Monday 22 July 2013

Sambung belajar luar negara

Hi,

Ramai tanya ibu pasal sambung belajar luar negara. Erm..Nak explain mmg panjang, tapi to make it clear, ibu just highlight mana yang penting je dulu.. So kalau still vague, just ask ok. =P

To cut it short, listed below are the major things yang perlu dan akan dilalui to anyone yang ada intention  nak sambung study overseas.

1. Dapatkan biasiswa
2. Buat research proposal
3. Cari supervisor (sv)
4. Hantar permohonan ke university pilihan
5. Sit for IELTS
6. BTN
7. Mohon Visa

In term of biasiswa, ade 2 jenis iaitu tajaan dan pinjaman. Untuk tajaan, kalau sape2 nak berkhidmat as pensyarah (mcm kes ibu), dapatkan tempat di mana2 universiti tempatan yang berminat, then KPT dan universiti kita tu akan taja pengajian kita nanti. So kita akan bonded dengan dorg la dlm 5 ke 6 tahun cam tu and semestinya sesen pon tak payah bayar balik UNLESS gagal (nauzubillah mintak dijauhkan). Kalau Mara plak, dia bagi pinjaman and tak bonded. So kita bebas carik keje lain once habis study nanti.  Downside die plak, of course kena bayar balik, tapi tak semua lah nilai yang dah diberi pinjam tu..ade percentage die. Another downside mara, unlike kpt, mara tak cover living allowance untuk spouse and kids. So kalau nak bawak jugak to those yang dah berfamily, guna duit sendiri ye.

Research proposal plak kena buat for the sake untuk apply ke u yang kita nak and also requirement by our scholars. Em..ade 2 cara untuk buat research proposal, sama ada kita yang tentukan tajuk and objective research atau kita tanya sv (kalau dah dapat) pasal tajuk yang die ada. Sometimes dorg dah ada geran projek, that's y kalau kes macm ni, kita boleh guna tajuk yang die bagi and kalau lagi untung, dorg yang akan providekan research proposal tu untuk kita. So bila kpt or mara mintak research proposal kita nanti, terus bagi je. Senang. Tapi ni kes yang rare la. Normally mmg kena perah otak nak membuat research proposal tu sebab mcm biasalah content die kena ade introduction, rational kajian, literature review, methodology (yg simple2 je) and of course, objective kajian. As ibu cakap just the brief one, so 5 to 6 pages should be enough. Ok? =)

Untuk dapatkan sv plak, cara terbaik ialah approach ramai potential sv through email. Bagitau background kita, and cakap kat die yang kite interested nak further study under supervise die, and tanya die ok ke tak untuk accept kita as student die berdasarkan research yang kita nak buat tu. So makesure attach skali cv and research proposal masa approach dorang k. So bila dah dapat feedbacks yang positive, choose the right person yang kita rasa paling ngam la ngn jiwa kita, hihi..then boleh lah ke peringkat seterusnya, iaitu..hantar permohonan ke university pilihan. Ok before that ada satu peringatan penting, ade orang rasa pilih universiti lebih penting dari pilih sv, maksudnya, katakan die nak sangat pergi universiti A, tapi sv yang paling bagus ada kat universiti B, so pilihan yang paling bijak adalah memilih universiti B berbanding A kerana faktor penentu kejayaan kita nanti bukan universiti yang kita pilih, tapi sv yang kta pilih. Jadi kalau kita dapat sv yang bagus, yang sangat dedicated and work hard untuk tolong kita berjaya, insyaAllah kita dapat habis study dengan jayanya dengan izin Allah swt. Tapi kalau dapat sv yang ala kadar je layan kita, kemungkinan untuk sangkut study adalah sangat besar. Jadi kalau dah decide siapa sv kita nanti, hantar application ke universiti tu via online application. Perkara wajib ada masa nak apply ni of course lah academic certificates and 2 orang refferes(afdhal amik lecturer yang kenal kita inside out). Selalunya, kalau permohonan kita tak lengkap, tapi sebab kita layak untuk dapat tempat di university tu, university akan keluarkan conditional offer letter which means tawaran bersyarat, so ada beberapa perkara lagi yang perlu kita bereskan. And once dah complete nanti barulah tawaran kita akan berubah kepada unconditional offer letter yang juga bermaksud, kita dah diterima sepenuhnya untuk belajar di university tersebut dan boleh lapor diri berdasarkan start date yang diberi. Untuk master, start date slalunya september, and untuk Phd, normally anytime boleh start, bergantung kepada university. =P

Ok, IELTS plak. IELTS ni macam muet la, tapi versi susah kaw kaw punya. hehe. Antara sebab kita dapat conditional offer ialah pasal tak amik IELTS lagi. IELTS ni ade 4 components, writing, speaking, listening and reading. Score untuk setiap component start from 1(lowest) to 9 (highest). So untuk kebanyakkan university kat uk ni, dorang nak average score 6.5 and above, and some universities not only nak 6.5 and above, tapi each components tak boleh plak score below 6. If let say kita still dapat 6.5, tapi one of the component kita kantoi dapat 5.5, makanya IELTS kite tu dikira tak layak ye. Tapi kalau kita still insist nak jugak pergi u tu, tawaran kita akan still jadi conditional which is kita kena attend english class kat university tu nanti and undergo dorang punya assessment kat sana nanti. Leceh sikit la. Ok, by the way IELTS ni sangat mahal yuran die, masa ibu dulu tak silap RM590. Ade 2 tempat yang buat IELTS, either IDP or british council. Ibu amik kat british council (depan ngan klcc, dekat wisma selangor dredging) and alhamdulillah sekali amik je dah lulus. Jangan terkejut plak kalau ade orang sampai 3/4 kali amik tak lulus2 sebab seriusly susah. Dan bare in mind baik2, untuk repeat test kena bayar the same amount macam masa 1st test. No discount, and tak boleh repeat on certain component only, kena re-sit the whole components again. Worse kan! So makesure betul2 ready baru sit for IELTS ok. =P

Ok part BTN ni ibu ringkaskan as satu kursus yang dijalankan di akademi kenegeraan jalan bellamy (belakang istana negara) selama 5 hari 4 malam. Kursus ni WAJIB untuk sape2 yang nak further study overseas, tak kira tajaan kpt atau mara, both wajib attend. Tanpa BTN, tak boleh fly. Modul btn disini tak la mcm yang masuk hutan tu, sempoi sangat and best sebab dapat bilik sorang satu beraircond. Hehe. Mostly dengar ceramah, dan buat aktiviti berkumpulan. Motif utama untuk naikkan semangat patriotik kita dan nak tanam sikap sayangkan negara. =)

Lastly is buat visa. Ok buat visa ni adalah perkara paling  rumit sekali dan paling memeningkan kepala. Cost untuk seorang masa ibu buat awal tahun hari tu ialah RM1474. So bayangkan lah cost untuk kitorg anak beranak, 5k jugak la. Borang visa kita kena isi online, dan once dah buat payment (pakai kredit kad sahaja), kita kena set tarikh appointment untuk datang ke visa centre di wisma mca jalan ampang untuk hantar permohonan online kita tadi yang telah diprint out. To be honest, pengalaman buat visa adalah yang paling mengerikan sebab kalau permohonan kita ditolak, duit kita kira burn dan kita kena re-apply sekali lagi dan bayar sekali lagi nilai yang sama tu. Dokumen yang diperlukan untuk proses visa pon sangat lah rumit, macam sijil nikah dan surat beranak anak kena ditranslatekan ke English dan bukan boleh sembarangan orang yang translate. Ibu pergi ke mahkamah bangi, suruh translator mahkhamah buat, satu sijil RM 40. Tahun ni jugak, satu rules baru diperkenalkan iaitu kena ada tb test result. Tb test ni hanya boleh buat di tempat yang pihak embassy uk senaraikan sahaja, dan ibu pilih untuk buat di Life Care pantai dan bayaran untuk tb test ni plk, RM220 seorang. Tb test ni die buat x-ray je, so untuk awra, takde x-ray, dr hanya tanya awra ada batuk ke tak. Dan bayaran awra tetap sama dengan kitorg, walaupun sekadar satu soklan je yang ditanya pasal awra. Isk...Isk...Tah pape betol.  Ok, nak buat visa kena ada gambar. Mcam gambar passport, tapi background putih dan banyak sikit songeh die mcm tak boleh senyum, kena bukak spec, tudung tak boleh tutup dahi, buat aksi muka natural, and kalau budak plak, kalau yang masih baby tu, masa pegang die tak boleh nampak tangan kat sekitar leher budak tu. Ah..cerewet tol. Ayah amik gambar dua kali sebab gambar first tu nampak macm muka ayah smirking skit, so daripada amik risky visa kena reject pasal gambar je, better la tangkap gambar baru. Oh, one more thing, untuk sape2 yang amik course engineering mcm ibu ni, masa apply visa kena ada ATAS certificate. Menatang ni plak kena apply kalau boleh sbeulan before nak buat visa sebab makan masa lama nak proses. NAk apply ATAS ni kena pergi kat laman web khas die and isi form yang ada. Form yang nak diisi tu same susahnye macm form application visa, berbelit2 soklan dia. Ibu stress betol masa isi 2 2 form ni, soalan yang sama asik diulang2 dan kadang2 tu tak paham langsung apa yang ditanya. Tapi alhamdulillah, permohonan ATAS ibu lulus dengan sekali mohon je. Oh, btw ATAS ni hanya boleh dimohon bila university kita dah keluarkan unconditional offer letter, sebab dlm offer letter tu ada CAS number. CAS number ni ialah unique code yang akan digunakan untuk mohon ATAS dan masa mohon visa. Senang cerita, bila kita dah ada CAS number, semua data kita dah direkodkan oleh university kita, so mudah la untuk pihak embassy trace permohonan kita nanti sebab semua details dah ada dalam tu. Dan reason kena mohon ATAS ni ialah dorg nak pantau apa kajian yang kita buat, for the sake untuk elak kita ni sebenarnye datang uk nak belajar buat bomb atau apa2 yang berkaitan dengan senjata. Memgarut sungguh kan dorg ni. Hehe..So, once visa kita berjaya, boleh la mula shopping beg and barang2 nak dibawak ke overseas sebab kita mmg kompom dah la akan fly. hehe

Panjangnye. Huhu. Ok lah, ade pape hal yang nak tau lagi, tanya je k wahai kengkawan semua. =)




Ibu

8 comments:

  1. Assalamualaikum saudari..

    sgt penuh dgn maklumat baca tulisan saudari..fyi, sy telah di offer biasiswa KPT and dah dapat conditional offer letter dr Manchester university. conditional offer letter sebab xlepas ielts lg. First time sy amek IELTS ialah hujung bln 12 hr tu, and resultnya band 6..yg maksudnya xlps requirement uni..so..waa..sob2..sy register kali ke 2 utk hujung bln 1 plak..ya Allah..harap2 kali ni lps..tak target tinggi ni..dpt 6.5 dh ok..

    sy nk tanya pendapat saudari..sy sbnrnya sedang mengejar masa..sebabnya ialah saya sndiri sedang mengandung anak ke 4 dn kandungan skrg dh nak masuk 6 bulan. oleh kerana biasiswa tak sponsor utk anak yg lbih 3, maka sy mendapat nasihat dr senior yg jugak study di oversea supaya fly sblm bersalin, so that sy akan bsalin anak di UK.

    emm..sbb tu la sy frust bila 1st attempt ielats tu xlps..semua sngkut..nak apply visa, TB test..smua sangkut gara2 ielts..huhu..dn bila baca blog saudari psl yg nak apply ATAS certificate tu pulak amek masa sbulan...aduuhh..mcm mn ni. MAS punya syarat bila kandungan dah masuk 35 mggu dh xleh on board..maknanya sy cuma tinggal lbih kurang 2 bln je sblm kandungan mencecah 35 minggu..saudari rasa sempat ke sy nak setelkan semua urusan? risaunya,,,ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak roza assurin,.

      First of all, mintak maaf sgt2 sebab lewat reply, almaklumlah baru balik bercuti dari malaysia, semua bende ke laut sikit. Ape pon saya cube jawab berdasarkan pengalaman saya InsyaAllah. =)

      Kalau pasal ATAS tu, masa sebenar yg diambil untuk proses once dah hantar application ialah 19 hari bekerja. Kalau akak apply dlm bulan mcm ni, tak sampai 19 hari dah boleh dapat rasanye sebab tak clash dengan undergrad and budak master (dorg masuk bulan 9) yang nak pergi uk. So kalaulah akak lepas ielts yang akan di amik bulan 1 ni, insyaAllah akak masih boleh fly sebelum reach 35 weeks dengan syarat, VISA tak sangkut. MAcam kes saya dulu, lagi 2 minggu nak fly, baru hantar application visa. Memang berserah je kat tuhan masa tu sebab let say kalau visa kena reject, kompom tak sempat nak fly dah pada tarikh yang dah ditetapkan tu. And saya tak buat bayaran tambahan pon untuk percepatkan dapat visa (maaf lupe istilah die) sebab still takde jaminan visa lepas atau tak. Jadi saya mmg gamble habis and alhamulillah visa dapat betol2 5 hari before fly. =)

      So untuk kes akak, saya rasa akak masih sempat, jangan risau. =)
      Tb test tu nanti, akak amik dekat Life Care BAngsar sebab dekat sana je yang boleh siap dalam hari yg sama, Kalau tempat lain amik masa 2/3 hari nak dapat result.

      Saya doakan semua urusan akak dipermudahkan. Harap tulisan saya dapat bantu akak sedikit sebanyak. =)


      -sha-

      Delete
    2. Sha..terima kasih kerana melegakan hati k.roza yg tak ketahuan ni..hehe..sgt membantu..nanti k.roza rujuk kat sha kalo ada apa2 erk..buat ms skrg masih lg menuggu result ielts..lusa akan terjawab..tawakkal jalan terakhir..andai ada rezeki in shaa Allah tak kemana..hehe..cuba positifkan diri..

      Delete
    3. Salam kak..adoi maaflah lambat respon lgi...satu family tgh sakit...since sampai haritu dah stat tak sedap badan..weather transition agaknya..tu yg demam + flu + batok semu org ni. ;)

      Mungkin akak dapat dah result ielts tu kan. Harap2 lepas la. Kalau tak, akak jgn risau..dtg cni lepas deliver pon ok...sebabnya kalau akak dtg skrg, agak challenging sikit sebab cuaca agak sejuk pasal tgh winter. Nak adapt mmg take time. Kalau dikatakan akak fly lepas bsalin, masa tu maybe dah spring, so cuaca tu walau still sejuk tapi tak lah mencengkam tulang macam skrg ni. Hehe.

      Jgn susah hati kak. InsyaAllah segalanya dipermudahkan. Amin. ;)

      Delete
  2. Salam..sis,boleh share pengalaman bawak anak sambil study di oversea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Maaf lambat reply, keadaan badan tak mengizinkan dan busy plak lately sampai lupa teros nak balas. =)

      Ada anak mmg bnyk dugaannye pada mana2 ibu yang belajar luar negara. Especially kalau anak masih kecil dan menyusu badan. Tp saya takde experience mcm mana handle anak yg masih menyusu badan bila kita keluar belajar sebab bila sampai je sini saya terus bagi anak susu segar. Bukan sebab malas nak bg susu badan, satuhal sebab susu dah drop sgt, satu hal lagi sbb tak sanggup nak mengepam dalam sejuk2. =P

      In terms of belajar dan pergi school, as long as anak ade org jaga kat rumah (normally husband yg jaga) mmg kite ok je kat school. boleh focus and concentrate. tanpa masalah. Anak yg berumur 3 tahun ke atas akan stat pergi nursery dan primary school. Semuanya percuma, tapi kalau less than 3 years, still nak hantar nursery gak, kena pg private. harga bayaran sehari memg sgt mahal sebab die ikot hari, bukan bulan. Dan harga adalah berbeza utk setiap nursery. Averagely, lebih kurang £30 untuk sehari, dan £18 untuk separuh hari.

      Ada anak ni dugaan jadi lebih sikit sebab kita tak tau bila anak akan sakit dan meragam. Kadang2 tak dapat pg school bila tibe2 anak demam atau tak sihat lain mcm muntah2, asthma, cirit birit. nak study bila balik rumah mmg sedikit susah, sebab bila balik kite nak fokus pda rumahntangga plak, mcm masak, main dgn anak, etc..

      so far, sy rasa ada anak tidak menganggu perjalanan belajar kite di sini as long as kite pandai manage masa yang ada. Dan sokongan husband amat perlu sebab kita banyak bergantung pada husband untuk urus everything.

      harap membantu. =)

      Delete
  3. Salam sis. sy lepasan diploma UiTM. mcm mana nak ambil ijazah dekat oversea. saya cuba google course yang saya nak di dekat UCLA. ada tips tak ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis, living cost kat sne mcmne yea? cukup ke kalau depends on scholar je ?

    ReplyDelete