Hi,
Ramai tanya ibu pasal sambung belajar luar negara. Erm..Nak explain mmg panjang, tapi to make it clear, ibu just highlight mana yang penting je dulu.. So kalau still vague, just ask ok. =P
To cut it short, listed below are the major things yang perlu dan akan dilalui to anyone yang ada intention nak sambung study overseas.
1. Dapatkan biasiswa
2. Buat research proposal
3. Cari supervisor (sv)
4. Hantar permohonan ke university pilihan
5. Sit for IELTS
6. BTN
7. Mohon Visa
In term of biasiswa, ade 2 jenis iaitu tajaan dan pinjaman. Untuk tajaan, kalau sape2 nak berkhidmat as pensyarah (mcm kes ibu), dapatkan tempat di mana2 universiti tempatan yang berminat, then KPT dan universiti kita tu akan taja pengajian kita nanti. So kita akan bonded dengan dorg la dlm 5 ke 6 tahun cam tu and semestinya sesen pon tak payah bayar balik UNLESS gagal (nauzubillah mintak dijauhkan). Kalau Mara plak, dia bagi pinjaman and tak bonded. So kita bebas carik keje lain once habis study nanti. Downside die plak, of course kena bayar balik, tapi tak semua lah nilai yang dah diberi pinjam tu..ade percentage die. Another downside mara, unlike kpt, mara tak cover living allowance untuk spouse and kids. So kalau nak bawak jugak to those yang dah berfamily, guna duit sendiri ye.
Research proposal plak kena buat for the sake untuk apply ke u yang kita nak and also requirement by our scholars. Em..ade 2 cara untuk buat research proposal, sama ada kita yang tentukan tajuk and objective research atau kita tanya sv (kalau dah dapat) pasal tajuk yang die ada. Sometimes dorg dah ada geran projek, that's y kalau kes macm ni, kita boleh guna tajuk yang die bagi and kalau lagi untung, dorg yang akan providekan research proposal tu untuk kita. So bila kpt or mara mintak research proposal kita nanti, terus bagi je. Senang. Tapi ni kes yang rare la. Normally mmg kena perah otak nak membuat research proposal tu sebab mcm biasalah content die kena ade introduction, rational kajian, literature review, methodology (yg simple2 je) and of course, objective kajian. As ibu cakap just the brief one, so 5 to 6 pages should be enough. Ok? =)
Untuk dapatkan sv plak, cara terbaik ialah approach ramai potential sv through email. Bagitau background kita, and cakap kat die yang kite interested nak further study under supervise die, and tanya die ok ke tak untuk accept kita as student die berdasarkan research yang kita nak buat tu. So makesure attach skali cv and research proposal masa approach dorang k. So bila dah dapat feedbacks yang positive, choose the right person yang kita rasa paling ngam la ngn jiwa kita, hihi..then boleh lah ke peringkat seterusnya, iaitu..hantar permohonan ke university pilihan. Ok before that ada satu peringatan penting, ade orang rasa pilih universiti lebih penting dari pilih sv, maksudnya, katakan die nak sangat pergi universiti A, tapi sv yang paling bagus ada kat universiti B, so pilihan yang paling bijak adalah memilih universiti B berbanding A kerana faktor penentu kejayaan kita nanti bukan universiti yang kita pilih, tapi sv yang kta pilih. Jadi kalau kita dapat sv yang bagus, yang sangat dedicated and work hard untuk tolong kita berjaya, insyaAllah kita dapat habis study dengan jayanya dengan izin Allah swt. Tapi kalau dapat sv yang ala kadar je layan kita, kemungkinan untuk sangkut study adalah sangat besar. Jadi kalau dah decide siapa sv kita nanti, hantar application ke universiti tu via online application. Perkara wajib ada masa nak apply ni of course lah academic certificates and 2 orang refferes(afdhal amik lecturer yang kenal kita inside out). Selalunya, kalau permohonan kita tak lengkap, tapi sebab kita layak untuk dapat tempat di university tu, university akan keluarkan conditional offer letter which means tawaran bersyarat, so ada beberapa perkara lagi yang perlu kita bereskan. And once dah complete nanti barulah tawaran kita akan berubah kepada unconditional offer letter yang juga bermaksud, kita dah diterima sepenuhnya untuk belajar di university tersebut dan boleh lapor diri berdasarkan start date yang diberi. Untuk master, start date slalunya september, and untuk Phd, normally anytime boleh start, bergantung kepada university. =P
Ok, IELTS plak. IELTS ni macam muet la, tapi versi susah kaw kaw punya. hehe. Antara sebab kita dapat conditional offer ialah pasal tak amik IELTS lagi. IELTS ni ade 4 components, writing, speaking, listening and reading. Score untuk setiap component start from 1(lowest) to 9 (highest). So untuk kebanyakkan university kat uk ni, dorang nak average score 6.5 and above, and some universities not only nak 6.5 and above, tapi each components tak boleh plak score below 6. If let say kita still dapat 6.5, tapi one of the component kita kantoi dapat 5.5, makanya IELTS kite tu dikira tak layak ye. Tapi kalau kita still insist nak jugak pergi u tu, tawaran kita akan still jadi conditional which is kita kena attend english class kat university tu nanti and undergo dorang punya assessment kat sana nanti. Leceh sikit la. Ok, by the way IELTS ni sangat mahal yuran die, masa ibu dulu tak silap RM590. Ade 2 tempat yang buat IELTS, either IDP or british council. Ibu amik kat british council (depan ngan klcc, dekat wisma selangor dredging) and alhamdulillah sekali amik je dah lulus. Jangan terkejut plak kalau ade orang sampai 3/4 kali amik tak lulus2 sebab seriusly susah. Dan bare in mind baik2, untuk repeat test kena bayar the same amount macam masa 1st test. No discount, and tak boleh repeat on certain component only, kena re-sit the whole components again. Worse kan! So makesure betul2 ready baru sit for IELTS ok. =P
Ok part BTN ni ibu ringkaskan as satu kursus yang dijalankan di akademi kenegeraan jalan bellamy (belakang istana negara) selama 5 hari 4 malam. Kursus ni WAJIB untuk sape2 yang nak further study overseas, tak kira tajaan kpt atau mara, both wajib attend. Tanpa BTN, tak boleh fly. Modul btn disini tak la mcm yang masuk hutan tu, sempoi sangat and best sebab dapat bilik sorang satu beraircond. Hehe. Mostly dengar ceramah, dan buat aktiviti berkumpulan. Motif utama untuk naikkan semangat patriotik kita dan nak tanam sikap sayangkan negara. =)
Lastly is buat visa. Ok buat visa ni adalah perkara paling rumit sekali dan paling memeningkan kepala. Cost untuk seorang masa ibu buat awal tahun hari tu ialah RM1474. So bayangkan lah cost untuk kitorg anak beranak, 5k jugak la. Borang visa kita kena isi online, dan once dah buat payment (pakai kredit kad sahaja), kita kena set tarikh appointment untuk datang ke visa centre di wisma mca jalan ampang untuk hantar permohonan online kita tadi yang telah diprint out. To be honest, pengalaman buat visa adalah yang paling mengerikan sebab kalau permohonan kita ditolak, duit kita kira burn dan kita kena re-apply sekali lagi dan bayar sekali lagi nilai yang sama tu. Dokumen yang diperlukan untuk proses visa pon sangat lah rumit, macam sijil nikah dan surat beranak anak kena ditranslatekan ke English dan bukan boleh sembarangan orang yang translate. Ibu pergi ke mahkamah bangi, suruh translator mahkhamah buat, satu sijil RM 40. Tahun ni jugak, satu rules baru diperkenalkan iaitu kena ada tb test result. Tb test ni hanya boleh buat di tempat yang pihak embassy uk senaraikan sahaja, dan ibu pilih untuk buat di Life Care pantai dan bayaran untuk tb test ni plk, RM220 seorang. Tb test ni die buat x-ray je, so untuk awra, takde x-ray, dr hanya tanya awra ada batuk ke tak. Dan bayaran awra tetap sama dengan kitorg, walaupun sekadar satu soklan je yang ditanya pasal awra. Isk...Isk...Tah pape betol. Ok, nak buat visa kena ada gambar. Mcam gambar passport, tapi background putih dan banyak sikit songeh die mcm tak boleh senyum, kena bukak spec, tudung tak boleh tutup dahi, buat aksi muka natural, and kalau budak plak, kalau yang masih baby tu, masa pegang die tak boleh nampak tangan kat sekitar leher budak tu. Ah..cerewet tol. Ayah amik gambar dua kali sebab gambar first tu nampak macm muka ayah smirking skit, so daripada amik risky visa kena reject pasal gambar je, better la tangkap gambar baru. Oh, one more thing, untuk sape2 yang amik course engineering mcm ibu ni, masa apply visa kena ada ATAS certificate. Menatang ni plak kena apply kalau boleh sbeulan before nak buat visa sebab makan masa lama nak proses. NAk apply ATAS ni kena pergi kat laman web khas die and isi form yang ada. Form yang nak diisi tu same susahnye macm form application visa, berbelit2 soklan dia. Ibu stress betol masa isi 2 2 form ni, soalan yang sama asik diulang2 dan kadang2 tu tak paham langsung apa yang ditanya. Tapi alhamdulillah, permohonan ATAS ibu lulus dengan sekali mohon je. Oh, btw ATAS ni hanya boleh dimohon bila university kita dah keluarkan unconditional offer letter, sebab dlm offer letter tu ada CAS number. CAS number ni ialah unique code yang akan digunakan untuk mohon ATAS dan masa mohon visa. Senang cerita, bila kita dah ada CAS number, semua data kita dah direkodkan oleh university kita, so mudah la untuk pihak embassy trace permohonan kita nanti sebab semua details dah ada dalam tu. Dan reason kena mohon ATAS ni ialah dorg nak pantau apa kajian yang kita buat, for the sake untuk elak kita ni sebenarnye datang uk nak belajar buat bomb atau apa2 yang berkaitan dengan senjata. Memgarut sungguh kan dorg ni. Hehe..So, once visa kita berjaya, boleh la mula shopping beg and barang2 nak dibawak ke overseas sebab kita mmg kompom dah la akan fly. hehe
Panjangnye. Huhu. Ok lah, ade pape hal yang nak tau lagi, tanya je k wahai kengkawan semua. =)
Ibu