Tuesday 16 July 2013

Kisah kereta dan berbuka.

Hi,

Cerite 2 in 1. hee

Alkisah semalam, nak pergi asda beli buah2an dan stok susu awra. Kitorg dah seminggu tak keluar g memana, so basically mmg tak sentuh kereta la within seminggu ni. Masa turun ke kereta semalam and bila ayah nak bukak pintu kereta, dengan nada yang cemas ayah kata, "ehh..kereta kena langgar".

Gulp. !

Terperanjat beruk ibu dengar. Cepat2 jenguk kat side yang kena tu, and terus sedih n geram je rasa sebab kereta ni yang elok2 kitorg beli takde ape2 kemek pon, tibe2 jadi mcm ni. Terok jugak defect die. Ibu rase stress je dengan hal ni sebab takut nanti orang fikir kitorg yang reckless masa driving, Padahal kena hit n run. And ibu pandang2 gak sekeliling kot2 ade org nak bagitau kitorg ke sape yang langgar tapi hampe je. Even tercarik2 gak ibu kot2 ade note kecik dorg selitkan kan kereta untuk inform kitorg no plate kereta yang langgar atau ape2 maklumat lain, hampa...takde pon. Ahh. sedih betol. =(

Nak claim insurans malas lah pulak. Sebabnye, kompom macm2 bende nak kena buat. report police, etc. Lagipon kat sini punye style insurans, ade somethng mcm kita kena bayar certain amount dahulu, the rest baru insurans cover. Ibu tak ingat term tu, tapi contoh kalau ibu agreed dlm polisi nak bayar 250 pound untuk repair kerosakkan kereta, so kalau cost repair tu adalah 1000 pound, insurans akan cover remaining 750 pound je la. Faham? So ibu fikir, setakat kemek ni, mungkin cost die dalam range yang insurans tak cover. Kesimpulannya, lantakkan je la defect tu and tunggu je la atok awra dtg bulan depan ni, suruh dorg ketuk manually pakai hammer ke kayu ke? hehe.

So tu je pasal kereta mercedes ibu tu. hehe. Pasal berbuka plak, semalam after balik asda,dengan mood yang masih tak best pasal ape yang jadi kat kereta tu, ibu teros masak ayam masak merah and habiskan balance inti popia yang ada and buat lagi sekali batch popia sira sambal untuk di bagi jugak kat family kak nurul. Ibu buat ayam masak merah sebab nasi minyak semlam ada lagi, so untuk tak membazir,ibu buat lauk yang ngam nak makan dengan nasi minyak tu la. Nasi tu ibu mmg dah panaskan masa balik je dari asda tadi, so ibu tak syak ape2 yang meragukan la kat nasi tu.

Mungkin sebab asik nah terfikir pasal hal kereta, masa ibu buat sira sambal popia tu, ibu lpe lak nak letak garam. Dah lah lupe, boleh plak dengan confident nak bagi orang terus lepas masak tu. Masa dah letak dalam pinggan nak hantar ke rumah kak nurul, baru teringat garam takde dlm sambal, kompom pelik je rase sambal tu nanti. Nak tak nak, masukkan balik popia tu dalam kuali and tabur je la garam masa tu. Mmg fail betol skill memasak kan?. Tapi nak buat macm mana, tu je cara nak adjust rasa sira sambal walaupun pada hakiatnya sira sambal tu dah mengeras dan dah melekat kat kulit popia.Niat nak bagi kat orang teruskan jugak, harap2 tak la teruk sngat rasa popia sira-sambal-garam tu. hehehe

Ok, masa dah hampir masuk waktu buka plak, or senang cite lagi seminit je nak berbuka, ibu pon cedok nasi minyak tu dlam pinggan untuk hidang kat ayah. Tapi, terperanjat beruk lagi sekali ibu hari ni sebab nasi minyak tu dah basi. Adoiiii. Macam mana la bleh jadi cm ni pon tak tau. Mungkin lambat panaskan masa waktu pagi semalam. Apepon, ibu dah cuak and rase bersalah kat ayah sebab takde bende berat nak dimakan untuk buka. Too bad.

Dalam kalut2 tu tetibe idea sampai. Ibu teringat yang ibu ada beli capati segera kat asda, and rasanya boleh je makan capati cicah dengan ayam sambal tu. Capati tu plak masak sekejap je, dlm 30 saat je letak atas pan fry without minyak, dah masak. So ibu terus dengan sepantas kilat (hihihi) masak capati sambil dlm masa yang sama dtg lagi idea lain, iaitu tabur cheddar cheese atas capati tu and buat ala2 capati cheese. Hasilnya, tak sampai 5 minit dah siap masak and kitorg dapat berbuka seperti biasa and yang lagi best, capati cheese tu sgtlahhh sedap. hehehe. Walaupun buka capati je semalam, tapi kenyang die sampai ke sahur tau. Ayah yang selalunye mesti makan nasi masa sahur terus tak makan ape2 by the time sahur sebab terlalu full. Nak makan popia seketul pon tak larat ayah tu. Berkat la tu maknenye kan? ehehe. Apepon, alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan Allah ni. =P

Sakit hati  tgk kemek ni. Org mabuk kot langgar? Hish..geram betol. 

Muka happy makan capati cheese. hii



Sekian. =P






No comments:

Post a Comment