Sunday 14 July 2013

Awra is one

Hi,

8 julai hari tu, awra genap berusia setahun. Cepat btol masa berlalu, terasa awra masih bby lg n baru je dilahirkan.  Masih segar lg sakit bersalinkan awra. Terasa lagi segala jerit perih kepayahan berpantang, saat2 awra kena jaundice and keluar masuk hospital, saat2 menjaga awra sendirian kat rumah masa ayah pergi kerja, dan yang pasti saat2 bersengkang mata jaga awra yang adakalanya meragam sambil dalam masa yang sama selesaikan urusan sambung phd luar negara yang mcm2 hal ni. But all of sudden....hari ni awra dah besar rupenye. Dah bijak, dah berjalan, berlari..dan soon akan mula bercakap. Alahai.... :)

Ahad lepas ibu buat birthday party kecil2an untuk awra. Ikotkan sebenar, hari jadi awra jatuh hari isnin, tapi sebab takot susahkan org nak datang, so ibu decide buat hari ahad je lah. Basically, just panggil beberapa keluarga terdekat je. Ikot hati nak jmput semua org malaysia kt glasgow ni dtg rumah, tp sebb periuk nk masak tk berapa besar, so tk ramai la dpt jmput. Menunye ialah bakso ayam, begedil dan ayam madu berempah. Semuanya ibu buat sendiri kecuali kek, beli kat asda (kalau boleh nk buat kek sendiri gak, tp oven rosak, so jawabnye beli je la. Hee)

Party start pukul 6 ptg dan habis pukul 10.30 malam. Lame kan? Huhuhu. Mmg lame, tp seronok sebab dpt borak2 ngn kengkawan yg dtg n awra pon dpt bermain sakan dengan budak2 kecik lain. Mmg meriah la bebudak ni main, dah rupe nursery pon ade rumah kitorg masa tu. Awra yg kenit baru dpt kaki ni pon tak beragak jgk main. Konon ingat dah besar, siap berebut barang ngn abg2 or kakak yg dtg. Paling tak menahan sibuk jugak awra nak join sekaki main khemah. Ibu ada belikan awra khemah baru2 ni, harga 3 pound je kat carboot. So khemah tu mmg sgt la jadi kesukaan bebudak ni main, keluar masuk khemah je keje dorg. Kenkadang dgr la suara budak nangis tersepit tak boleh keluar sebb dah ramai2 pergi bersendat dlm tu..dan kompom2 la yg tersepit tu awra. Dan ibu la penyelamat awra bile dah tersepit ramai2 cm tu. Heee

Erm..gambar masa party birthday tu tak banyak pon ibu tangkap. Sebab ibu lupe letak hp kat mana n last2 bile dah nak habis majlis, baru tau hp ade dalam poket je rupenye. Hampeh btol. Kenapa tak gune kamere instead of hp? Sebabnye..ibu pon tak tau. hehe. Actually lame dah tak gune kamere. mcm malas lak nak bertransfer gambar kat latop baru leh letak lam facebook or blog. That's why ibu prefer gune hp. Mudah dan cepat. =)

Sedikit sebanyak pasal awra yang dah setahun ni, erm..ibu boleh katekan yang she's still the same awra. Nangis n merengek are the two common things that she loves the most. Tapi of course la awra now is much better person than before. Like more lasak, more cheeky and more funny. ihihi. Now, awra dah mula kenal barang bile kite appoint die suruh amik or tanya die mana barang tu. Not all stuff la die kenal, tapi yang die cam sangat ialah patung girrafe and puppy. Kalau bende tu hidden pon, die akan tau mana nak carik and kalau bende tu dalam bakul, die akan punggah bakul tu untuk dapatkan patung yang wanted itu. hehe. One more thing is, awra sekarang sangat suke cakap gune bahasa pingu dan kalau tak pon, die akan cakap "ta" untuk berinteract dengan ibu ayah. Contohnye kalau die kat bilik air tengah mandi and ayah tinggalkan kejap pergi amik towel, dengar la suara kecik lantang die tu terjerit2, "taaa...taa.! taaa...taaaa!". Actually awra reti je sebut ayah, tapi kadang2 die lebih selesa gune "ta" instead of ayah. Sekarang ni awra panggil susu die as "bubu". Kalau die nak susu, die akan cakap "bu..bu.." dengan mulut muncung dan ala2 separuh nangis cam tu. Mungkin jugak awra refer "bubu" die tu as ibu, tapi ibu tengok mcm tak je..sebab mostly ckp bubu bile haus je. =P

Oh satu lagi, awra sekarang mmg amat pandai bukak mesin basuh. Kalau datang dapur, mesin basuh tu yang die paling suke main. Bukak mesin basuh tu satu hal, siap jenguk masuk kepala plak dalam tu. Kengkonon hajarulaswad la..hehe. Dan paling tak tahan, die suke gigit2 getah yang ada kat muka mesin basuh tu. Mesin basuh kat umah ni jenis yang pintu bulat kat depan tu, so mmg reachable untuk budak kecik macm ni. Selain suke gigit, awra suke gak masukkan ape saje yang die pegang ke dalam mesin basuh tu. Kadang2 die masukkan bantal, puting, sudu, giraffe..dan pernah one time, awra masukkan cawan kaca dalam tu. Dan bertambah best bile ayah tak perasan ade cawan and masukkan terus baju kotor dlm tu, and bile dah on mesin tu, dengar bunyi gedang gedung dlm mesin basuh. Ibu dah agak dah mesti kerja awra la ni, and bile punggah balik semua baju keluar, kompom kerja budak kecik tu! Haish..nasib baik belom ke tahap spin ata rinse lagi. Kalau tak mahu berderai kaca dalam baju2 tu. Awra..awra...

Erm..Oh. baru terngat, awra sekarang dah pandai paham arahan. Contoh kalau ibu cakap, "awra..bobom"..nanti perlahan2 die akan baringkan badan atas lantai. Kalau cakap "allahuakbar" plak, die akan buat gaya sujud. Ni kire tiru gaya sembahyang la ni. Tapi sujud awra lain sikit la, ala2 meniarap je gayenye. Dan kalau suruh kiss pipi, awra akan dekatkan muke die kat kite untuk dicium, dan kalau suruh salam, awra akan amik tangan kita dan cium gune mulut yang melopong. Habis melekat air liur semua. hehehe

So far tu je la kot yang terbaru pasal awra. Memandangkan awra dah setahun, banyak la jugak suara2 kedengaran untuk suruh bagi awra adik. Erm..hehe. Ikot hati mmg nak sangat mengandung lagi, tapi rasa2nya mcm tak sesuai je la dengan keadaan sekarang. Takpelah, tahun akhir kat sini nanti boleh cube kot. Eh? hiks!

All in all, ibu nak awra tau yang ibu syg sangat dekat awra. Ayah pon sama jugak. Kitorg sayang sgt kat awra dan selalu doakan untuk kebaikan awra di dunia dan ahirat. Semoga awra jadi anak solehah, sihat selalu dan tak kuat nangis lagi. thehe. Love u montel. =)

Kek smarties - awra suke makan smarties, so ibu pilih kek ni untuk awra. Nama tu ibu yang buat sendiri gune icing beli kat asda, hodoh betul. =P

Awra geram tengok kek, sebenarnye bukan kek, tapi lilin2 tu. Sibok nak amik sampai mengamok2 sebab tak dapat.

Tetamu yang paling awal dtg. Family miza and kak nurul. =)

Tengok lah tu, berebut doll dengan kak iris. Doll tu kakak iris punya, awra berkenan sungguh. Pantang kakak iris terleka, awra kompom amik. Hadoilah...Kena carik satu la lepas ni. 

Ni plak antara tetamu akhir dtg, family rozaand family Dr. linda (takde dlm gambar). Family kak nurul masih ada lagi sebab dorg duduk bawah rumah kitorg je. Tak kisah duduk lelame.

Terima kasih banyak kat tetamu yang dtg, terutama dekat Kak Tirza yang susah payah dtg walaupon tengah puasa. Datang jalan kaki plak tu. Isk. Ralat betol lah terlupa bagi sup bakso untuk Kak Tirza tapau buat buka. Sorry kak! =P

Till then. Bye...=)



No comments:

Post a Comment