor, and she said, that thingy looked inflamed, and better seek doc asap. And as i showed her the pic of "that", she frowned and said, if she were the doc *to decide*, she'll opt for "buang" aka minor operation. Oh tuhan.....i'm so sad. i knew it's something unusual. Poor little awra. =(

So tomorrow, we had appointment with gp. Hopefully they'll sort something to get that thing off from awra. Anything that make things better, please please, do so. I'm really looking foward to it. To be honest, I can barely wait for any minutes anymore to see awra away from the pain. I just hope that they found it serious, and react fast. *pepaham la kat uk ni, everything kena terok baru dilayan*

Anyway, we'll see how tomorrow brings. Hopefully a brighter one. Amin.

-a sad mom-




Tuesday, 18 February 2014

Tv baru

Hi,

Dari dulu lagi memang plan nak beli tv baru kat rumah ni. Awra conquer habis tv tu uolss. Pagi ke petang bukak kartun je, haruslah ibu ayah awra stress tak dapat tukar tgk channel lain. Solution terbaik, beli tv lain. Sonang. Tutup cerita. hehe

So....today kami ada tv baru dirumah. Yippiee. Flat screen 32 inch brand sharp.

*kemain detail ko. motif??*

heee.

Anyway, tv ni apart from untuk tgk channel lain, plan utamanya adalah untuk bagi ayah awra guna buat main game nanti. So, boleh la ayah awra hilang sikit bosan dok rumah jaga awra. Awra lately dah pandai main sendiri. Jadi die tak rely sgt kat ayah die nak dok entertain die 24 hours. In fact malam2 bila ibu awra ada pon, die buat hal sendiri je kat ruang tamu tu. Either tgk tv or main2 dgn toys. Sometimes je la die carik parents die ni, tu pon sebab nak coklat, takpon nak gula2-tictac-perisa-stoberi-atas-peti ais-ibu-sorok, takpon nak pisang-bukan-nak-makan-tapi-nak-kopek-kulit-je-then-picit-dan-buang, takpon nak air-apa2-jenis-tak-kisah-janji-letak-dalam-cawan-ada-sudu. T_T!

Bercakap pasal tv balik, kitorg decide untuk letak dlm bilik je so that mudah nak tgk once dah malam2 nanti. Takde la kena duduk kat luar sorang2, sejuk2 and agak takot. hehe. *ni kes ibu awra la ni*

Dan now dah test tgk dah pakai tv tu, semua nampak ok. Gambar cantik, suara pon jelas. Satu je tak ok, awra. Belom ape2, diketuknye screen tv tu guna batang plastic yang tah mane2 dikutipnya. Sakit jantung iolss jap tau. Awra ni kan, saje je tau buat ibu neves. Pasni jangan terlangkup dah la tv tu dikerjakan. Nak mount kat dinding, jenuh plak nak bergerudi segala bagai. Alat pon tak de nak gerudi2 ni. Harap2 takde la insiden2 pelik berlaku lagi lepas ni. Ok awra? =P

Ada chance tv ni pon si ketot ni conquer jugak. *pasrah*
 


Ibu awra











Monday, 17 February 2014

Ngantuknyee

Hi,

Ngantuk ya ampun ibu awra kat school hari ni. Mata mcm ade gam u. Tensen betol. Mood study aka buat first year report tgh berkobar, tapi..tapi...mata lak tak cooperate. hehe. Ok tak alasan ni?

Ckp pasal mata, haritu tertangkap gambar mata awra dengan keadaan bulu mata yg cantik melentik. Suke tgk. Kemahin bulu mata lentik2 cam ayah awra. Persamaan yang jelas nyata sebab due2 kuat nangis masa kecik. Kena la tu anak ayah ni. hiks!

Lentikkan?? Mind the comot ye. Hehe

Wee...nak balik la. Ngantuk merapu dah ni. Hehe


Ibu awra

Friday, 14 February 2014

Tips melawaskan perot

Hi,

Lately kesedaran untuk 'mengosongkan' perot setiap hari bagi tujuan detox badan dari segala toksin sangat membara2. Nak sihat satu hal, nak cergaskan badan pon satu hal. Satu hal lagi, badan cepat sangat masok angin dan perot asyik sebu je. Bila angin dalam badan banyak, mula la kepala pon sakit. Dan setelah diteliti segala sudut, jarang buang air besar ialah punca utama kenapa semua2 yang dilistkan tu jadi. *untuk ibu awra pny kes la, uolss ibu awra tak pasti plak ye. =P*

Jadi, setelah ibu awra praktikkan sendiri tips yang nak dikongsi ni selama 3 hari berturut2 dan kesannya sangat la impressive, hehe, what can i say is that my body feels sooo much better u! Membuang hari2 sangatlah bagos dan perot pon tak sebu dah macam selalu. Dan untuk spesis manusia susah 'membuang' like me, tips ni sangat berkesan. hiks!

So, what you guys should do is just minum susu panas setiap pagi. That's all! =)

InsyaAllah, perot akan memulas tak lama lepas minum susu tu *in my case, 2 minit. seyes! =)* dan segala kumbahan yang tak diperlukan dikeluarkan dengan sangat lancar dan lawas. Jadi, takda la najis tu duduk lama-lama dalam badan. Dalam erti kata mudah, 'membuang' hari-hari adalah part of detox badan secara semulajadi yang sangat bagus dan berkesan, and cost-free. hehe

Opss lupe..kot ade terfikir susu apa yang sesuai, erm...as for me, minum susu segar je. Sorry le uolss, bukan belagak, sini susu murah. £1 dapat 1 liter. Tapi rasenye susu tepung pon shouldn't be a problem. As long as ade unsur lactose and susu tu dipanaskan. InsyaAllah mujarab. Hokey! =)
"dah baca kan blog ibu kite? ok baiiiiii"

Tu je. hehe. Sekian.


Ibu awra

Sunday, 9 February 2014

Tips bawa anak naik kapal terbang untuk tempoh yang panjang

Hi,

Ibu awra nak kongsi tips naik kapal terbang untuk mereka-mereka yang ada anak kecil today. Tips ni especially untuk flight yang amik masa lama dan panjang (6 jam ke atas), atau bak kate omputih, long-haul flight. hehe

Tips2 nya ialah :

1. Pakaian.
Tips :  pakaikan anak kite tu dengan pakaian yang selesa. Untuk baby, pakaikan je baju biasa yang selalu dipakai dirumah, romper or jumper should be enough. Tak payah nak pakaikan anak dengan something yang fancy2, beropol, bermanik, berbunga, berjeans2 segala bagai. Ini akan merimaskan budak dan menyebabkan mereka menangis tak selesa. Ingat tu.

Pengalaman : Balik malaysia tempoh hari, kitorang pakaikan awra baju t-shirt dan seluar cotton je. Kitorang buat cam tu so that awra rasa as if macam dalam rumah je bila dlm kapal terbang nanti. Alhamdulillah, awra nampak selesa sepanjang 8 jam perjalanan pertama (glasgow-dubai), 3 jam transit dan 7 jam perjalanan ke 2 (dubai-malaysia). Tapi makesure bawak baju spare and jangan pakai satu baju tu je for the whole journey, kerapkan tukar baju to refresh your kids, or dlm kes awra, tumpahkan air. T_T

2. Kasut
Tips : bukak kasut masa dalam kapal terbang

Pengalaman : Yes, kitorang tak pakaikan awra kasut pon dalam kapal terbang sebab again, nak bagi awra selesa and feling like home. Bila awra nak turun dari seat, kitorang lepaskan je dengan berkaki ayam. Tapi most of the time, awra duduk berpangku or main2 atas seat, so mcm tak de la risau sangat kaki kotor ke hape. Kalau ragu2 dengan tahap bersih karpet kapal terbang, bawak kan la selipar/sandal. ok?

3. Boarding time
Tips : Untuk yang ada anak kecik, AMAT di galakkan untuk berlepas waktu malam.

Pengalaman : Dari glasgow ke malaysia, kitorang amik flight malam, around 8.25 pm cam tu. Walaupon awra tak tidur masa 1st flight, tapi second flight awra tido sepanjang masa. 1st flight tu tak tido mgkin pasal tgh excited + jakun jap ade dalam kapal terbang and dapat tengok kartun pakai headset. hehe. Tapi walaupun tak tidur, energy level tu still dlm kategori lemah sebab almost nap time kan, jadinya awra lebih banyak diam dan duduk je melekat kat ibu die. Dari malaysia nak balik ke glasgow plak, kitorang amik flight pagi, pukul 10. 30 pagi tak silap. Hasilnya, awra tak berapa tido dan awra BOSAN. Logikla kan bosan, tempat kecik, susah nak main, waktu pagi lak waktu yang peak aktif, sudahnya  awra moody tak dapat main. Frankly speaking, kitorang sangat exhausted masa ni sebab awra sikit2 ekkk...ookkk...ekkk.. dan memikirkan nak kena tempoh another 8 hours lagi lepas tu mmg sgt melemahkan mental. TAPI nasib baik, rezeki kitorg, dpt tido kat dubai free of charge sebab flight cancel keesokkan harinye. hehehhee. tuah badan jaga anak meragam dengan ikhlas la kotnye kan. =P

4. Foods
Tips : Bawak pelbagai jenis foods yang anak2 suke.

Pengalaman : kitorg terlupa bawak even seketul pon biskut untuk awra, awra melalak nak biskut, terpaksa mintak orang sebelah punya. hehehe. Actually foods sangat perlu untuk distract attention budak kecil, so bawak la sebanyak yang boleh supaya bila nangis je, ngapp kan masuk mulut. InsyaAllah diam. =)

5. Kerap tukar pampers
Tips : Tukar every 2-3 hours even tak basah sangat

Pengalaman : Kitorang memang kerap tukar pampers awra sebab nak bagi awra selesa to the max and also nak prevent dari bahagian bawah tu jadi merah. Kang kalau dah merah, sakit, lagi la anak cepat nangis dan meragam. kan?

6. Download favourite cartoon/movies
Tips : Standby dlm handphone/tab sebanyak boleh cartoons/movies yang anak2 suke

Pengalaman : Awra suka upin ipin, so kitorang dah standby siap2 berbelas2 siri upin ipin dlm hp and tab so that in case bosan tgk kartun dlm flight, boleh switch kepada 'kartun penyelamat'. hehe. selalunye kartun penyelamat ni kitorang keluarkan bile dah nak2 sampai (dlm 2 jam lagi) or dalam keadaan terdesak bile semua bende dah tak jalan nak bagi awra diam. hee

7. Ubat
Tips : standby ubatan asas, macam ubar demam, batuk, selesema dan paling penting, MINYAK TELON *atau minyak sapu yang lain*

Pengalaman : Ada sekali tu, tibe2 je badan awra panas dalam flight. Sgt tak jangka sebab awra sihat walafiaat je b4 this. Kitorang mintak ubat kat cabin crew and ubat hape tah yang die bagi yang sangat tak mesra kanak2 rasa die. Kalau tau, kitorang bawak Ibuprofen dalam bentuk sirap perisa strawberi yang awra suka sangat makan everytime demam tu. hehe. And satu lagi, flight terakhir kitorg balik sini, awra tibe2 plak sakit perot. Masa tu flight dah nak landing, awra pon tengah tidur. Entah cam mana awra tibe2 terjaga, and nangis sekuat hati and tak nak diam, dan bila pegang perut, keras. Sah! kembong. Cepat2 ayah awra amik minyak telon yang kitorang dah standby siap2 dalam beg pampers, and lepas sapu and gosok2 perot and belakang badan, awra teros muntah dan lega.Pfewww...teros diam dan..nasib baik dah nak keluar flight sebab bau muntah awra menusuk hidung semua org dlm flight tu. =P

8. Toys/book/sticker
Tips : Bawak serba sedikit mainan, preferable yang baru sebab budak2 kan memang suke + excited ngan bende baru. hehe

Pengalaman : awra suke sticker, jadi kitorang standby banyak set sticker yang colourful  untuk awra kopek dan tampal.

9. Selimut dan bantal
Tips : Ade kala suhu dlm kapal terbang agak sejuk, jadi bawak selimut yang selesa untuk anak. Bantal tambahan sangat membantu untuk anak tidur selesa dan lama.

Pengalaman : Kitorang bawakkan selimut untuk awra eventhough ade selimut disediakan. Selimut yang dibekalkan bermaterial agak kasar, so tak berapa comfy untuk budak kecil, jadi ada baiknya bawak blanket sendiri. Bantal pon kitorang bawak extra untku awra *bantal busuk awra tak kire* supaya masa awra tidur, kitorang sokongkan badan awra dengan bantal untuk bagi selesa dan lembut dan tak menyakitkan dua2 pihak, pihak yang memegang dan dipegang. Awra bawah 2 tahun, so tak dapat seat lagi. Bassinet (tempat tidur baby) pon tak dapat jugak sebab terlebih saiz. Jadi, awra di pegang setiap masa sepanjang long-haul journey ni. Jadi, amat penting bile awra tidur, diselesakan semaksima mungkin supaya tidur tu lama and berkualiti. =)

10. Bagi anak penat before boarding
Tips : Ini mmg tips yang common, tapi sangat penting. pastikan dorang lari sana lari sini kat airport supaya bila nak take off nanti, dorang doze off. hehe

Pengalaman : Awra selalunya akan tidur everytime kapal terbang nak naik and nak turun. Ni semua sebab kitorang sengaja bagi awra letih dengan main sakan masa kat airport. Satu yang bagusnya, bila dah tidur tak de lah awra rasa perubahan tekanan udara yang boleh sebabkan telinga sakit tu. Dan takde jugaklah awra meronta/menangis tak nak pakai seat belt nanti. *ye, awra benci seat belt*

11. Chew/hisap something masa take off and landing
Tips : kalau anak pakai puting, bagi puting. kalau breastfeed, direct feed baby masa ni, and kalau tak untuk2 kedua2nya, bagi makan something (lolipop ke? ) so that bebudak ni selalu menelan air liur dan ini akan bantu kurangkan pressure dlm telinga.

Pengalaman : awra penghisap puting yang tegar, jadi tak masalah kat sini.

Di klia. Konsep masa ni, redah je la nak..duduk atas lantai ke, berguling ke..ibu tak marah. Janji penat ye. hehe

Awra dah keluarkan buku sticker dah masa ni. Budak depan tu plak (baju pink) keluarkan belon bubble. Mak ayah die pon sediakn toys jugak. hehe

Kemahin lagi awra. *ibu awra duduk tersepit celah seat je time nih. sacrifise u!*


I guess that's all about it. Hopefully this entry is useful and beneficial to all of you.

Baiiii. =)




Ibu awra