Monday, 23 June 2014

Kisah anak OKU

Hi,

*entry ditulis atas dasar kasih seorang ibu, yang ada punyai seorang, yang sayangkan anak teramat sangat,
yang sampai saat ni kesedihan tak terkata mengenang nasib malang anak OKU tersebut*

Hurm. Mana nilai kemanusiaan seorang ibu bila anak ditinggalkan dalam bilik seorang diri, tanpa pengudaraan yang sempurna, tanpa makan pakai yang elok, kecing berak tak terurus, tidur entah beralaskan apa, rambut tidak bersikat, baju tidak bertukar sampai reput dibadan, badan kurus melidi hingga ke tulang. Allah..kenapa macam tu sekali tergamak seorang ibu buat pada anak dia. *sebak*

Tak pernah terbayang dikepala, sekejam itu manusia mampu jadi. Alasan susah? Alasan miskin? Alasan tak ada orang jaga? APA SAJA ALASAN KAU BERI, KAU TETAP IBU KEJAM TAK BERPERIKEMANUSIAAN! *astaghfirullah*

Dan cekalnya anak OKU itu, masih teguh duduk diatas lantai keras tak beralas, disaat tulang pinggul jelas kelihatan, masih panjang nyawanya Tuhan berikan. Cekalnya kamu wahai anak, si mulia yang pasti dijanjikan syurga, yang hidupmu tidak pernah terpalit walau sebutir zarah dosa, kamu hebat diantara yang terhebat. *sebak sgt*

I am beyond words now. The pain is so immense. I wish I can meet him, to hold his hand and stroke his hair, feed him and bed him, just like how I did to my own child ( precious little awra) and tell him how special he is in my eyes.

To adik firdaus, my prayers will always be with you. ;(

Ibu awra





Tuesday, 13 May 2014

Pre 2 years old

Hi,

Awra dah nak masuk 2 tahun. Yay!!! =P

Layan gambar awra masa dulu la sikit..saje imbau kenangan..malas nak taip today. =)








Semua ni awra yang dulu....kecik, lorat, kuat nangis, aktif, lasak,........................................ =P

Awra yang latest nanti la letak. Entry lain. =)

Baii



Tuesday, 6 May 2014

Perihal adobe

Hi,

Ingat tak poster training session yg ibu awra terlepas tu? hokey..ni nak cerita sikit pasal bende nih.

So hari khamis yg ditetapkan untuk attend session untuk kali keduanya pon tiba. *karangan sangat!* Untuk tak pastikan yg iolss tak terlepas lagi session tu, malam tu ayah awra asik repeat je pasal bangun awal esok pagi. Iolss pon siap masuk tido awal tau, konon nak bagi bangun awal gitu.

Session tu diattend oleh selected Phd and Post-Doc students yang abstract mereka terpilih untuk present poster di University research day. Dalam banyak2 application, dorg only accept 100 abtracts tau, so iolss ni dlm golongan yg lucky 100 tu lah. hiks! *padahal abstract iolss tu sv iollss yg karang bagi cantik ayat, puiiii!*

Ok la. Session tu sempoi je, die just bg penerangan on how a good poster looks like, what are the winning criteria, how do we make an eye-catchy poster, what font to use, what colour to select, what's not to put in a poster, how do we make our poster a representative of our research, how not to complicate your poster with dull and dry infomations, etc etc etc....Basically, iolss rasa semua tu common sense je. Wahhh kemain kan. =P

So, 1st part of the session is all about the explainations tu la.Then we had a break, *makan roti sira gula ada buah kiwi and strawberi kat atas + air teh tawar*. After the break, we had a group discussion, so we were asked to make a group of 5, each must came from different background, and the instructor (5 of them) will visit each group for 10 minutes and discuss about certain aspect related to poster making. Malas sgt part ni.Sebab iolss memang tak minat nak chit chatting ngn omputih ni. heheheh. Malas nak speaking uolsss. Otak pening nak perah nak bebel ape ngn dorg + translate ayat bm-bi lagi, ahhh..penat iols! hikss.

So the discussion we had was quite fun actually, everyone voice out their opinions *including me..krik krikk (insert bunyi cengkerik disitu)* and we had a blast. *tipu*. So kenapa tajuk kat atas adobe? Ok begini ceritanya. Masa tgh dok discuss miscuss ngn mamat+minah saleh ni, dorg dok sebot2 'uh dough bee' sambil tunjuk2 pada skrin latop mamat instructor tu. At that time, mamat instructor tgh tunjuk software yg boleh digune untuk buat poster *apart from cara kuno tapi sgt effisien untuk org lemah komputer mcm iolsss, hehe.. which is guna power point*, so iolss yg sgt familiar dengan nama software tu pon mcm terdetik di hati, "eh, ni kan software 'adobe' * sambil sebut 'eydob' ala2 diriku omputih sejak lahir gitu*, jadi apesal dorg sebut lain ek..kelakar plak tu bunyik die, uh dough bee? hee... mcm adabi pon ade*sambil gelak dlm hati kengkonon mat/minah saleh british ni tak reti sebut adobe*

Ghupenyeee...

Setelah di google.....

Memangla sebutannya

UH DOUGH BEE

or mcm bawah ni,

Adobe

Pronunciation: uh-doe-bee
uh - rhymes with duh
doe - pronounced as DOE (female DEER)
bee - rhymes with SEE 

Understand? *to me especially*

Nasib baik iolsss tak menyampuk sambil confident ckp Adobe@Adob kat dorg, klu tak, mau la makan dalam dapat kerutan seribu kat dahi mat/minah saleh british yg tak paham ape la minah asia ni sebut.



Tu je nak story. Baiii.



Tuesday, 22 April 2014

Kelupaan

Hi,

Dari semalam lagi terasa macam ade something urgent yang kena buat 22 hb april ni. Tapi...sebab malas nak bukak email u kat hp, maka pendam je la dengan harapan tarikh 22hb ni takde ape pon yang terlibat.

Tup tup...

Sampai office pagi ni and bukak email, baru tau ade 2 bende yg patot dibuat today.

1. Meeting geotechnical committee
2. Poster training session 1

Dang!!! (terasa kena tampar disitu)

Yang 1st tu okay la sikit kalau tak pergi sebab sekadar duduk dengar update terbaru dari commitee yang ada dan dengar presentation dari speaker terpilih, which normally from lecturers or student final year. Ok la...tak la bersalah sgt, tapi today si ketua jabatan iolss yg present talk tau. hehehee.....bialah..tajuk die kompom tak relate ngn field iolss. Ok je la kot tak dgr. *nak sedapkan hati*

Yang kedua tu plak...adoiii. Cam mana la kpala ni boleh lupe. Gerammm. Dahla dpt 5 kredit hours kalau attend. Tak memasal je kan terlepas something yang penting cm ni. Tapi sebab ade lagi skali training yg sama pada hari yang lain (which is 24hb ni), maka iolss dengan muka tak malu hantar email ke pegawai yang in charge training session tu dengan alasan tak sihat dan tak nak virus berjangkit kat semuaorang *hehehe, ni betol ok..ibu awra flu tau*, makanya, dalam masa tak sampai seminit, email dibalas dengan kata2 berikut :

Dear Nor Shahidah binti Mohd Nazer,
 
I’m sorry to hear you’re not feeling well, I hope you feel better soon.
 
That’s no problem about the training I have now moved you to the Thursday 24th April session at 10am.
 
Best wishes
Tanya

Hehe. Baikkan? Dah la prompt reply, lepastu dapat plak attend session lain tanpa disembur dengan ayat2 tak menyenangkan, syukur sgt. Kalau kat malaysia ni, bila kite as student nak deal dengan pegawai uni, belom tntu dapat layanan baik mcm ni. Kan? Silap2 haribulan, kena hambur mcm2, belom masuk lagi part buat muke ketat ala2 askar tu. Kecut perot u. =P *ni speak based on experience ok, bukan hentam kromo tau!*


Ok la, iolss nak sambung buat lab. Tu je nak story hari ni. Baiii.





Thursday, 17 April 2014

Pindah rumah

Hi,

Minggu lepas (11/4/14) kitorg pindah rumah baru. Kenapa pindah? Sebab nak mudahkan ayah awra pergi kerja *ayah awra kerja uolsss....tak inform pon kan dlm blog ni. hehe. len kali la cerita ek* and satu lagi sebab nak rumah yang lebih rendah. Kitorg dah tak larat naik turun tangga tingkat 3. Dengan dokong awra, dengan usung stroller, dengan bawak barang, ahhh.!jenuh. So kesimpulannya, pindah rumah jalan yg paling baik dan menenangkan jiwa gitu. =P

Rumah baru ni mmg bnyk advantage, TAPI disadvantage pon boleh tahan banyak jgk. Among big advantage yang paling obvious ialah, dekat sangat dengan supermarket Lidl and KFC. hehehe. Suke iolsss. Anytime je nak keluar g beli susu awra ke, beli cikedis ke, beli coklat ke, beli sayur ke, ala...ape2 je la yg nak dibeli. And satu bende yang kitorg suke pasal rumah ni, fully carpet u. Tebal punya plak tu. Dah tebal, lembut plak. Mmg seronok je pijak. =P

Tapi...bercakap tang disadvantages die plak, erm...meh nak membebel skit. Rumah ni patent lame, brg2 dlm rumah pon agak old school, rumah ni besar so lebih sejuk dari rumah lama, dapur rumah ni gune elektrik *iolss sgt tak feeling msk pakai lektrik nih, nak tunggu minyak panas sempat la layan upin ipin ngn awra...nak bakar belacan paling fail skali, dah kate letrik, mana ade api nak membakar kan..tak syok btol!*, sinki die ade due kepala paip untuk sejuk dan panas, so jenuh la nak bukak 2 2 kepala paip tuy everytime nak cuci tangan secoet je...kalau rumah lama, kepala paip jenis moden...pesen yang angkat tu je bila nak guna, so adjust kepanasan air ke kiri or kanan je la..sebab 2 kepala paip ni la, tangan iolss kering gile masa 1st day masak kat dapur..dah memanjang terbukak air panas masa awal2 tu..mana tak kering. kan? ok panjang plak merapu kat sinki ni, hehe.,...dan paling paling menyampah sekali ialah, freezer boleh plak rosak. Habis semua ikan, daging, ayam, dan segala mak nenek bende dlm peti ais kena buang. Gerammm. Dan tak memasal, 3 hari berturut2 kitorg makan nasi goreng kocak telur je sebab tu je yang available. Tak pe ayah awra, today ibu awra masak sambal sotong kering ye. Sedap sikit makan kali ni. hehe. Oh, peti ais tu agent kate nak ganti baru hari ni, harap2 betol la.

So far untuk awra, dia suka sgt kat rumah baru ni. Especially part laluan nak masuk rumah ni yang ade laluan khas untuk kerusi roda/stroller, fevret betol la kalau nak masuk/keluar rumah. Asyik2 pergi lalu kat situ, bukan sekali due, tapi sampai 3/4 kali round. Haihh. Minat sunggu awra ngn laluan stroller tu. So, kitorg ni jenuh gak la nak tunggu awra lari2 sampai rasa puas, ade one time tu, siap memberontak u nak masuk rumah. Iolss dah la nak buang air besar time tu, hangkut je awra ala2 kampit beras time tu. Lantak le nak ngamok ke ape. Maknye dah tak tahan sgt. hehehe. Anyway,awra suka gak dengan tingkap rumah ni yang boleh nampak bus/orang lalu lalang. Die paling suke bile ayah keluar g keje, or mcm malam tadi, keluar pg beli aiskrim jap, die cepat2 lari ke tingkap, tunggu sampai nampak ayah lalu, terjerit2 die babai ayah die. Seronok kemain nampak ayah lambai balik. Yang bagusnya tak plak nangis nak ikot ke ape, die lambai je la sampai ayah hilang. Cute je tgk aksi die. Besar dah kan awra. =)

Alahai..tu je la kot nak story pasal rumah baru. Gambar update nanti la. Sebab now tenet kat rumah takde, pakai tenet hp je. Laju tu mmg laju, tapi malas nak upload gmabr through hp ke blog sebab kena satu2, tak bleh pilih all. Malas sgt. Ni pon taip blog pepanjang mcm karangan ni sebab gune latop, and kat school, klu pakai hp, tak kuase nak menaip panjang cenggini. Asik typo je. Fed up hokehh.

Wokey la. Today mood study ke laut sebab esok stat cuti panjang. Ala..cuti Easter. Jumaat ni and isnin minggu depan u off, so tak yah la dtg u. Seronokkksss. Thats why taip blog, sebab cam excited cuti. hehe. Tapi kurang exicted sebab sengkek baru pindah rumah kan...so tak dapt la kemana2 berjalan sempena easter nih. sobsss. *kite men playground je la awra ek?hehe*

Ok la. Tu je. Baiiiii.


Ibu awra




Tuesday, 15 April 2014

Kisah kasut, jaket dan kunci

Hi,

Semalam ibu awra tengah siap2 nak pergi school. Awra masih tidur, ayah awra dah bagun teman ibu awra bersiap2. Sambil pot pet pot pet cakap berdua, tibe2 awra bagun. Glup! *masing2 pura2 diam*

Tapi sebab kantoi ibu awra dah pakai tudung, automatik awra tau ni tanda2 nak keluar. Maka....dengan mata yang tak berapa nak boleh bukak lagi pasal mamai baru bangun tido, awra teros pecut bagun, turun katil, pergi depan pintu, dan ckp, 'syuss' 'syusss' sambil tangan tunjuk dekat rak kasut. Ohhhhh...nak kasut, suruh amik dan pakaikan die kasut. hehe

Dah pakai kasut, tibe2 masuk dlm bilik balik. Tunjuk kat almari sambil bebel2..Mule2 tak paham gak apa awra nak, sekali pandang kat almari tu, ohhhh.....nak jaket rupenye...nak keluar kan biasanya kena pakai jaket, so awra suruh amik jaket tu dan pakaikan kat die. Siap dah get ready nak masukkan jaket kat tangan you!  hehe

Lepas tu, teros lari keluar, tunggu depan pintu sambil ckp 'key'. Maknenye suruh amik kunci bukak pintu la tu nak keluar....Ohhhh....no! "Ibu nak pergi belajar la syg....bukan pg jalan2. Nanti balik ibu bawak jalan yeh!" *konon pujuk cam tu, tapi tang ayat last tu tak bawak pon akhirnye sebab due2 bantai tido petang semalam. heeee*

Kesudahannya.....awra tak dapat pon keluar pagi tu. Ngamok sakan uolsss! Tapi kejap je, bukak kartun, dah diam. Awra awra...... =P


Ok tu je nak cite.
Bai.

=P



Monday, 31 March 2014

Awra @ 20months

Hi,

Awra semakin hari semakin besar, semakin lain kerenahnya dari masa baby dulu. Dan ibu awra semakin hari semakin busy sampaikan nak tulis perkembangan anak dalam blog pun dah tak sempat. Arh..what a waste.
That's why i'm sooooo keen with instagram lately. hehe. Senang update progress awra through videos or photos sharing, then not only me boleh track back awra's development, all my clan pon can do so. Easyyy sgt. =P

Back to awra's story.

Dari segi bercakap, awra banyak bunyi baby lagi. Maka tak paham la sepatah haram pon kenkadang apa yang cuba nak awra sampaikan tu. Tapi ok jugak la, kadang2 dengar je awra sebut fevret words die macam, aduh *comel gile sebut ni, siap ekspresi muka kerut2 tau*, jatoh, kotor, cat, ayah, akak, atah *ok ni tak tau ape maksud*, oppa *nak cakap opah la kot sebab tgk upin ipin, bukan oppa gangnam style tu yeh. hiks!*, nak, dah, dan tah ape lagi la. and Yes, basically awra menyebut banyak ayat melayu walau konon dok oberseas kan, mungkin berpunca dari dok tgk upin ipin 24 jam. heheh. Anyway, i don't mind at all apa bahasa awra sebut pon, janjiiiiiii..boleh cakap. =P

Dari segi faham arahan plak, unlike bercakap, awra paham english command pulak lebih. *hamboihh!* Ala...tapi yg simple2 punya la, mcm throw ball, take your pillow *aka bantal busuk*, give me, where's ayah?, ayah in the toilet, ayah in the kitchen *nampak sgt kes sendiri tanya sendiri jawab..mihihi*, go outside *halau dari dapur ke ruang tamu..=P*, get into your coat *ni kes mak ayah nak feeling2 tido tanpa gangguan gituu*, you want 'bubu'? *bubu tu susu*, don't!, cannot, and tah hape2 lagi lah yg ibu awra bantai sebut...english tunggang langgang uolss..haruslah anak pening mak cakap ape kan..hihihi

Awra sekarang ade minat baru iaitu tengok cerita kartun 'Cloudy with a chance of meatballs' more than 4/5 kali sehari. Mungkin pasal kartun tu sempoi, colourful, ade monyet bercakap nama steve, tak bosan, bnyak aksi menyebabkan awra cukuppp tertarik nak tgk berulang kali tanpa jemu. Siap tau lagi kite bukak channel tv ke atau bukak kartun fevret die tu. Kadang2 cube gak distract attention awra from teringat kat kartun tu, hampeh....tak pernah berjaya. Kalau buat tak tau kang, die rela berguling 15 minit tak henti2 atas lantai sampai la org bukak kan. Haru betol...Dan tag line awra untuk suruh kite bukak kartun tu is, 'kiki' yang mereujuk kepada , monkey.. hiks!

Anyway, nak ditaip2 satu2 apa awra dah reti buat mcm rasanya takot ade yang kate, 'helehhh..cam la ko sorg ade anak...', or ade plak kate, 'anak aku pon reti buat jugak'.....or mungkin ade yg lain pulak pk, 'boringgg'...hee..so malaslah nak menaip panjang2. Lagipon...sebab dah selalu letak awra pny activities kat instagram, better not merapu lebih2 kat sini. Jimat my time jugak sebab i'm sooooo bz as a 2nd year student. Weheeee. Mark the 2nd year to hokey..kejap je dah masuk tahun 2 tau. i loikkeee sgt. =P

Wokey la. Ni pon curik masa jap buat post yang dari haritu terperap. Malas nak publish sebab rasa takde kepentingan disitu. hihi.

As penutup, layan sikit gambar2 awra sepanjang kat Malaysia tempoh hari. Ni gambar masa mak long awra kawen. Nanti mungkin boleh dipertimbangkan buat entry untuk kisah majlis kawen mak long awra. =)

Itu mak long awra. =P

Clingy habis masa minggu pertama kat malaysia. Jenuh berkepit. 

Family bahagia. hiks!

Tengok tu. Bukan boleh letak bawah, melalak je keje die. Takot org lagi masa ni. 

Sesi tunjuk awra pada jiran yang dari kecik dok bersama kat quarters balai bomba dulu. =)

Awra kepanasan, begitu juga kami. Masa ni baru 3 hari sampai malaysia. Tak tune lagi kulit tu dengan cuaca panas. hehe. =)

Awra dengan maksu cantik. Baju awra tu dah habis tipis dah ibu pakaikan tau. still....berpeluh tak hingat awra masa tu. =)

Budak konon omputih celop yang kepanasan mcm cacing. =P



Ok la...back to work. Baiiiiiiii. 

Ibu awra





Update for skin tag

Hi,

INI ENTRY YANG DAH DITAIP BERKURUN YANG LEPAS, SENGAJA TAK PUBLISH SEBAB TERLUPA TEKAN BUTANG PUBLISH..MIHIHI.. TAPI ATAS DEMAND DARI SEORANG READER, IOLSS PUBLISH TODAY OK. *perasan ade peminat jap, =P*

Semalam dah jumpa gp (general practitioner aka doctor) and she's reffering awra case to hospital. Good news is, that thing is not something to worried about. Bad news is, kene tunggu beberapa minggu sampai hospital panggil. Tsk! (ok, hospital dah panggil dah pon. hehehe)

Ok. Ini lumrah di uk. I redha. hehe

Anyway, according to doc, awra's skin tag is getting bigger because of good oxygen supply from the blood vessels. Means that, "die" hidup sihat walafiat kat bawah tu sebab cukup makan. X_X!

So doc ckp lagi, normally bende ni akan go off by itself. Caranya ialah, die mengembang tahap maks yang die boleh kembang, then meletop, berdarah, dan lepas tu shrink, and lepas tu tertanggal la kot. So kalau kes yg kena minor operation tu bila skin tag tu takde tunjuk tanda nak mengecut, in fact membesar je keje die, and budak plak semakin tak selesa and nangis2 sebab bende tu. *kes awra la ni* (ekceli kan...skin tag awra dah mengecut pon. dah back to normal. dah ok. dah elok. dah tak risau. heeee)

Hopefully awra punya dibuang teros through minor operation tu. Senang. Ngeri iolss nak tengok bende tu darah2 nanti. Dah la iolss ni spesis panik + cepat kelam kabut. Ibu doakan yang terbaik untuk awra ye. Amin... (doa ibu awra termakbul awal rasenye..awra ok dah now. alhamdulillah.......=))

Hellop! I'm a big girl now. =)


Ibu awra

Wednesday, 19 February 2014

Skin tag??

Hi,

So worried now. Cam ni, masa kat malaysia, kitorg perasan ada macam lebihan daging pada atas butthole awra. Agak besar, merah dan keras. Ok. Panik sangat, teros bawak pergi klinik.

Sampai klinik, masok jumpe doc perempuan yg agak berumur. Bila tunjuk kat die, ayat yg die ckp ialah, "oh..ni normal". Gulp! Malu gile kot masa tu. As if ibu bapa yang terok je rasanya sebab terconcern pasal benda yang so-called "normal". Ok, dengan muka malu dan terkujat2, keluar bilik doc dan still, rasa malu. Cis!!

Tapi, instinct seorang ibu tu selalunya betol. I mean, walaupon lepas consult doc tu, hati ibu awra still tak tenteram. Sebab, bende tu cam tak normal. And rasanya macam dulu takde pon kat awra. Nak kate tak perasan bende tu wujud, tak mungkin sebab i'm sooooo concern anything about awra. Luke segaris kecik kat mana2 badan awra pon I tau u know...let alone segala lebam, benjol, kuku terkopek, bintat, atau ape saje yang nampak lain, semua in my head. So...i knew, there must be something tak kena dgn bende tu. hurm..

To make my instinct more reasonable is that, awra akan menangis everytime bende tu dipegang. And she always always show sign of uncomfortable and maybe, pain, when it's time for nappy change. Not only that, awra akan kepit kaki die sekuat yang boleh so that we wont touch around that lumpy area. She looked so traumatized everytime nak tukar pampers and guess what, it traumatized me too. =(

So I asked my friend here, whom a doctor, and she said, that thingy looked inflamed, and better seek doc asap. And as i showed her the pic of "that", she frowned and said, if she were the doc *to decide*, she'll opt for "buang" aka minor operation. Oh tuhan.....i'm so sad. i knew it's something unusual. Poor little awra. =(

So tomorrow, we had appointment with gp. Hopefully they'll sort something to get that thing off from awra. Anything that make things better, please please, do so. I'm really looking foward to it. To be honest, I can barely wait for any minutes anymore to see awra away from the pain. I just hope that they found it serious, and react fast. *pepaham la kat uk ni, everything kena terok baru dilayan*

Anyway, we'll see how tomorrow brings. Hopefully a brighter one. Amin.

-a sad mom-




Tuesday, 18 February 2014

Tv baru

Hi,

Dari dulu lagi memang plan nak beli tv baru kat rumah ni. Awra conquer habis tv tu uolss. Pagi ke petang bukak kartun je, haruslah ibu ayah awra stress tak dapat tukar tgk channel lain. Solution terbaik, beli tv lain. Sonang. Tutup cerita. hehe

So....today kami ada tv baru dirumah. Yippiee. Flat screen 32 inch brand sharp.

*kemain detail ko. motif??*

heee.

Anyway, tv ni apart from untuk tgk channel lain, plan utamanya adalah untuk bagi ayah awra guna buat main game nanti. So, boleh la ayah awra hilang sikit bosan dok rumah jaga awra. Awra lately dah pandai main sendiri. Jadi die tak rely sgt kat ayah die nak dok entertain die 24 hours. In fact malam2 bila ibu awra ada pon, die buat hal sendiri je kat ruang tamu tu. Either tgk tv or main2 dgn toys. Sometimes je la die carik parents die ni, tu pon sebab nak coklat, takpon nak gula2-tictac-perisa-stoberi-atas-peti ais-ibu-sorok, takpon nak pisang-bukan-nak-makan-tapi-nak-kopek-kulit-je-then-picit-dan-buang, takpon nak air-apa2-jenis-tak-kisah-janji-letak-dalam-cawan-ada-sudu. T_T!

Bercakap pasal tv balik, kitorg decide untuk letak dlm bilik je so that mudah nak tgk once dah malam2 nanti. Takde la kena duduk kat luar sorang2, sejuk2 and agak takot. hehe. *ni kes ibu awra la ni*

Dan now dah test tgk dah pakai tv tu, semua nampak ok. Gambar cantik, suara pon jelas. Satu je tak ok, awra. Belom ape2, diketuknye screen tv tu guna batang plastic yang tah mane2 dikutipnya. Sakit jantung iolss jap tau. Awra ni kan, saje je tau buat ibu neves. Pasni jangan terlangkup dah la tv tu dikerjakan. Nak mount kat dinding, jenuh plak nak bergerudi segala bagai. Alat pon tak de nak gerudi2 ni. Harap2 takde la insiden2 pelik berlaku lagi lepas ni. Ok awra? =P

Ada chance tv ni pon si ketot ni conquer jugak. *pasrah*
 


Ibu awra











Monday, 17 February 2014

Ngantuknyee

Hi,

Ngantuk ya ampun ibu awra kat school hari ni. Mata mcm ade gam u. Tensen betol. Mood study aka buat first year report tgh berkobar, tapi..tapi...mata lak tak cooperate. hehe. Ok tak alasan ni?

Ckp pasal mata, haritu tertangkap gambar mata awra dengan keadaan bulu mata yg cantik melentik. Suke tgk. Kemahin bulu mata lentik2 cam ayah awra. Persamaan yang jelas nyata sebab due2 kuat nangis masa kecik. Kena la tu anak ayah ni. hiks!

Lentikkan?? Mind the comot ye. Hehe

Wee...nak balik la. Ngantuk merapu dah ni. Hehe


Ibu awra

Friday, 14 February 2014

Tips melawaskan perot

Hi,

Lately kesedaran untuk 'mengosongkan' perot setiap hari bagi tujuan detox badan dari segala toksin sangat membara2. Nak sihat satu hal, nak cergaskan badan pon satu hal. Satu hal lagi, badan cepat sangat masok angin dan perot asyik sebu je. Bila angin dalam badan banyak, mula la kepala pon sakit. Dan setelah diteliti segala sudut, jarang buang air besar ialah punca utama kenapa semua2 yang dilistkan tu jadi. *untuk ibu awra pny kes la, uolss ibu awra tak pasti plak ye. =P*

Jadi, setelah ibu awra praktikkan sendiri tips yang nak dikongsi ni selama 3 hari berturut2 dan kesannya sangat la impressive, hehe, what can i say is that my body feels sooo much better u! Membuang hari2 sangatlah bagos dan perot pon tak sebu dah macam selalu. Dan untuk spesis manusia susah 'membuang' like me, tips ni sangat berkesan. hiks!

So, what you guys should do is just minum susu panas setiap pagi. That's all! =)

InsyaAllah, perot akan memulas tak lama lepas minum susu tu *in my case, 2 minit. seyes! =)* dan segala kumbahan yang tak diperlukan dikeluarkan dengan sangat lancar dan lawas. Jadi, takda la najis tu duduk lama-lama dalam badan. Dalam erti kata mudah, 'membuang' hari-hari adalah part of detox badan secara semulajadi yang sangat bagus dan berkesan, and cost-free. hehe

Opss lupe..kot ade terfikir susu apa yang sesuai, erm...as for me, minum susu segar je. Sorry le uolss, bukan belagak, sini susu murah. £1 dapat 1 liter. Tapi rasenye susu tepung pon shouldn't be a problem. As long as ade unsur lactose and susu tu dipanaskan. InsyaAllah mujarab. Hokey! =)
"dah baca kan blog ibu kite? ok baiiiiii"

Tu je. hehe. Sekian.


Ibu awra

Sunday, 9 February 2014

Tips bawa anak naik kapal terbang untuk tempoh yang panjang

Hi,

Ibu awra nak kongsi tips naik kapal terbang untuk mereka-mereka yang ada anak kecil today. Tips ni especially untuk flight yang amik masa lama dan panjang (6 jam ke atas), atau bak kate omputih, long-haul flight. hehe

Tips2 nya ialah :

1. Pakaian.
Tips :  pakaikan anak kite tu dengan pakaian yang selesa. Untuk baby, pakaikan je baju biasa yang selalu dipakai dirumah, romper or jumper should be enough. Tak payah nak pakaikan anak dengan something yang fancy2, beropol, bermanik, berbunga, berjeans2 segala bagai. Ini akan merimaskan budak dan menyebabkan mereka menangis tak selesa. Ingat tu.

Pengalaman : Balik malaysia tempoh hari, kitorang pakaikan awra baju t-shirt dan seluar cotton je. Kitorang buat cam tu so that awra rasa as if macam dalam rumah je bila dlm kapal terbang nanti. Alhamdulillah, awra nampak selesa sepanjang 8 jam perjalanan pertama (glasgow-dubai), 3 jam transit dan 7 jam perjalanan ke 2 (dubai-malaysia). Tapi makesure bawak baju spare and jangan pakai satu baju tu je for the whole journey, kerapkan tukar baju to refresh your kids, or dlm kes awra, tumpahkan air. T_T

2. Kasut
Tips : bukak kasut masa dalam kapal terbang

Pengalaman : Yes, kitorang tak pakaikan awra kasut pon dalam kapal terbang sebab again, nak bagi awra selesa and feling like home. Bila awra nak turun dari seat, kitorang lepaskan je dengan berkaki ayam. Tapi most of the time, awra duduk berpangku or main2 atas seat, so mcm tak de la risau sangat kaki kotor ke hape. Kalau ragu2 dengan tahap bersih karpet kapal terbang, bawak kan la selipar/sandal. ok?

3. Boarding time
Tips : Untuk yang ada anak kecik, AMAT di galakkan untuk berlepas waktu malam.

Pengalaman : Dari glasgow ke malaysia, kitorang amik flight malam, around 8.25 pm cam tu. Walaupon awra tak tidur masa 1st flight, tapi second flight awra tido sepanjang masa. 1st flight tu tak tido mgkin pasal tgh excited + jakun jap ade dalam kapal terbang and dapat tengok kartun pakai headset. hehe. Tapi walaupun tak tidur, energy level tu still dlm kategori lemah sebab almost nap time kan, jadinya awra lebih banyak diam dan duduk je melekat kat ibu die. Dari malaysia nak balik ke glasgow plak, kitorang amik flight pagi, pukul 10. 30 pagi tak silap. Hasilnya, awra tak berapa tido dan awra BOSAN. Logikla kan bosan, tempat kecik, susah nak main, waktu pagi lak waktu yang peak aktif, sudahnya  awra moody tak dapat main. Frankly speaking, kitorang sangat exhausted masa ni sebab awra sikit2 ekkk...ookkk...ekkk.. dan memikirkan nak kena tempoh another 8 hours lagi lepas tu mmg sgt melemahkan mental. TAPI nasib baik, rezeki kitorg, dpt tido kat dubai free of charge sebab flight cancel keesokkan harinye. hehehhee. tuah badan jaga anak meragam dengan ikhlas la kotnye kan. =P

4. Foods
Tips : Bawak pelbagai jenis foods yang anak2 suke.

Pengalaman : kitorg terlupa bawak even seketul pon biskut untuk awra, awra melalak nak biskut, terpaksa mintak orang sebelah punya. hehehe. Actually foods sangat perlu untuk distract attention budak kecil, so bawak la sebanyak yang boleh supaya bila nangis je, ngapp kan masuk mulut. InsyaAllah diam. =)

5. Kerap tukar pampers
Tips : Tukar every 2-3 hours even tak basah sangat

Pengalaman : Kitorang memang kerap tukar pampers awra sebab nak bagi awra selesa to the max and also nak prevent dari bahagian bawah tu jadi merah. Kang kalau dah merah, sakit, lagi la anak cepat nangis dan meragam. kan?

6. Download favourite cartoon/movies
Tips : Standby dlm handphone/tab sebanyak boleh cartoons/movies yang anak2 suke

Pengalaman : Awra suka upin ipin, so kitorang dah standby siap2 berbelas2 siri upin ipin dlm hp and tab so that in case bosan tgk kartun dlm flight, boleh switch kepada 'kartun penyelamat'. hehe. selalunye kartun penyelamat ni kitorang keluarkan bile dah nak2 sampai (dlm 2 jam lagi) or dalam keadaan terdesak bile semua bende dah tak jalan nak bagi awra diam. hee

7. Ubat
Tips : standby ubatan asas, macam ubar demam, batuk, selesema dan paling penting, MINYAK TELON *atau minyak sapu yang lain*

Pengalaman : Ada sekali tu, tibe2 je badan awra panas dalam flight. Sgt tak jangka sebab awra sihat walafiaat je b4 this. Kitorang mintak ubat kat cabin crew and ubat hape tah yang die bagi yang sangat tak mesra kanak2 rasa die. Kalau tau, kitorang bawak Ibuprofen dalam bentuk sirap perisa strawberi yang awra suka sangat makan everytime demam tu. hehe. And satu lagi, flight terakhir kitorg balik sini, awra tibe2 plak sakit perot. Masa tu flight dah nak landing, awra pon tengah tidur. Entah cam mana awra tibe2 terjaga, and nangis sekuat hati and tak nak diam, dan bila pegang perut, keras. Sah! kembong. Cepat2 ayah awra amik minyak telon yang kitorang dah standby siap2 dalam beg pampers, and lepas sapu and gosok2 perot and belakang badan, awra teros muntah dan lega.Pfewww...teros diam dan..nasib baik dah nak keluar flight sebab bau muntah awra menusuk hidung semua org dlm flight tu. =P

8. Toys/book/sticker
Tips : Bawak serba sedikit mainan, preferable yang baru sebab budak2 kan memang suke + excited ngan bende baru. hehe

Pengalaman : awra suke sticker, jadi kitorang standby banyak set sticker yang colourful  untuk awra kopek dan tampal.

9. Selimut dan bantal
Tips : Ade kala suhu dlm kapal terbang agak sejuk, jadi bawak selimut yang selesa untuk anak. Bantal tambahan sangat membantu untuk anak tidur selesa dan lama.

Pengalaman : Kitorang bawakkan selimut untuk awra eventhough ade selimut disediakan. Selimut yang dibekalkan bermaterial agak kasar, so tak berapa comfy untuk budak kecil, jadi ada baiknya bawak blanket sendiri. Bantal pon kitorang bawak extra untku awra *bantal busuk awra tak kire* supaya masa awra tidur, kitorang sokongkan badan awra dengan bantal untuk bagi selesa dan lembut dan tak menyakitkan dua2 pihak, pihak yang memegang dan dipegang. Awra bawah 2 tahun, so tak dapat seat lagi. Bassinet (tempat tidur baby) pon tak dapat jugak sebab terlebih saiz. Jadi, awra di pegang setiap masa sepanjang long-haul journey ni. Jadi, amat penting bile awra tidur, diselesakan semaksima mungkin supaya tidur tu lama and berkualiti. =)

10. Bagi anak penat before boarding
Tips : Ini mmg tips yang common, tapi sangat penting. pastikan dorang lari sana lari sini kat airport supaya bila nak take off nanti, dorang doze off. hehe

Pengalaman : Awra selalunya akan tidur everytime kapal terbang nak naik and nak turun. Ni semua sebab kitorang sengaja bagi awra letih dengan main sakan masa kat airport. Satu yang bagusnya, bila dah tidur tak de lah awra rasa perubahan tekanan udara yang boleh sebabkan telinga sakit tu. Dan takde jugaklah awra meronta/menangis tak nak pakai seat belt nanti. *ye, awra benci seat belt*

11. Chew/hisap something masa take off and landing
Tips : kalau anak pakai puting, bagi puting. kalau breastfeed, direct feed baby masa ni, and kalau tak untuk2 kedua2nya, bagi makan something (lolipop ke? ) so that bebudak ni selalu menelan air liur dan ini akan bantu kurangkan pressure dlm telinga.

Pengalaman : awra penghisap puting yang tegar, jadi tak masalah kat sini.

Di klia. Konsep masa ni, redah je la nak..duduk atas lantai ke, berguling ke..ibu tak marah. Janji penat ye. hehe

Awra dah keluarkan buku sticker dah masa ni. Budak depan tu plak (baju pink) keluarkan belon bubble. Mak ayah die pon sediakn toys jugak. hehe

Kemahin lagi awra. *ibu awra duduk tersepit celah seat je time nih. sacrifise u!*


I guess that's all about it. Hopefully this entry is useful and beneficial to all of you.

Baiiii. =)




Ibu awra









Jalan-jalan

Hi,

Hari ni bawak awra pergi carboot Blochairn. Carboot yang agak jauh dari rumah, jadi kena naik private hire a.k.a taxi untuk ke sana. Nasib baik awra behave and tak buat 'drama' sangat masa keluar kali ni. hehe

Sebab kitorang dah lama tak pergi carboot, awal2 sampai macam blurr tak tau nak beli apa. Konon dah hilang skill gitu nak beli barang2 kat carboot. Nak tawar menawar pon malu, teros bayar je bile beli barang. Dasar malu tak kena tempat. hee. =P

Since sekarang still winter and suhu masih sejuk mencengkam, tak banyak kedai yg bukak, so kurang menarik sikit la. Kalau masa time summer dulu, penuh gile kereta yang buat sale. Seronok! =)

Balik carboot, pergi town plak. Balik ni kitorg gather dengan family rashidi-miza. Plan asal nak makan kat kedai walk way *nama lama walk to wok*, tapi kedai tu tutup plak sebab kitorg dtg awal sgt. Dan awal yg dimaksudkan ialah, pukul 11 pagi. *tak awal langsung*. Anyway, kat UK ni kalau hari ahad mmg semua kedai bukak lambat. Dalam kol 12 tgh hari tu baru terhegeh2 nak bukak kedai. So plan makan teros bertukar ke kedai makan Pakistan je. Pakistan je yg suke bukak kedai awal and tutup lambat.

Dan..dan..hehe..lepas makan, masuk kedai jual barang second hand, dan memandangkan dari dulu lagi dah plan nak tambah satu lagi latop kat rumah ni, maka kitorang telah pon merembat satu latop dari kedai tu tadi. hehe. Harga rahsia, brand rahsia. =P. Harap2, ok la latop second hand ni. Dapat waranty 60 hari, hopefully if anything goes wrong silalah berlaku within waranty period ni. =P

Anyway, reason beli ialah untuk ibu awra bawak pergi u.So lepas ni boleh la ayah awra main game football manager 24/7 sebab latop availabe setiap masa gituh.. =P

Awra yang dah besar - 19 bulan. =)


Sekian.

Friday, 24 January 2014

I'm back!

Hi

Just to say that i'm back and of course, there's a lot and lot and lot of things to rambles!
Stay tune ok! hehehehe

*ko hengat org heran ko on off blogging? =p*

-Ibu awra-

Tuesday, 3 December 2013

Feeling sick!

Hi,

Ibu awra tak sihat uolss. First time sakit terok di bumi gelasgo ni. Not nice sakit di tempat sejuk becoz kadar kesembuhan sgt perlahan. Hidung ni asyik srottt sreetttt je memanjang..mata pon mula la nak berair...lepas tu kepala pon start la sakit2 manje...dan nanti2, mula badan plak nak seram2 sejuk. Oh...sungguh tidak seronok hokeyyy. Haku nak balik malaysia next week, plz plzzz recover soon my body. heee. =(

Anyhow, today i still went to school. Rajin terlebih tu tak la, tapi memandangkan sv suruh start run test gune clay, haruslah gagahkan diri jugak pergi lab. Clay ni sgt la time-consuming untuk di test. Basically i got two test to conduct, one is consolidation and the other is shearing test. Main agenda of course la the shearing part, tapi b4 shear kena consolidate dulu, dah kalau gune clay ni, consolidate pon amik masa 1 hari, jadi nak tak nak kena la paksa badan sakit ni dtg lab buat consolidation test. Esok sv iolss nak jumpe, so kalau esok la baru nak consolidate segala mak nenek, esok satu lagi la baru nak shearing, lepas tu esok satu satu lagi baru la nak discuss result, lepas tu esok esok esok dan esoook nya nak balik malaysia dah,...sudahnya iolss tak available dah... SO BUAT LA APA PATUT NOW OTHERWISE BALIK NANTI HATIKU TERTINGGAL DI LAB KAEDAHNYE. T_T

Ok la. Tu je nak dibebelkan dulu. Tak bende pon sebenarnya. hehe

Bai.

Ibu

Monday, 25 November 2013

Atok n awra

Hi,

Atok mmg syg betol kat awra. Kalau ibu 'marah' awra, atok kompom marah ibu balik. Sejak awra ada kat sini, atok selalu nak skype tgk muke awra. Dan sempena harijadi awra haritu, atok siap belikan awra rantai emas as hadiah harijadi. uishhhh. Ibu pon tak pernah dpt emas as birthday gift tau. Spesel tol awra di mata atok. =P

Atok gak tau awra suke upin ipin, jadi sempena awra nak balik malaysia ni, atok dah belikan tikar upin ipin kat awra. Setiap hari atok dok tunjuk kat awra tikar yang atok beli tu masa skype. Lepas tu atok akan kata, "nanti anje bawak balik tikar ni balik uk ye". Sambil tunjuk tikar, sambil tu jugak la atok nyanyi lagu pengembala biri-biri yang ada dalam cerita upin ipin. Sebab masa atok dtg sini dulu, atok geli hati tgk awra kusyuk layan lagu tu. Sudahnya sampai sekarang atok asik ulang2 part "tolong" "tolong" "kambing saya kena makan". Ok, sebenarnya lirik asal bukan "kambing saya kena makan", lirik asal "selamatkan biri-biri", tapi atok awra mmg suke ubah lirik ikot sedap mulut, makanya ayat tu la yg asik diulang2 sampai ibu pon ternyanyi ayat tu gak kat awra skang ni. hehe

Oh, haritu birthday atok yg ke 55 tahun. A day before hari jadi, atok asik ingatkan kat awra suruh nyanyi lagu birthday nanti. Awra punya reaksi? haruslah takda perasaan kan. Buat tak tau je atok cakap ngan dia. Tak baik tau awra ni. hehe. Takpe atok, tunggu awra dah 2/3 tahun ke, kompom awra nyanyikan nanti. =P

Masa awra kecik2 dulu aka masa masih ade kat malaysia lagi, atok paling rajin bawak awra jalan2 naik motor dengan nenek setiap pagi n petang. Tapi masa tu atok kerja lagi, so bila atok cuti je la awra dpt ronda2 naik motor, kalau tak, mak long dengan maksu cantik la yg rajin bawakkan. Ibu ayah awra? ada la sekali je kitorg bawak awra naik motor. hehe. Kenapa sekali? sebab ibu tak percayakan ayah awra bawak motor (ayah takde lesen motor hokay), so tak berapa digalakkan aktiviti naik motor anak beranak la jawabnye. =P

Now atok pon dah pencen, awra plak dah takde kat malaysia nak teman atok makan roti canai pagi2. Kesian atok, padahal main objective atok pencen sebab nak "jaga cucu di uk" (atok option bersara awal uolsss!), tapi apakan daya, maksu cantik tak habis belaja lagi, jadi takde la nak ke uk jaga cucu kaedahnya. Yang pasti, atok cakap nak dtg sini lagi sekali, masa ibu dah nak dekat balik malaysia for good nanti, nak teman kitorg balik ke malaysia sekali nanti masa tu katanya. Hamboihh. Hebat plan atok. Mcm kompom je ibu tak extend ke hape kan phd ibu ni nanti. hehehe

Ah. Nak diceritakan hal atok, bnyk sgt tak terlistkan kat sini. Atok sgt pemurah, tak berkira kt anak/menantu apatah lagi cucu, selalu buat kitorg semua ketawa, atok suke plan cuti2 malaysia untuk kitorg semua, dan atok jugak rajin belanja makan bila ada duit lebih. Ibu bangga ada ayah mcm atok awra ni. =P
Semoga Allah rahmati atok dengan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan rezeki yang dimurahkan. Happy belated birthday atok! =P


Atok n awra. ='')


*gambar diatas diambil secara senyap oleh maksu cantik. masa ni atok baru balik hospital sebab kaki atok bengkak tak boleh jalan, kena gout. Rumah kat uk ni mane ade lif kalau setakat 3 tingkat cm ni, jadi atok terpaksa rehat jap kat tangga untuk hilangkan lelah. Dan bila atok dengar suara awra dlm rumah, atok panggil awra dan sama2lah awra duduk kat tangga dengan atok masa tu, meneman atok hilangakan penat*

Ibu




Tuesday, 12 November 2013

Malaysia kami dtg....=)

Hi,

Ehem ehem....tgk tajuk atas tu? mau tak senyum lebar sampai ke telinga ibu, ayah dan awra *kot* sebab nak balik malaysia bulan 12 ni. Lebih tepatnya, 10hb 12 nanti. Balik sebulan lebih uolss. Haruslah gembirenye tak terkata. heeeeee

Mungkin ade yg tetibe nk kate, aik..kenapa balik? Dah habis belajar ke?

Nooo..ni bukan balik for good. Ni balik sebab kakak sulung kawen. =P

And mungkin ade lagi yg nak kate,  aik..kata dulu fobia awra buat hal dlm flight, ni boleh plak balik?

Fobia mmg fobia, tapi sebab gembire sgt, fobia letak tepi kejap..hehe..yg penting dpt balik malaysia n lari dari kesejukkan mencucuk tulang buat sementara waktu. hehehe =P

And...

Oh..nak bukak tawaran beli brg baby from avent and tommee tippee and also set memasak tefal kat sini jugak sempena kepulangan kitorg nanti. *dah bukak offer kat fb before this*. I know i ade silent readers tauu *perasan*, so if anyone interested, boleh order and bayar half-payment upon booking nanti. Easy breezy! =P

Take note ye yg order adalah sgttt terhad sebab kitorg gune luggage allowance kitorg sikit untuk bawak balik brg2 tu nanti. Dekat fb ramai dah order *mostly barang baby, so ringan je* and sebab space pon masih ade lagi, nak bukak offer kat sini jugak. =)

Harga dijamin murah!! Tau kenapa? Sebab tak ade international shipping cost pon tau! yg hanya di cas nanti ialah postage fees (yg duduk luar bangi), or if uolss stay kat bangi or kawasan2 yg kitorg baik hati nak consider as dekat je....hehe.. kitorg boleh hantarkan barang sampai depan rumah at zero charge tau. =)

Jadi, tawaran harga rendah ni hanya valid sampai 30 Nov 2013 sahaja *closed*, and after that, if still ade yang berminat nak order barang2 yang disebutkan tu, international shipping cost will be added and all prices will rise up a bit, and barang akan di ship guna kapal laut dan tempoh sampai ke malaysia adalah lebih kurang 2 bulan. Harap maklum. =)

So don't miss out the opportunity! grab your orders now. Tawaran super murah untuk avent, tommee tippee and tefal cookware set yang tak kan dpt dimana2! =P

To place order, or ask something, just email me at ashiqamanullah@gmail.com. or whatsapp : 07840414513 (+44) - *code untuk uk ni tak tau la kena letak ke tak. uolss try and error je la ek. =P*

*TT stand for tommee tippee

Happy shopping...=)


TT Royal baby gift pack - prince
RM 70
*limited edition-while stock last*

TT royal prince 260ml bottle
RM 30
*limited edition-while stock last*

TT Healthcare kit
RM 80


Avent 9oz PP bottles (pack of 3)
Rm 80


TT explora active sporty cup (BPA free) - BLUE
RM 30

Avent 3 in 1 electric steam steriliser (3 stages - small, medium, large steriliser)
RM 280


Avent microwave steriliser
RM 120

TT essentials baby food pots (pack of 3) - BLUE
RM 25

TT Insulated bottle bag
RM 80

Thermabag black
RM 100


Avent toddler mealtime set
RM 80

TT 150ml twin pack bottles (BPA free)
RM 80

TT explora easy drink cup (BPA free) - PINK
RM 30


Avent breast milk and food containers
RM 80

Avent natural bottle 260ml single
RM 60


TT explora first sippy cup (BPA free) - BLUE
RM 30


Avent natural newborn starter set
RM 200


TT Explora first sippy cup (BPA free) - PEACH
RM 30

Avent natural bottle 125ml single 
RM 55

TT travel bottle warmer
RM 80

Avent toddler feeding storage set
RM 100

TT breast feeding kit
RM 260

TT essentials first cup - BLUE
RM 20

TT essentials first cup - PINK
RM 20


Avent 9oz PP blue bottle (pack of 2)
RM 70

Avent 4oz PP bottles (pack of 3)
RM 100

Avent Bottle feeding essentials set
RM 380

Avent natural bottle 260ml twin pack
RM 110

TT microwave steam steriliser (BPA free)
RM 130
 

TT essentials baby food pots (pack of 3) - ORANGE
RM 25

Avent bottle to cup trainer
RM 55

TT electric steam steriliser (BPA free)
RM 230

Avent 9oz PP pink bottles (pack of 2)
RM 70

TT explora easy drink beaker (BPA free) - PINK
RM 30

TT home and travel single bottle steriliser (BPA free)
RM 100


TT explora cool & mash weaning bowl (PINK/ORANGE)
RM 35

TT breast pump (BPA free)
RM 150

TT explora active sporty cup (BPA free) - PINK
RM 30

TT explora easy drink beaker (BPA free) - BLUE
RM 30

TT royal princess 260ml bottle
RM 30
*limited edition-while stock last*

Avent natural bottle 4oz/125ml - 2 pack
RM 100

TT Royal baby gift pack - princess
RM 70
*limited edition-while stock last*

Avent SCD277/00 new breastfeeding solution set manual breast pump
RM 450
 

TT explora active sipper cup (BPA free) - BLUE
RM 30


TT advanced comfort 150mlx2
RM 110

TT 260ml bottles (pack of 6)
RM 100

Philips avent BPA-free digital bottle and baby food warmer
RM 300

TT complete starter kit
RM 450

TT feeding starter kit
RM 150
 


TT Explora easy drink cup (BPA free) - BLUE
RM 30

TT explora active sipper cup (BPA free) - PINK
RM 30
 

TT Easivent decorated pink bottles - 6x260ml
RM 120


TT 150ml bottles (pack of 6)
RM 100

TT essentials baby food pots (pack of 3) - PINK
RM 25

TT explora cool & mash weaning bowl (BLUE/GREEN)
RM 35

Avent natural bottle 260ml triple pack
RM 170


TT Explora first sippy cup (BPA free) - PINK
RM 30
 

TT electric breast pump (BPA free)
RM 450
 

TT Bottle and food warmer
RM 170

Tefal signature 3-piece set includes 14 cm milk pan/ 16/ 18 cm saucepan with glass lids
RM 280
 

Tefal delight 5-piece set
RM 280

Tefal Non-stick aluminium 9 piece pan set
RM 380


Jamie Oliver Stainless steel 4 piece set
RM 650

Jamie Oliver by Tefal - Stainless steel classic series 3 piece set (saucepans with lid 16/18/20cm)
RM 380

Tefal Volupty 5-piece cookware set, 16 cm/ 18 cm/ 20 cm saucepan and 20 cm/ 26 cm frying pan
RM 400

Tefal delight 7-piece set
RM 350

2x Tefal A161S544 5-piece bistro cookware set - red
RM 520

Tefal premium non-stick cookware set with induction, 5 pots and pans and thermospot
RM 550

Tefal expert cookware set, 5-piece
RM 500

Tefal bistro 5-piece cookware set, red.
Rm280

Tefal A607S7 7-piece cookware set
RM 600

Ready steady cook bistro 5-piece stainless steel cookware set, silver and black
RM 350

-ibu awra-