Monday 15 July 2013

Puasa di negara orang

Hi,

Hari ni dah masuk hari ke 6 berpuasa. Feww. Mmg sgt mencabar kesabaran bila berpuasa di negara orang. Nak2 plak bulan puasa jatuh masa musim summer, so merasa la puasa hampir 20 jam. Konon ingatkan duduk luar negara puasa ni kire takde masalah la sebab sejuk, tapi hakikatnye..puasa kat sini lebih perit sebab tempoh berpuasa yang lama dan mcm tak berkesudahan je rasenye. Tambahan plak ada anak kecik yang tengah peak lasak, mmg longlai lah dibuatnya. =P

Kat sni buka puasa lebih kurang pukul 10 dan subuh lak dalam pukul 2 lebih. So bila buka tu, ala2 sahur terus la sebab dalam 4 jam je masa untuk makan. Dalam tempoh 4 jam tu lah nak buka, sembahyang maghrib, sembahyang isya', sembahyang terawih, dan of course, bersahur. Mmg rush. Kadang2 bile dah makan, dah sembahyang semua, rasa  letih sangat sampai nak tertidur, tapi niat tu kena la tahan sebab kalau tidur nanti, takot terlepas time sahur lak. Kalau terlepas sahur, takot esoknye tak larat plak nak puasa 20 jam lagi. Mencabar kan?

Ibu dan ayah so far ok je berpuasa setakat ni. Cume kadang2 yang buat penatnye bila awra tibe2 moody and merengek the whole day. Menguji keimanan dan kesabaran betol tau awra ni. Ok la, on the bright side, ibu percaya  yang awra nak bagi ibu ayah dia dapat banyak pahala bila layan kerenah dia yang seribu satu macam tu. Kan awra?hehe.. =)

Bercakap pasal menu berbuka, so far ibu masak lauk simple je sbab makan pon berdua je kan, takot nanti membazir plak. Antara menu buka yang ibu buat ialah nasi minyak, daging masak hitam, ayam berempah, meehun goreng, nasi goreng, karipap pusing, popia sira sambal, asam rebus ikan mackerel, dan sayur campur. Ibu selalu start masak dalam pukul 7 malam, so that after tu ada masa untuk rehat dan kalau sempat, baca al quran before buka.  =P

Kalau bercakap pasal terawih plak, ibu ayah jemaah sama2 je kat rumah. Nak ke masjid macam tak sesuai sangat la dengan keadaan kitorg yang ada anak kecik and waktu pon dah lewat malam. Setakat ni awra cooperate dengan baik la bila time kitorg terawih. Sama ada awra tidur atau pon buat hal sendiri je. Actually bukan la buat hal sendiri sangat pon, ibu kena rasuah sikit kat awra, bukak kan kartun kat youtube gune hp, letak awra atas katil, then bagi die layan. Boleh la tahan dalam 15 minit. So kalau mcm ni, kitorg akan berterawih express la sebab kalau lebih je 15 minit, kompom ade yang mule turun katil and paut kaki ibu die yang tengah sembahyang mintak dukung. =)

Enough la kan setakat ni. Tu je ibu nak share pasal pengalaman berpuasa kat sini. Better sambung study dulu. Bai.


Ibu




No comments:

Post a Comment